Punca Kanser Utama Yang Anda Mungkin Anggap Remeh Dan Selalu Terlepas Pandang
Semua orang tak mahu kanser. Oleh yang demikian kita perlu menjauhkan atau mengurangkan risiko dari terdedah kepada punca kanser. Seberapa kerap jauhkan dari apa juga perkara yang boleh jadi punca kanser.
Punca kanser boleh saje terdiri dari apa jua faktor. Jadi apa punca utama kanser?
Kanser terjadi apabila sel dalam badan mengalami keradangan (inflammation) secara berterusan samada secara akut ataupun kronik.
Akut disini bermaksud radang berlaku dalam berskala besar dalam waktu singkat. Kronik pula maksudnya radang itu berlaku dalam skala kecil tetapi secara konsisten non-stop.
Apa pula faktor-faktor yang sebabkan radang ni?
Banyak. Ye banyak. Jangan terkejut jika ia boleh jadi dari makanan kita sampailah bendasing yang merbahaya kepada manusia. Bendasing itu mudah nak jauhkan diri tetapi makanan yang dah jadi kebiasan itulah yang paling sukar untuk kita elak dan jauhkan sebab dah jadi habit.
Apa yang kita boleh buat ialah disiplinkan diri. Elak dari makan sesuatu terlalu banyak pada satu-satu masa (akut) dan elak ambil satu-satu makanan tiap-tiap hari tanpa miss (kronik). Apa jua benda yang baik apabila diambil secara berlebihan akan menjadi tidak baik akhirnya. Berpadalah dalam mengambil makanan. Seeloknya pelbagaikan danjangan obses dengan sejenis makanan.
Antara makanan yang anda harus elak fanatik dengannya ialah antaranya:
Sardin
Mee segera
Roti canai
Teh tarik
Sambal belacan
Cili hidup
Makanan segera
dan banyak lagi dimana anda sendiri boleh tahu sekiranya ada makanan yang anda suka ambil tanpa had atau mesti tak miss setiap hari. Berpadalah.
Tapi jangan salah faham pula. Bukan tidak boleh makan makanan yang anda suka. Cuma kena ada disiplin. Jarakkan pemakanan jangan ambil terlalu kerap dan ambil dalam jumlah yang munasabah. Jangan berlebihan dan elakkan kekerapan. Ambil sayur dan buah setiap kali makan.
Pemakanan yang sihat adalah makanan yang seimbang. Ikut KKM hidangan seimbang ialah 2-1-1 iaitu 2 bahagian sayur dan buah, 1 bahagian lauk dan 1 bahagian nasi.
Sememangnya kanser itu ketentuan Allah swt namun kita perlulah usaha untuk elak. Dalam Quran sudah sebut sesuatu kejadian itu berlaku `mengikut kadar tertentu. Maksudnya kebarangkalian satu event adalah ikut pada kecenderungan. Contohnya jika seorang pemandu itu cuai maka kemalangan untuk berlaku padanya ada kebarangkalian yang lebih tinggi berbanding pemandu yang cermat. Kita mesti usaha dulu, selebihnya baru serah pada Allah swt.
Wallahu’alam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://affiliatesecretfornewbie.com/punca-kanser-utama-yang-anda-mungkin-anggap-remeh-dan-selalu-terlepas-pandang/