Pulut Kuning Yang Cukup Lembut Lemak Dan Harum




Semalam saya kongsikan resepi rendang daging yang simple dan mudah, yang hanya menggunakan bahan basic sahaja. Tapi rasanya sangat sedap dan kena dengan citarasa saya. Hari ini saya ingin kongsikan pula gandingannya iaitu pulut kuning.

Memang ramai jer orang yang menjual pulut kuning tapi sangat susah untuk cari yang menepati selera saya. Hampir tiada. Rasanya bukan sebab mereka tak pandai tapi kerana mereka berniaga. Orang berniaga kena kira juga keuntungan kan. Jadi kalau hendak merasa pulut kuning yang sedap, kenalah memasaknya sendiri. 
Saya memang obsess dengan pulut kuning ni, saya pantang dengar orang yang pandai menyediakan pulut kuning, pasti saya contact. Itulah arwah Bonda dulu pandai buat pulut kuning tapi masa tu tak endah nak belajar apa lagi nak ke dapur. Sekarang menyesal. Saya sanggup order pulut kuning untuk dihantar ke rumah anak anak yatim semata mata, saya mahu kawan saya sukat bahan bahan yang digunakan kerana kawan saya ni jenis memasak secara campak campak. 
Bukan apa, kalau semua orang yang hebat memasak, main campak mencampak, bila anak anak yang baru belajar memasak nak pandai memasak. Lebih lebih lagi jika bonda mereka juga tak pandai memasak. Ramai jer emak emak sekarang yang tak berapa pandai memasak kerana mereka sibuk dengan kerjaya.   
Memang sangat berpuashati dengan kejadian pulut saya hari ini, cukup lembutnya, cukup lemaknya, cukup terasa masinnya dan sangat wangi dengan bau kunyit hidup. Dah lama tak jumpa pulut kuning yang seperti ini. 
Wallaaa sedap sangat, kekal lembut sehingga keesokannya di bawah tudung saji. Makan pula dengan rendang daging yang sedap di SINI, lagi lah terkenang kenang. Video untuk rendang di SINI. Hahaha jiwang betul bila dapat makan makanan yang sedap saya ni. 
Jom layan resepi dan cara cara penyediaan pulut kuning cara saya di bawah ini. Selamat mencuba..


Pulut Kuning Lembut dan LemakOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 cawan beras pulut2 keping asam keping1 inci kunyit hidup1 sudu kecil serbuk kunyit1 helai daun pandan - opsyenal
Bahan B:106 gram santan segar pekat1 sudu besar garam
Cara cara:Basuh beras pulut bersih bersih. Tumbuk kunyit hidup lumat lumat. Masukkan air dan kacau sebati. 


Tuang air kunyit ke dalam beras yang telah di tos. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata supaya sekata. Nota: Jika suka warna kuning yang cantik, boleh masukkan setitis pewarna kuning.

Setelah semua sekata, masukkan air secukupnya dan asam keping. Rendam selama 30 - 60 minit. Selepas itu, bolehlah basuh dan tos. 
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih, kukus pulut sehingga masak. Angkat dan tuang ke dalam bekas besar.
Tuang santan yang telah disatukan dengan garam ketika pulut panas panas. Tutup seketika. Selepas beberapa minit, buka penutup dan kacau rata rata sehingga pulut kelihatan lembut dan berkilat. 
Masukkan semula ke dalam periuk pengukus, jika suka susun daun pandan dan tuang pulut tadi. Kukus sekadar keluar wap sahaja supaya pulut tahan lama. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota: jika suka, boleh taburkan sedikit gula atas pulut yang telah masak dan kacau rata. Kali ini, saya tak letak gula.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/09/pulut-kuning-yang-cukup-lembut-lemak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Laksam Lembut Dengan Kuah Lemak Ori Kelantan Anak Berebut Makan

Resipi Laksam Lembut Dengan Kuah Lemak Ori Kelantan Anak Berebut Makan

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 483 hits
Selain laksa ada yang suka makan laksam Kalau anda dan anak anak peminat laksam dengan kuah lemak lepas ni boleh buat sendiri di rumah Kalau beli di kedai tak puas makan Ada masa anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya Kadang asyik ...
Dhia Naik Al Quran Mummy Masak Pulut Kuning Rendang Daging

Dhia Naik Al Quran Mummy Masak Pulut Kuning Rendang Daging

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 460 hits
DHIA NAIK AL QURAN MUMMY MASAK PULUT KUNING RENDANG DAGING Alhamdulillah diam tak diam dah besar si Dhia tu ha Dah naik Alquran dah pun Tapi biasalah budak perempuan ni memang progress dia cepat dari budak lelaki Mummy pun boleh agak yang D...
Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak Sedap Mudah Buka Selera

Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak Sedap Mudah Buka Selera

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 409 hits
Sajian lauk masak lemak sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia Tua muda Melayu Cina India dan lain lain kaum juga menggemarinya Sajian ini juga ada pelbagai versi Setiap negeri ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri Anda suka ...
Ribbon Shokupan Bread Super Lembut Super Halus Dengan Kaedah Buat Ala Jepun

Ribbon Shokupan Bread Super Lembut Super Halus Dengan Kaedah Buat Ala Jepun

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 280 hits
Roti Shokupan shokupan tu dalam bahasa Jepun bermaksud roti kosong atau roti biasa plain bread Menurut Fatin Damia dalam laman FB nya roti shokupan ini biasanya menggunakan susu dan sedikit whipping cream Tekstur roti ini sangat lembut di d...
Beli Buah Mangga Lemak Muda Untuk Balas Dendam

Beli Buah Mangga Lemak Muda Untuk Balas Dendam

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 939 hits
Oleh kerana sejak akhir akhir selera makan berkurang yang tak tahu entah kenapa Tapi masak untuk husband okay je Diri sendiri je kecelaruan dengan selera sendiri Lepas tu bila beli maknan tak kena dengan tekak nyesal pula tak masak sendiri ...
Jantung Pisang Masak Lemak Tersedap

Jantung Pisang Masak Lemak Tersedap

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 517 hits
Assalamualaikum hai arini saya balik rumah nenek jarah Kebetulan ada jantung pisang Favourite saya ni Nak di jadikan cerita saya pun suruh la nenek jarah masakkan saya jantung pisang tu Kesian dia Tak larat pun kena layan cucu dia yang ment...
Nasi Lemak Pak Zain Sarapan Weekend Di Seremban

Nasi Lemak Pak Zain Sarapan Weekend Di Seremban

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 527 hits
Hi korang Seronok tido bila Sabtu seawal pukul 6am tidur ni di ganggu dengan keharuman bau nasi lemak Pak Zain masak terus terbayang sambal kerang lama tak makan sambal kerang terus rasa nak makan sambal kerang abah pun sama dari hari tu ca...
Lemak Talang Kering

Lemak Talang Kering

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 287 hits
Lauk Lemak Kuning Ikan kering dengan nanas buat Kjee rindu kepada arwah mak Masa kami kecik2 dulu kami sering dibawa berkelah Di tepi pantai sungai air terjun dan semua tempat perkelahan yang sempat Itu aktiviti orang kurang berada macam fa...
Rangup Tapi Lembut Potato Carrot Fritters Versi Baby Mak Ayah Boleh Tumpang Sekaki

Rangup Tapi Lembut Potato Carrot Fritters Versi Baby Mak Ayah Boleh Tumpang Sekaki

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 371 hits
Hujung minggu pastinya menjadi hari paling bermakna buat anak anak di rumah Mana tidaknya pagi pagi lagi juadah hebat sudah tersedia hebat di atas meja Semuanya air tangan ibu tercinta Apa kata cuti hujung minggu ini mama sediakan Potato Ca...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Sarapan Di Warong Sate Pagi Kota Tinggi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sentuhan Kasihmu Ibu

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Dolla Mwa Chord