Pulihkan Negara Bermula Dengan Rakyatnya





Program pemulihan negara tidak mampu berlangsung tanpa pemulihan sosio-ekonomi rakyat menerusi penurunan dana yang mencukupi; pelaksanaan moratorium bank secara automatik; subsidi gaji (furlough scheme yang memadai); dan pengenalan insuran pekerjaan automatik buat semua rakyat Malaysia yang bekerja; untuk menyelamatkan bukan sahaja segmen B40 tetapi juga M40 yang kini berisiko terjerumus ke dalam kancah kemiskinan.

Program pemulihan negara juga terganggu apabila operasi bagi 128,150 syarikat berdaftar (walau pada awalnya diumum 95,142 syarikat) melibatkan kira-kira 1.57 juta pekerja dibenarkan juga. Akhirnya menjelang 15 Jun 2021, kes hampir mencecah 5 ribu sehari, dengan 639 kluster COVID-19 sahaja dari tempat kerja sektor pembuatan. Keengganan mengeluarkan dana untuk membiayai sara hidup rakyat tidak boleh dijadikan alasan kepada pembukaan industri yang berterusan.

Negara juga tidak mampu pulih sekiranya PKS tidak diberi pemanjangan tempoh moratorium otomatik sebagaimana disaran pakar ekonomi; sebanyak 37.7% daripada PKS akan gulung tikar buat selama-lamanya sekiranya PKP berterusan. Bukan sahaja PKS terbeban, tetapi syarikat bertangga M40 di Permatang Pauh seperti De’ Pauh Cafe mengalami kerugian yang besar dan terjejas kewangannya hampir 90 peratus; manakala Restoran Fauzan Kari Kepala Ikan pula terpaksa menutup operasi mereka apabila menanggung hutang yang semakin menggunung. Pengumuman perancangan bantuan tunai maksima RM500 dan geran PKS RM1500 beserta upah RM600 seorang hanya untuk sebulan adalah tidak memadai.

Bandingkan dengan sektor perbankan yang mencatatkan keuntungan bersih lumayan walau moratorium enam bulan dilaksana waktu PKP 1.0; Maybank, RM2.39 billion (+16.6%); RHB Bank, RM650.39 juta (+13.9%), Public Bank Berhad, RM1.529 bilion (+15.1%); - berakhir 31 Mac 2021.

Laporan Kewangan RHB Berhad 2020 memperincikan sebanyak RM4,147,000 dibayar kepada Pengarah Urusan mereka, dengan nota kaki bonus tambahan sebanyak RM 1,747,000 pada tahun yang sama. Manakala Laporan Tahunan Public Bank 2020 - mencatatkan komponen bonus yang besar hampir 50% daripada jumlah gaji bernilai RM18,968,000 dibayar kepada Pengarah Eksekutif.

Melihat kepada warga pekerja pula - begitu ramai yang secara sembrono dipotong gaji mereka atau dibuang, sedarlah bahawa negara hanya mampu pulih sekiranya pekerjanya mampu terus hidup.

Cadangan pemberian subsidi gaji sekurang-kurangnya RM1,500 selama tiga bulan, dan bukannya sekadar RM600 sebulan sebagaimana diumum, perlu diambil kira melihat realiti kadar pengangguran yang kini mencecah 5.1 peratus, sementara pengangguran belia kohort 15-24 tahun meningkat sehingga 13.7 peratus.

Diakui, moratorium automatik dan subsidi gaji hanya sekadar plaster luka sementara bagi luka dalam yang memerlukan pembedahan lanjut. Pada saat inilah, sepatutnya program pemulihan negara menerusi Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) - dahulunya diterajui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KPWKM yang mengusulkan Sistem Pangkalan Data Nasional Perlindungan Sosial bagi memperkemaskan program bantuan sosial yang tidak seragam - dilaksana dengan serta-merta.

Kini, MySPC di bawah Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin; dan hanya sempat bertemu buat kali kedua pada bulan ini setelah bermesyuarat buat kali pertamanya pada Disember 2020. Skim gig yang ditawarkan MDEC dan agensi kerajaan lainnya hanya mampu mencapai kurang 10 peratus daripada pekerja informal; yang sebahagian besarnya merupakan petugas barisan hadapan ekonomi negara. Mereka bertarung nyawa tiap hari dalam menjalankan tugas, tapi tidak punyai jaringan keselamatan sosial untuk melindungi kebajikan mereka dalam situasi cemas.

Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan sebagai ‘exit strategy’ semalam memperlihatkan rakyat terus dipenjara dengan hukuman yang jauh lebih berat apabila perintah berkurung bakal berterusan sekurang-kurangnya sehingga bulan September tanpa bantuan sosioekonomi yang mencakupi keperluan rakyat. Jangan sampai kita terlalu tertumpu kepada konsolidasi fiskal - dan melakukannya terlalu awal. Apa gunanya penarafan hutang negara jika rakyat merana dan ekonomi menjunam?

Justeru sementara kita harungi PKP terkini, kerajaan digesa melaksanakan Pelan Induk Perlindungan Sosial Kebangsaan yang telah dibentangkan sekian lama bagi memastikan sumber kewangan digunakan secara optimum; mengagihkan bantuan secara efisien untuk menepati impak yang disasarkan. Pertimbangkan bantuan sejagat tanpa memilih bulu dan laksanakan pendaftaran bagi setiap warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas secara automatik untuk membolehkan mereka mendapatkan perlindungan sosial yang amat diperlukan secepat mungkin.

Pulihkan negara bermula dengan rakyatnya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/pulihkan-negara-bermula-dengan-rakyatnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Gnb Indonesia Ajak Negara Ilo Pulihkan Dampak Covid 19 Terhadap Dunia Kerja

Sidang Gnb Indonesia Ajak Negara Ilo Pulihkan Dampak Covid 19 Terhadap Dunia Kerja

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 253 hits
Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Ketenagakerjaan menghadiri Pertemuan Tingkat Menteri Tenaga Kerja Anggota Gerakan Non Blok secara virtual yang dipimpin oleh Menteri Tenaga Kerja dan Perlindungan Sosial Populasi Azerbaijan Jumat mal...
Azmin Jangan Cakap Besar Pulihkan Ekonomi Negara

Azmin Jangan Cakap Besar Pulihkan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 169 hits
Azmin jangan cakap besar pulihkan ekonomi negaraOleh June 21 2021Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali mengatakan pertumbuhan ekonomi domestik negara menunjukkan perkembangan yang positif amat meraguka...
Jangan Biarkan Saka Merosakkan Negara Bersama Kroninya

Jangan Biarkan Saka Merosakkan Negara Bersama Kroninya

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 141 hits
BETUL KATA Dr Puad Zarkashi tu Kuasa MAGERAN ni sangat dahsyat boleh buat apa sahaja Buatnya OT tu salah guna lagi parah le keadaan Rakyat Seteru dia terutama DSAI pasti ke dalam Tu pasal Mat Serabut penjilat tegar OT pun tak mahu sokong MA...
Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen

Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 235 hits
Apa masalah kita di negara ini sekarang Jika boleh dihurai pendekkan antara masalah pokok negara kita sekarang ialah kegagalan PN sebagai kerajaan dan ketidakmampuan Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri dalam mengurus negara memerangi ...
Kita Patut Cemburui Negara Lain

Kita Patut Cemburui Negara Lain

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 118 hits
NORMAN RADZUANSaya cemburu dgn negara lain KITA MASIH MENYIMPAN RAKYAT Setiap malam saya menonton acara sukan luar negara Ada Formula 1 Moto GP Badminton Cycling Tenis Bola Sepak Olahraga di Europe Maraton di China dan skg sdg berlangsung k...
Perginya Bekas Ratu Trek Negara

Perginya Bekas Ratu Trek Negara

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 694 hits
Oleh UTUSAN MALAYSIA PETALING JAYA Sukan tanah air hari ini menerima kehilangan besar apabila perginya bekas ratu pecut dan tokoh pemimpin olahraga yang amat disegani Rajemah Sheikh Ahmad Allahyarhamah meninggal dunia di usia 77 tahun pada ...
Mcdonald S Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara

Mcdonald S Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 297 hits
hai assalammualaikum McDonald s Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara Saban hari kes covid makin hari makin meningkat dan sebagai rakyat yang prihatin kita perlulah mengikut SOP yang dit...
Berterusan Hentam Sistem Pendidikan Negara Dong Zong Dah Tak Patut Wujud

Berterusan Hentam Sistem Pendidikan Negara Dong Zong Dah Tak Patut Wujud

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Dong Zong yang tak sedia asimilasi dengan sistem pendidikan kebangsaan BANGI Dakwaan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia bahawa sistem pendidikan di negara ini terperangkap dalam sist...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport