Pulau Pinang Buka Premis Perniagaan Hari Ini




ORANG ramai mulai membanjiri beberapa kawasan bandar di Pulau Pinang, terutama di kawasan pusat membeli belah, selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan hari ini, yang menyaksikan banyak premis perniagaan dan perkhidmatan dibuka semula.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan seperti bandar Butterworth, Bukit Mertajam dan George Town, ada tempat-tempat tertentu menyaksikan pelanggan beratur panjang sehingga di luar premis seperti di pejabat pos, bank serta kedai membaiki kenderaan.

Seorang pengunjung pejabat pos di Komtar, Mohamed Idrus Karim, 52, berkata beliau datang ke situ pada pukul 8.00 pagi kerana mahu memperbaharui lesen memandu serta membayar beberapa bil tertunggak, dan mendapati orang telah ramai sudahpun beratur panjang.




Beliau berkata lesen memandunya telah tamat tempot sejak bulan lepas namun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, beliau tidak dapat memperbaharuinya lagi dan memilih untuk berbuat demikian hari ini.

“Saya datang ke sini kira-kira pukul 8.00 pagi lagi dan sebaik sampai, sudah ada beberapa individu yang sedang beratur dengan mengamalkan jarakan sosial dan memakai penutup mulut serta hidung…bila berbual dengan mereka sebelum masuk ke pejabat pos, kebanyakan mereka mahu memperbaharui lesen memandu dan cukai kenderaan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Seorang pengunjung yang ditemui di Komtar, Suhaila Abdullah, 35, berkata pelaksanaan PKPB di Pulau Pinang hari ini sedikit sebanyak memberi peluang kepadanya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan meninjau jualan pakaian serta kuih raya di situ.


Katanya sejak pelaksanaan PKP, beliau memang tidak keluar rumah dan hari ini mengambil peluang untuk membuat persiapan walaupun Ramadan serta Aidilfitri tahun ini pastinya tidak semeriah sebelumnya.

“Saya cuma hendak beli baju raya untuk tiga anak saya dan sedikit kuih raya sebagai persiapan sambutan di rumah kerana kami pasti tidak dapat balik ke kampung di Perak untuk Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.

Seorang peniaga, Nur Hazani Mohd Noor Halim, 48, berkata kedai menjual pakaian miliknya memulakan operasi seawal pukul 10 pagi selepas lebih sebulan tidak beroperasi berikutan pelaksanaan PKP.

“Alhamdulillah, pelaksanaan PKPB di Pulau Pinang sedikit sebanyak membantu kami yang sebelum ini menanggung kerugian kerana tidak beroperasi. Terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan kami berniaga semula dan peniaga perlu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Wahab ketika dihubungi Bernama berkata tinjauan polis di seluruh negeri hari ini berikutan pelaksanaan PKPB mendapati semuanya berjalan lancar dan dalam keadaan baik walaupun ada peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya berikutan orang ramai telah mula bekerja.

Menurut beliau pihaknya juga akan membuat pemantauan pematuhan PKPB dengan SOP yang lebih ketat seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan orang ramai terutama pengunjung pusat membeli belah mematuhi arahan dan mengelakkan orang ramai berkumpul serta menjarakkan diri ketika melakukan aktiviti harian.

“Salah satu skop penugasan yang kita rancang ialah menempatkan anggota polis di dalam pusat membeli belah terutamanya yang mempunyai banyak cawangan perniagaan supaya dapat memantau serta pastikan pengunjung mematuhi SOP terutamanya dalam jarakan sosial. Itu kita akan pastikan, kita akan berikan nasihat, teguran dan amaran sekiranya ada individu atau kumpulan melanggar arahan KKM,” katanya.

Menurutnya polis juga telah menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan tumpuan orang ramai di negeri itu terutama di pusat membeli belah, lokasi pelancongan dan bank-bank bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

Katanya ketika ini terdapat 11 sekatan jalan raya di seluruh negeri itu dan ia lebih fokus di kawasan sempadan negeri bagi memastikan orang ramai tidak membuat perjalanan rentas negeri tanpa sebab.- BERNAMA






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/pulau-pinang-buka-premis-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Premis Perniagaan Dan Perkhidmatan Dibuka Semula Di Pulau Pinang Hari Ini

Premis Perniagaan Dan Perkhidmatan Dibuka Semula Di Pulau Pinang Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 233 hits
GEORGE TOWN 8 Mei Orang ramai mulai membanjiri beberapa kawasan bandar di Pulau Pinang terutama di kawasan pusat membeli belah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula dilaksanakan hari ini yang menyaksikan banyak premis perniagaa...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 281 hits
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader Foto Ramdzan MasiamOleh Zuhainy Zulkifflibhnews bh com myGEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang kecewa dengan cadangan beberapa pihak di Malaysia supaya menghalang dan juga mengusir pelarian Rohingya ya...
Pekerja Perubatan Ditangkap Di Pulau Pinang Dengan Lebih 22 Kes Pecah Rumah

Pekerja Perubatan Ditangkap Di Pulau Pinang Dengan Lebih 22 Kes Pecah Rumah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 439 hits
Memetik laporan NST Pasukan petugas polis menahan seorang pekerja kesihatan di kediamannya pada 23 April berhubung dengan beberapa kejadian pecah rumah sejak enam tahun lalu di kondominium tempat dia tinggal Foto GoogleLelaki berusia 38 tah...
Peniaga Uptown Di Pulau Pinang Lega Dibenar Beroperasi Di Tapak Baharu

Peniaga Uptown Di Pulau Pinang Lega Dibenar Beroperasi Di Tapak Baharu

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 305 hits
Selepas dua bulan hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga kumpulan peniaga Uptown Bertam Kepala Batas dan Bandar Perda Bukit Mertajam akhirnya menarik nafas lega kerana dibenarkan beroperasi di tapak baru Sebelum ini mereka berniaga ...
Bangkitlah Fokus Bertemu Pulau Pinang Jkt

Bangkitlah Fokus Bertemu Pulau Pinang Jkt

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 289 hits
Kuala Terengganu Bangkitlah rakan sepasukan Itu permintaan pemain tengah Terengganu Joseph Kalang Tie apabila pasukannya berkunjung ke Stadium Bandaraya bertemu skuad Pulau Pinang dalam aksi terakhir Liga Super malam esok Joseph 28 pemain k...
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Di Pulau Pinang Bermula 8 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Di Pulau Pinang Bermula 8 Mei 2020

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 490 hits
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 8 Mei ini kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow Menurut beliau hanya sektor yang dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga sahaja dibena...
Francis Light Tidak Menemui Pulau Pinang Tetapi Merampasnya Daripada Kedah

Francis Light Tidak Menemui Pulau Pinang Tetapi Merampasnya Daripada Kedah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1026 hits
Francis Light Tidak Pernah Menemui Pulau PinangSepertimana Singapura yang bukan ditemui oleh Stamford Raffles Pulau Pinang juga bukanlah ditemui oleh Francis Light Sebelum tibanya Francis Light sudah ada penempatan orang Melayu di pulau ter...
Selangkah Untuk Pengesanan Kontak Pengunjung Premis Perniagaan Dilancarkan Kerajaan Selangor

Selangkah Untuk Pengesanan Kontak Pengunjung Premis Perniagaan Dilancarkan Kerajaan Selangor

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 579 hits
Sebuah lagi sistem pengesanan kontak dilancarkan tetapi kini oleh kerajaan Selangor SELangkah dibangunkan khusus untuk pengesanan kontak pengunjung premis perniagaan di negeri tersebut Berbeza dengan aplikasi MyTrace pelanggan tidak perlu m...
Hotel Mula Gulung Tikar Di Pulau Pinang Ipoh

Hotel Mula Gulung Tikar Di Pulau Pinang Ipoh

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 391 hits
Sumber The Gurney Resort Hotel and Residences di Pulau Pinang merupakan antara yang mengecilkan operasi hotelnya akibat kesan daripada pandemik Covid 19 Gambar Facebook 27 April 2020 PLENITUDE Bhd sedang menutup operasi tiga hotelnya iaitu ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching