Mcdonald S Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara
hai assalammualaikum McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara - Saban hari, kes covid makin hari makin meningkat dan sebagai rakyat yang prihatin, kita perlulah mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan penularan covid ni. Setiap hari, ada sahaja yang perkongsian video mereka yang dijangkiti covid ni, sedih memang sedih terutama kepada frontliner kita yang bertungkus-lumus berupaya merawat dan menyembuhkan pesakit covid ni
Paling penat sekali mestilah frontliner perubatan yang bertugas, dengan tak cukup rehat,waktu makan tak menentu, perlu berpakaian PPE yang lengkap. Kita tau pakai PPE tu bukan selesa dipakai, tapi disebabkan tanggungjawab demi merawat pesakit covid, mereka tetap melakukan kerja dengan ikhlas dan tulus tanpa erti penat. Kita semua tau, waktu sekarang barisan petugas hadapan kita di hospital sangatla kritikal
McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara Taktkala, kita diperintahkan untuk duduk di rumah, McDonald's Malaysia masih menjalankan Program Komuniti mereka di seluruh Malaysia. Memikirkan frontliner yang bekerja tanpa mengira waktu demi kesihatan rakyat Malaysia, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa untuk membendung penularan wabak covid dan merawat pesakit, rangkaian perkhidmatan makanan, McDonald's Malaysia menaja makanan ke lebih daripada 70 hospital di seluruh negara.
Penghantaran makanan akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital. Tajaan makanan untuk hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19 akan menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan
#KitaBoleh
Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.
Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat kepada semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga sesama kita, mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan, keberanian para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak covid ini.
"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama pandemik ini.” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
"Apa yang membuatkan keadaan sekarang terkawal adalah disebabkan ketekunan berterusan para barisan hadapan kita, yang bekerja seharian menjadikan kehidupan kita lebih aman setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.
"Satu tepukan hebat kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital, dan memastikan bahawa barisan perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka," kata Azmir.
Penajaan makanan ni dilakukan selama sebulan bermula 24 Mei sehingga 30 Jun, dan dihantar sekali seminggu. Alhamdulillah, dengan bantuan seperti ini sedikit sebanyak memberi frontliner hilang sedikit rasa penat itu dan terus bersemangat merawat pesakit covid. Hebatnya frontliner dalam mengharungi saat-saat sukar seperti sekarang.
Ketika petugas - petugas Covid 19 ini bertungkus lumus, mereka sangat memerlukan kita sebagai penguat semangat mereka. Semoga kita sama-sama bersatu membendung penularan covid ini.
Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2021/06/mcdonalds-malaysia-menaja-makanan-kepada-frontliner.html