Pusat Perkhidmatan Sehenti Di Johor Tingkat Aliran Dagang Singapura Malaysia




 
Oleh: Helmi Mohd Foad





Sebuah pusat perkhidmatan dan pelaburan sehenti akan diwujudkan di Johor sebagai salah satu inisiatif utama dalam meningkatkan aliran rentas sempadan selaras dengan perjanjian mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) hari ini.





Dalam kenyataan bersama, pusat sehenti itu diwujudkan bagi tujuan memudahkan proses permohonan untuk pelbagai kelulusan dan lesen yang diperlukan untuk perniagaan di kawasan zon ekonomi tersebut.





Inisiatif tersebut antara perkara yang bakal dilaksanakan susulan pemeteraian MoU pelaksanaan JS-SEZ oleh Malaysia dan Singapura hari ini untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi membabitkan kedua-dua negeri itu.





MoU berkenaan ditandatangani oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura, Gan Kim Yong sambil disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya Perdana Menteri Lee Hsien Loong.





"Di bawah MOU itu, Malaysia dan Singapura akan berusaha ke arah meningkatkan aliran rentas sempadan barangan dan orang ramai serta mengukuhkan ekosistem perniagaan dalam JS-SEZ untuk menyokong pelaburan.





"JS-SEZ bergerak atas pertumbuhan kukuh Johor dan pelaburan besar di rantau ini oleh Singapura. Johor merekodkan pelaburan bernilai RM70.6 bilion pada 2022 merentasi pelbagai sektor termasuk elektrik dan elektronik, peralatan perubatan, makanan, pusat pembuatan dan data," kata kenyataan bersama itu hari ini.





Kenyataan bersama itu berkata, pusat perkhidmatan sehenti juga melibatkan proses penerimaan dan pelaksanaan pelepasan kod QR tanpa sistem pasport di kedua-dua belah pihak.





Jelasnya langkah tersebut bagi memudahkan pelepasan lebih cepat orang ramai di pintu masuk utama dan penggunaan proses digital untuk pelepasan kargo di pusat pemeriksaan darat.





Kedua-dua negara juga akan menganjurkan forum pelaburan untuk mengumpul maklum balas daripada perniagaan di Singapura dan Malaysia di JS-SEZ selain memudahkan kerjasama tenaga boleh diperbaharui dalam zon ekonomi itu.





Pemeteraian MoU itu dilakukan selepas dua bulan Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia pada Oktober lalu sekali gus menguatkan hubungan dan jawatankuasa bersama yang sudah lama terjalin oleh kedua-dua negara bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi.





Dalam kenyataan bersama tersebut, kedua-dua negara bersetuju untuk bekerjasama bagi melaksanakan sepenuhnya perjanjian berkaitan JS-SEZ dan menyediakan laporannya kepada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11.





"Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar di Johor dari Januari hingga Jun 2022 dan menyumbang sekitar 70 setiap peratus kepada pelaburan langsung asing Johor dalam sektor pembuatan," katanya.





Sementara itu, Rafizi berkata JS-SEZ menyediakan peluang untuk meningkatkan aliran rentas sempadan barangan dan manusia, memperkukuh ekosistem perniagaan dan meningkatkan daya tarikan ekonomi Johor dan Singapura.





"Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa inisiatif ini akan mempamerkan permulaan kepada transformatif ekonomi dua hala kita, memupuk keterkaitan dan kemakmuran yang tiada tandingan bagi kedua-dua negara," ujarnya.





Kim Yong pula berkata, JS-SEZ menggariskan bentuk kejayaan yang Singapura dan Malaysia boleh capai apabila kerajaan dan komuniti perniagaan saling bekerjasama rapat.





"Ia akan berfungsi sebagai jambatan untuk kedua-dua pihak berkongsi kekuatan yang saling melengkapi dan merebut peluang untuk berkembang bersama.





"Saya berharap perjanjian JS-SEZ dapat memberikan faedah untuk perniagaan dan rakyat," katanya.





Malaysia dan Singapura memiliki perdagangan kedua terbesar antara satu sama lain sebagai rakan kongsi perdagangan dua hala dengan pertumbuhan berkembang 18.9 peratus dari tahun ke tahun kepada S$153 bilion pada 2022.





Singapura juga merupakan sumber utama pelaburan langsung asing Malaysia yang menyumbang 20.5 peratus kepada jumlah FDI negara pada 2022.





*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/pusat-perkhidmatan-sehenti-di-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia Sindiket Pelacuran Dan Pusat Hiburan Tumpas

Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia Sindiket Pelacuran Dan Pusat Hiburan Tumpas

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 347 hits
Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran dan pusat hiburan dalam satu Operasi Khas dijalankan pada 12 Januari 2024 di 5 lokasi iaitu 2 premis pusat pelacuran dan 3 premis pusat hiburan KTV di Perak Operas...
Senarai Pusat Pengajar Osh Coordinator Kompeten Di Malaysia

Senarai Pusat Pengajar Osh Coordinator Kompeten Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 395 hits
Senarai Pusat Pengajar OSH Coordinator Kompeten Di Malaysia Anda sedang mencari Pusat Pengajar Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang kompeten Sebelum anda menghadiri sebarang kursus OSH C perkara pertama yang anda perlu ketahu...
Misi Terjah Singapura A Day Trip To Singapore From Johor Bahru

Misi Terjah Singapura A Day Trip To Singapore From Johor Bahru

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 419 hits
Bertemu kembali Kali ini nak cerita satu kisah yang agak kelakar dan kurang bijak Kadang kadang bila dikenangkan semula tindakan tindakan masa lalu yang dibuat tanpa perancangan iaitu atau lebih tepat disebut sebagai main terjah jer atau le...
Zon Ekonomi Khas Johor Singapura Formula Persekemakmuran Bersama

Zon Ekonomi Khas Johor Singapura Formula Persekemakmuran Bersama

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 317 hits
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor Singapura yang ditandatangani kedua dua negara kelmarin merupakan persekemakmuran bersama kedua dua negara dan negeri untuk menghasilkan sinergi ekonomi ke tahap yang lebih tinggi Menteri Ekonomi Rafizi Ram...
Senarai Lokasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia

Senarai Lokasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 273 hits
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti merupakan sebuah pusat berperanan membantu para usahawan untuk mendigitalkan perniagaan dalam talian dan seterusnya menjana pendapatan Secara
Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 298 hits
Anda tercari cari pelaburan emas terbaik di Malaysia Singapura dan sedang berkembang di Indonesia Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda Dahulu saya juga tercari cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank dan paling me...
Malaysia Singapura Tandatanganj Mou

Malaysia Singapura Tandatanganj Mou

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 328 hits
Saya dan PM Lee kemudian menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bagi kedua dua negara mengusahakan Zon Ekonomi Khas Johor Singapura Malaysia diwakili Menteri Ekonomi Rafizi Ramli manakala Singapura diwakili Menteri Perdag...
Johor Moots Iskandar Malaysia For Special Economic Zone With Singapore

Johor Moots Iskandar Malaysia For Special Economic Zone With Singapore

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 491 hits
The Iskandar development corridor extends from Johor Bahru to Iskandar Puteri Kulai and parts of Pontian PETALING JAYA The Johor state government has submitted an official proposal for the Iskandar Malaysia region to be designated as the Jo...
Nilai Terkini Skuad Malaysia Mengejutkan Atasi Pasukan Ke 94 Dunia

Nilai Terkini Skuad Malaysia Mengejutkan Atasi Pasukan Ke 94 Dunia

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 187 hits
Nilai pasaran skuad Malaysia yang dibawa ke Piala Asia telah pun berjaya mengatasi beberapa pasukan 100 terbaik dunia sekaligus membuktikan perkembangan yang amat baik tahun 2024 Skuad kendalian Kim Pan gon dibarisi muka berpengalaman di pe...
Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti

The Real Roots Of Judicial Power In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Kelapa Tepi Rumah

Bunga Kemboja Putih

Dendi Nata Tergariskan Chord

Don T Call It A Comeback Asterisk S Award Winning Harley Shovelhead

Tapau Beriani King Muar

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda