Misi Terjah Singapura A Day Trip To Singapore From Johor Bahru


Bertemu kembali. 
Kali ini nak cerita satu kisah yang agak kelakar dan kurang bijak.
Kadang-kadang, bila dikenangkan semula tindakan-tindakan masa lalu yang dibuat tanpa perancangan iaitu atau lebih tepat disebut sebagai main terjah jer atau lebih sopan sikit boleh sebut sebagai unplanned, saya merasakan ia sebenarnya sesuatu yang ada nilai 'mahal' di situ.
Tak sangka, walaupun tak dirancang tetapi ia menjadi satu kenangan yang agak manis dan mungkin tak akan dilupakan.
Alkisahnya pada bula Julai yang lalu, saya dengan tanpa perancangan tetiba rasa nak membuat satu lagi misi kembara solo buat kali kedua ke arah Selatan tanah air iaitu Johor Bahru. Sebelum ini pada tahun 2021, saya sudah selesai satu misi kembara solo yang juga ke Johor tetapi merentas Pahang area kawasan Endau-Rompin, Mersing, Desaru, Pengerang, Johor Bahru melalui pesisir pantai tanpa melalui highway. Pada ketika itu hajat di hati nak masuk Pulau Tioman tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Bulan 12 memang tak sesuai nak masuk mana-mana pulau. Takut nanti tersadai berminggu-minggu tak boleh keluar ke darat.
Entah kenapa saya suka Johor, saya pun tak tahu, dan apabila ke JB, saya pasti rasa nak masuk Singapura. Nasib baik kali ini saya siap-siap standby pasport sebab saya tahu saya ni kaki terjah.
Hari terakhir sebelum kembali ke Kuala Lumpur, saya memandu kereta ke JB Sentral. Berpusing-pusing juga nak cari tempat parking kereta. Akhirnya saya parking kereta di tempat parking berbayar sebelah kanan bangunan JB Sentral. Dari tempat parking saya berjalan kaki ke JB Sentral. Dekat sahaja jaraknya. Saya bayar parking untuk 24 jam dengan kadar yang maksimum, kalau tak silap RM15. Kalau salah, maafkan saya.
Parking berbayar 24 jam ada security
Tempat parking tiada bumbung bersebelahan JB Sentral

Masuk JB Sentral terus beli tiket di kaunter KTMB untuk Train Shuttle Tebrau, kaunternya betul-betul depan pintu masuk JB Sentral iaitu Dewan Utama. Time beli tiket kena tunjuk pasport. Saya beli tiket return dan last train untuk return JB. Tiket return RM10, sangat murah saya kira. Selepas beli tiket, saya beli bekalan makanan minuman sikit untuk alas perut dan kemudian terus ke pintu A untuk pelepasan (Departure) dan pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Sistem agak canggih juga, hanya scan sahaja pasport dah boleh masuk. Perjalanan keretapi ke Woodlands  tak sampai 10 minit. Ketika keluar dari train di Woodlands Train Checkpoint, saya dihampiri oleh pegawai KTM Singapura dan meminta saya delete video dan gambar yang saya ambil di stesen keretapi. Tak sangka, kawasan di situ tak dibenarkan rakam gambar dan video. Saya ikut jer arahan tetapi ketika itu ada sesuatu yang saya fikir bahawa mereka tidak terfikir atau mereka hanya menjalankan tugas semata-mata. Rakyat Singapura takkan tak tahu kewujudan cloud storage. Takpe, dont worry, be happy.
Ternyata nak masuk Singapura tak semudah seperti yang saya sangka. Sebelum pemeriksaan imigresen dan kastam Singapura, semua orang yang masuk Singapura wajib isi satu borang secara online untuk declare keberadaan kita di Singapura. Lebih kurang macam white card tetapi lebih complicated sikit. Pada ketika itu, line internet Maxis tidak lagi berfungsi kerana dianggap sudah berada di luar negara. Saya memang plan tak mahu beli apa-apa data kerana nak masuk sekejap sahaja. Nasib baik mereka  sediakan hotspot dari wifi, maka selamatlah saya.
Dari Woodlands Train Checkpoint, saya ambil bas. Sistem pengangkutan awam Singapura memang canggih dan sistematik, cuma kita hanya perlu tahu ke mana hala tuju nak di terjah dan nombor bas mana yang kena ambil. Memandangkan saya membuat misi terjah, saya tidak membuat apa-apa pertukaran currency MYR to Dolar Singapore. Walaupun pada awalnya ada juga rasa berdebar-debar, tapi bayaran tiket bas boleh bayar guna kad kredit, maka selamatlah saya sekali lagi. 
So, saya naik bas hanya pusing-pusing area Woodlands, masuk beberapa shopping mall, makan tengah hari di restoran Ayam Penyet Ria di Wood Square. Hanya mampu window shopping sahaja kerana tak mampu dan sebenarnya sangat sayang akan duit yang ada. Time tu sekali lunch dah habis 17 USD SDG bersamaan RM58++. Currency ketika itu, 1 USD Singapore bersamaan RM3.44, mak kau hijaulah jawabnya kalau nak shopping bagai. 
Saya ingatkan saya tak perlu tukar duit tapi akhirnya misi tak perlu tukar duit terpaksa digagalkan kerana restoran Ayam Penyet Ria hanya terima bayaran cash dan beberapa kad yang tak pernah saya tengok dan mungkin hanya sah kegunaan di Singapura sahaja. Mereka malangnya tak terima kad kredit, Grabpay etc. Kelakar juga time ni. Ada juga kedai tak laku kad kredit. Maka terpaksalah saya cari money changer dan tukar duit akhirnya.

Dah rasa bosan pusing-pusing Woodlands tapi hari masih awal lagi, dah tak tahu nak ke mana. Saya tak sanggup nak tunggu last train, maka saya beli tiket lain untuk return JB kerana tiket return yang dah dibeli di JB hanya sah digunakan ikut time yang dibeli dan tidak boleh diubah. Alangkah ruginya saya kerana harga tiket train Woodlands ke JB adalah 5 USD Singapore dan bukannya RM5. Nak marah tapi kena sabar.
Time masuk Woodlands Train Checkpoint untuk balik ke JB, saya tersesat dan salah masuk pintu. Rupa-rupanya saya termasuk pintu pemeriksaan imigresen dan kastam untuk balik dengan bas. Entah macam mana boleh salah pintu masuk. Dalam pukul 5 petang, sangat ramai orang ketika itu. Mostly mereka orang JB yang bekerja di Singapura. Semua orang berjalan dengan sangat laju. Mungkin disebabkan itu, saya terikut-ikut mereka dan salah laluan. Maka bersesak-sesaklah saya dalam bas. Nasib baik sekejap sahaja dah sampai JB Sentral.
Begitulah pengalaman terjah negara orang. Ianya tidaklah mudah seperti apa yang saya fikirkan. Nasib baik, semua masalah yang timbul dapat diatasi dan tidak buat saya jadi gabra. Ini merupakan kali kedua saya masuk Singapura dan kali pertama guna keretapi. Kali pertama masuk Singapura dengan kereta beberapa belas tahun lepas sebelum Covid19 bersama seorang teman.
Saya tak serik tetapi seronok.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jurnalepalhijau.blogspot.com/2024/01/misi-terjah-singapura-day-trip-to.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Corruption Ex Judge S Jail Term Reduced From 6 Months To A Day

Corruption Ex Judge S Jail Term Reduced From 6 Months To A Day

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 285 hits
The Shah Alam High Court has reduced the jail sentence of a former Sessions Court judge convicted of corruption from six months to one day Judge Hasbullah Adam also reduced the fine imposed by the Shah Alam Sessions Court on Oct 19 2022 aga...
Pusat Perkhidmatan Sehenti Di Johor Tingkat Aliran Dagang Singapura Malaysia

Pusat Perkhidmatan Sehenti Di Johor Tingkat Aliran Dagang Singapura Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 130 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Sebuah pusat perkhidmatan dan pelaburan sehenti akan diwujudkan di Johor sebagai salah satu inisiatif utama dalam meningkatkan aliran rentas sempadan selaras dengan perjanjian mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor Singapura...
Day Trip Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Day Trip Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 189 hits
Ini adalah sambungan entri kami ke Bentong Belum habis lagi cerita tentang kami waktu hantar Ikhwan untuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM Tak sangka dengan waktu yang singkat kami dapat buat beberapa aktiviti yang kami suka Waktu untuk k...
Johor Moots Iskandar Malaysia For Special Economic Zone With Singapore

Johor Moots Iskandar Malaysia For Special Economic Zone With Singapore

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 363 hits
The Iskandar development corridor extends from Johor Bahru to Iskandar Puteri Kulai and parts of Pontian PETALING JAYA The Johor state government has submitted an official proposal for the Iskandar Malaysia region to be designated as the Jo...
Zon Ekonomi Khas Johor Singapura Formula Persekemakmuran Bersama

Zon Ekonomi Khas Johor Singapura Formula Persekemakmuran Bersama

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 238 hits
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor Singapura yang ditandatangani kedua dua negara kelmarin merupakan persekemakmuran bersama kedua dua negara dan negeri untuk menghasilkan sinergi ekonomi ke tahap yang lebih tinggi Menteri Ekonomi Rafizi Ram...
Day Trip To Uji Japan A Cultural Experience

Day Trip To Uji Japan A Cultural Experience

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 277 hits
Join us on a journey to Uji Japan known for its traditional tea ceremonies and historic temples Immerse yourself in Japanese culture and discover the beauty of this picturesque town This part three of my four part autumn series through Kyot...
Genting Skyworlds Theme Park Rings In 2024 With Special Pricing Starting From As Low As Rm98

Genting Skyworlds Theme Park Rings In 2024 With Special Pricing Starting From As Low As Rm98

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 257 hits
Voted by CNN Travel as one of the world s best new theme parks experience Genting SkyWorlds Theme Park from as low as RM98 in 2024 As a renowned purveyor of integrated technology enabled entertainment showcased through nine specially curate...
Man Claims Cops Extorted Rm10k From Him Stations Refuse To Accept Report

Man Claims Cops Extorted Rm10k From Him Stations Refuse To Accept Report

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 190 hits
On Dec 23 Danny Goh was walking to the car park of an apartment complex in Kepong Kuala Lumpur when four police officers stopped him Apart from checking his MyKad he claimed the officers also demanded to see his mobile phone Since Goh worke...
Boy And Girl From Myanmar Among 95 Arrested In Immigration Raids

Boy And Girl From Myanmar Among 95 Arrested In Immigration Raids

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 157 hits
Some of those arrested in immigration raids on shops in Ipoh and Gopeng on Saturday IPOH Immigration officials have arrested 95 undocumented migrants in raids conducted at 25 premises around Ipoh and Gopeng near here yesterday State deputy ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia