Resipi Laksam Lembut Dengan Kuah Lemak Ori Kelantan Anak Berebut Makan


Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.

Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.

– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.

– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula

– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan. 
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.

Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Kredit Resipi Laksam: Norsiah Mamat
Kredit Resipi Kuah Lemak: Dapur Cheyah
 
The post Resipi Laksam Lembut Dengan Kuah Lemak Ori Kelantan. Anak Berebut Makan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/resipi-laksam-lembut-dengan-kuah-lemak-ori-kelantan-anak-berebut-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Kampung Resipi Campak Campak Confirm Anak Makan Bertambah

Nasi Goreng Kampung Resipi Campak Campak Confirm Anak Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 277 hits
Keengganan anak makan sayur atau buah selain kebergantungan terhadap makanan segera boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh mereka Jadi bagi memastikan anak dapat zat yang diperlukan anda boleh ikut tip dibaw...
Lembut Tapi Super Rangup Nasi Kepal Pilihan Buat Anak Tak Gemar Makan Nasi

Lembut Tapi Super Rangup Nasi Kepal Pilihan Buat Anak Tak Gemar Makan Nasi

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 386 hits
Sudah semestinya menguapkan nasi pada anak menjadi detik yang paling sukar Mana tidaknya bila sahaja nasi disuapkan anak mula meluahkan semula Lama kelamaan jika tidak diubah cara dan daya pujuk yang hebat anak makin kurang minatnya untuk m...
Begedil Daging Guna Daging Korban Lebih Lembut Baby Pun Senang Kunyah Ini Resipi Mudah

Begedil Daging Guna Daging Korban Lebih Lembut Baby Pun Senang Kunyah Ini Resipi Mudah

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 360 hits
Hari raya Aidiladha baru je berlalu pasti ramai yang dapat daging korban kan Jadi kalau mama mama semua tak tahu nak masak apa dengan daging korban tu apa kata buatkan untuk si manja menu begedil daging Tapi bagi anak mama mama yang kurang ...
Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk Ni Cara Mudah Nak Sediakan

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk Ni Cara Mudah Nak Sediakan

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 354 hits
Masalah anak tidak mahu makan nasi selalu merisaukan ibu dan ayah Biarpun punya sumber karbohidrat yang lain seperti roti dan mi nasi dianggap paling mengenyangkan bagi sesetengah kita Tak apalah anak kurang gemar makan nasi kita gantikan d...
Jangan Terlalu Excited Bagi Anak Makan Ada Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Bahayakan Nyawa Anak

Jangan Terlalu Excited Bagi Anak Makan Ada Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Bahayakan Nyawa Anak

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 449 hits
Fiona kau dah ada dua orang anak kan Ajarlah aku resipi makanan bayi nak cuba bagi dekat Adam nanti tanya Nadia dalam keadaan teruja Kedatangan si comel dalam keluarga memang memberi banyak perasaan positif Semua ibu bapa mahukan yang terba...
Sekali Sekala Masak Untuk Anak Makanan Berasaskan Keju Confirm Dia Suka Ada 3 Resipi Menarik Wajib Cuba

Sekali Sekala Masak Untuk Anak Makanan Berasaskan Keju Confirm Dia Suka Ada 3 Resipi Menarik Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 366 hits
Bayi yang berumur 8 bulan hingga 12 bulan sudah boleh makan keju Namun tak semua keju sesuai untuk bayi Bagi yang berumur 8 bulan hingga 12 bulan perkenalkan bayi dengan krim keju seperti Tatura Jika bayi anda tiada sebarang masalah alahan ...
Resipi Sepinggan Mi Kung Fu Puas Makan Bila Masak Sendiri

Resipi Sepinggan Mi Kung Fu Puas Makan Bila Masak Sendiri

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 303 hits
Selalu kalau nak makan mi kung fu kita akan cari di kedai Apa kata kali ini kita buat sendiri Puas makan tau Senang je nak buat mi kung fu ni Ini resipi untuk buat sepinggan besar mi kung fu Memang sedap dan senang Boleh dibuat untuk makan ...
Resipi Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi Untuk Keluarga Makan Lauk Ni Je Pun Bertambah Nasi

Resipi Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi Untuk Keluarga Makan Lauk Ni Je Pun Bertambah Nasi

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 478 hits
Resipi kerabu ikan bilis ala sang dewi ni sebenarnya dijadikan sebagai lauk tambahan Tapi kalau masak kerabu ikan bilis ni saja pun dah cukup untuk makan dengan nasi panas panas Makin simple lauk makin bertambah makan sebenarnya Setuju tak ...
Resepi Pizza Mudah Nak Buat Bakar Guna Kuali Je Tak Cukup Satu Kalau Anak Anak Makan Memang Sedap

Resepi Pizza Mudah Nak Buat Bakar Guna Kuali Je Tak Cukup Satu Kalau Anak Anak Makan Memang Sedap

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 325 hits
Makanan seperti Pizza memang menjadi kegemaran anak anak di rumah Tapi kalau nak beli boleh tahan juga harganya Tambah pula kalau ada ahli keluarga yang ramai Lebih baik buat sendiri kat rumah gunakan bahan bahan yang mudah Kalau mama nak b...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults