Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia Sindiket Pelacuran Dan Pusat Hiburan Tumpas

















Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran dan pusat hiburan dalam satu Operasi Khas dijalankan pada 12 Januari 2024 di 5 lokasi iaitu 2 premis pusat pelacuran dan 3 premis pusat hiburan KTV di Perak. Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis.


Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 1 bulan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi pasukan operasi telah diatur gerak ke 5 premis dan telah menahan 52 orang perempuan warganegara China, 41 orang perempuan warganegara Vietnam, 21 orang perempuan warganegara Thailand, 2 orang perempuan warganegara Indonesia, seorang perempuan warganegara Laos, 8 orang lelaki warganegara Bangladesh, 4 orang lelaki warganegara Myanmar, seorang lelaki warganegara Indonesia dan seorang lelaki stateless. Kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 36 tahun. Manakala 7 orang lelaki warganegara Malaysia dan 3 orang perempuan warganegara Malaysia sebagai penjaga premis berusia antara 35 hingga 44 tahun turut ditahan. Jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai 141 orang.


Hasil semakan awal, 32 orang perempuan warganegara China, 15 orang perempuan warganegara Vietnam, 8 orang perempuan warganegara Thailand, 2 orang perempuan warganegara Indonesia dan seorang lelaki Myanmar yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Khas, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas Penggajian (Employment Pass) yang masih sahlaku dan warganegara asing yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini. 


Pasukan operasi telah merampas sejumlah kondom, dokumen premis, rekod perniagaan, kunci premis, peralatan seks, 32 naskhah pasport China, 15 naskhah pasport Vietnam, 8 naskhah pasport Thailand, 2 naskhah pasport Indonesia, 1 naskhah pasport Myanmar, wang tunai sebanyak RM14,155.00, 12 unit telefon bimbit, kad perakam waktu, tuala dan peralatan kamera litar tertutup (CCTV). 


Modus operandi sindiket di 2 premis ini adalah melakukan promosi wanita warganegara asing dengan menggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi Telegram dan Whats App. Wanita warganegara asing yang dipilih akan diuruskan oleh lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai sebagai penjaga premis sebelum pelanggan ke bilik yang disediakan. Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan di premis antara RM200.00 hingga RM500.00 dan untuk outcall girl bayaran yang dikenakan adalah antara RM800.00 hingga RM1,000.00. Transaksi bayaran yang dilakukan pelanggan adalah melalui tunai atau secara dalam talian sebelum perempuan warganegara asing diserahkan kepada pelanggan.


Modus operandi sindiket di 3 premis yang lain adalah menyediakan perkhidmatan pelayan perempuan warganegara asing dan mensasarkan kepada pelanggan tetap sahaja dengan membuat tempahan melalui panggilan telefon. Terdapat laluan masuk dan keluar selain pintu masuk utama bagi pelanggan dan pelayan perempuan warganegara asing sekiranya pihak berkuasa melakukan pemeriksaan. Untuk tempahan bilik, pelanggan dikenakan bayaran antara RM800.00 hingga RM10,000.00 mengikut kategori bilik manakala untuk tempahan wanita warganegara asing dikenakan bayaran RM150.00 bagi 1 jam. Sindiket ini telah beroperasi selama 1 tahun dan telah mengaut keuntungan sebanyak RM24,000.00 sebulan.


Semasa serbuan dilakukan di 3 premis ini, perempuan warganegara asing yang bekerja sebagai pelayan pusat hiburan cuba lari dan bersembunyi di bilik-bilik rahsia yang dibina khas bagi mengaburi pegawai penguatkuasa termasuk bersembunyi di atas syiling dan bumbung bangunan pusat hiburan, namun segala usaha warga asing ini berjaya dipatahkan oleh anggota serbuan. Terdapat juga pelanggan yang cuba melakukan provokasi dengan membuat bising dan cuba menghalang pasukan melakukan penggeledahan namun tindakan tersebut turut berjaya dipatahkan. 


Kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ipoh, Perak untuk tindakan lanjut. Manakala 7 orang lelaki warganegara Malaysia dan 3 orang perempuan warganegara Malaysia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63. Seramai 69 orang lelaki warganegara Malaysia, 2 orang lelaki warganegara Bangladesh dan seorang perempuan warganegara Malaysia diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.


Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). 


JAFRI BIN EMBOK TAHA
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


#imigresen #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama


© 2024 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
➡️ https://t.co/4W2bb4XoGI








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/kenyataan-media-jabatan-imigresen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Pelacuran Outcall Girl Tumpas

Sindiket Pelacuran Outcall Girl Tumpas

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 104 hits
Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran outcall girl dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 5 Januari lalu di tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c a
Ppim Sambut Baik Guna Standard Dinar Nilai Asas Mata Wang Kenyataan Media Ppim 02 01 2024

Ppim Sambut Baik Guna Standard Dinar Nilai Asas Mata Wang Kenyataan Media Ppim 02 01 2024

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 210 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan penggunaan dinar emas sebagai nilai standard asas rizab negara Walaupun ia adalah sesuatu amalan yang praktikal dan adil nam...
Hiburan Baru Saja Bawak Keluar Pusat Jualan Dah Lelaki Dakwa Cr V Baru Beli Dah Rosak Honda Enggan Baiki

Hiburan Baru Saja Bawak Keluar Pusat Jualan Dah Lelaki Dakwa Cr V Baru Beli Dah Rosak Honda Enggan Baiki

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 223 hits
Tular beberapa hari lalu mengenai luahan seorang individu bernama Ahmad Shah di Facebook mengenai pengalaman bapanya yang membeli sebuah kereta Honda jenis CR V di Melaka Cerita Ahmad Shah di panjang lebar kereta yang dibeli bapanya itu tel...
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 Januari 2024 Di Jabatan Perangkaan Malaysia

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 Januari 2024 Di Jabatan Perangkaan Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 218 hits
Makluman jawatan kosong Penolong Pegawai Perangkaan gred E29 januari 2024 di Jabatan Perangkaan Malaysia Peluang menjawat jawatan kerajaan Malaysia kini terbuka untuk semua permohonan boleh dibuat segera sebelum tarikh tutup Peluang kerjaya...
Hoki Kelayakan Olimpik Malaysia Gagal Lunas Dendam Tumpas Kepada China

Hoki Kelayakan Olimpik Malaysia Gagal Lunas Dendam Tumpas Kepada China

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 208 hits
Malaysia gagal membalas dendam di Sukan Asia yang lalu setelah tewas di minit akhir kepada China dalam aksi Kumpulan A hoki kelayakan Olimpik 2024 Di Sukan Asia yang lalu China menidakkan hasrat Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akh...
Jana Rm100 000 Sebulan Sindiket Bitcoin Warga China Tumpas

Jana Rm100 000 Sebulan Sindiket Bitcoin Warga China Tumpas

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 215 hits
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata dua warga China ditahan kerana menjalankan perlombongan Bitcoin haram PETALING JAYA Sindiket Bitcoin warga China mampu menjana pendapatan RM100 000 sebulan yang berselindung di sebalik kedai tin...
Kenyataan Media Parti Amanah Negara

Kenyataan Media Parti Amanah Negara

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 194 hits
KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA7 JANUARI 20241 Menyedari tuntutan politik yang semakin mencabar Parti Amanah Negara sebagai salah satu komponen Kerajaan Madani meningkatkan komitmen untuk bergerak dengan lebih jitu bagi sessi 2023 2026 ...
Pusat Perkhidmatan Sehenti Di Johor Tingkat Aliran Dagang Singapura Malaysia

Pusat Perkhidmatan Sehenti Di Johor Tingkat Aliran Dagang Singapura Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 124 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Sebuah pusat perkhidmatan dan pelaburan sehenti akan diwujudkan di Johor sebagai salah satu inisiatif utama dalam meningkatkan aliran rentas sempadan selaras dengan perjanjian mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor Singapura...
Hiburan Mohon Jasa Baik Rakyat Malaysia Keadaan Kritikal Selepas Ditidurkan Senario Mohon Doakan Hamdan Kembali Pulih

Hiburan Mohon Jasa Baik Rakyat Malaysia Keadaan Kritikal Selepas Ditidurkan Senario Mohon Doakan Hamdan Kembali Pulih

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 201 hits
Difahamkan kini keadaan ahli kumpulan Senario Hamdan dalam keadaan kritikal selepas dirinya ditidurkan dan susulan itu ahli Senario yang lain iaitu Apek Yassin Azlee Wahid dan Ilya memohon orang ramai mendoakan rakan mereka sembuh Dapat dil...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian