Peniaga Uptown Di Pulau Pinang Lega Dibenar Beroperasi Di Tapak Baharu


Selepas dua bulan hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga, kumpulan peniaga Uptown Bertam, Kepala Batas dan Bandar Perda, Bukit Mertajam akhirnya menarik nafas lega kerana dibenarkan beroperasi di tapak baru.

Sebelum ini mereka berniaga di dua uptown tersebut namun, tidak dapat mencari rezeki susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung COVID-19.

Basiron Shahmat, 54 tahun, antara peniaga yang terpaksa mengikat perut kerana langsung tiada sumber pendapatan selepas Uptown Bandar Perda ditutup.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana berpeluang mencari rezeki di musim perayaan selepas ditempatkan semula di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula semalam sehingga 24 Mei ini.


Penempatan semula Usahawan Uptown Bandar Perda/Uptown Kiosk Bertam di Tapak Ekspo #SeberangJaya

Bermula hari ini 14 Mei 2020 sehingga Malam Raya. Pengunjung boleh hadir seawal jam 12 tengahari sehingga 10 malam.

Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. pic.twitter.com/e34AjohnLd— penangkini (@penang_kini) May 14, 2020 "Sebenarnya, kami cukup terkesan dengan PKP ini, sebab kami biasanya masuk stok awal, dalam sebulan sebelum Ramadan.

"Maknanya, PKP mula 18 Mac, jadi stok kami sudah penuh, jadi kalau kerajaan negeri tidak beri kelonggaran, tidak bagi peluang kepada kami untuk berniaga, memang masalah cukup besar kepada kami peniaga," katanya.

Basiron antara 80 peniaga yang beroperasi di tapak baru yang digelar Uptown Raya dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerajaan negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP).

BACA: Ribut melanda Uptown Bandar Perda, khemah terbang, pokok tumbang

Peniaga kopiah, Najmuddin Ismail, 45 tahun pula sebelum ini berniaga di beberapa lokasi tetapi turut mengalami nasib sama seperti peniaga lain yang kehilangan sumber pendapatan sedangkan stok raya sudah dibeli beberapa bulan lalu.

"Ini merupakan peluang yang begitu penting untuk kita sama-sama dapat menjana pendapatan memandangkan kita hanya ada 10 hari lagi untuk menyambut Aidilfitri.

"Dan kita amat faham tentang kekangan kewangan yang begitu hebat dirasakan oleh semua penduduk, khasnya di Pulau Pinang.

"Alhamdulillah, semoga kita dapat hadir beramai-ramai di sini, program penempatan semula peniaga-peniaga Uptown Bandar Perda dan juga Uptown Bertam," jelasnya.

BACA: 'Saya terpaksa berhutang supaya boleh terus buka gerai' - Peniaga yong tau foo

Sementara itu, jurucakap penganjur, Khairul Ishak memberitahu pihaknya simpati dengan nasib peniaga yang terjejas dengan PKP lalu mengambil inisiatif menempatkan mereka di tapak baru kerana Aidilfitri satu-satunya peluang untuk mereka menjana pendapatan.

Bagaimanapun, semua peniaga dan pengunjung diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika masuk ke tapak ekspo selain ruang menunggu disediakan bagi mengelakkan kesesakan dalam setiap lot gerai.

"Kita mengikut SOP seperti yang ditetapkan oleh MKN di pasar raya besar dan pasar raya. Setiap seksyen-seksyen ini hanya dibenarkan 50 ke 100 orang maksimum untuk masuk.

"Jadi yang lebih itu terpaksa menunggulah. Kita harap orang ramai yang akan hadir nanti faham SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya.

BACA: Ingkar PKP: Pasar awam pertama di Pulau Pinang diarah tutup tiga hari

Ketika ini Uptown Raya Seberang Jaya merupakan satu-satunya lokasi untuk warga Seberang Prai membeli kelengkapan raya berikutan Karnival Mahabbah, Bertam dan Pasar Borong Kubang Menerong, Tasek Gelugor yang tidak beroperasi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/peniaga-uptown-di-pulau-pinang-lega.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Benar Sektor Aktiviti Di Bawah Pkpb Beroperasi Semula Mulai Esok

Pulau Pinang Benar Sektor Aktiviti Di Bawah Pkpb Beroperasi Semula Mulai Esok

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 374 hits
Semua sektor ekonomi dan aktiviti yang dibenarkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan beroperasi semula di Pulau Pinang mulai esok kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Pembukaan semula semua sektor dan ...
51 208 Pekerja Asing Sektor Pembinaan Dan Perkilangan Di Pulau Pinang Akan Disaring

51 208 Pekerja Asing Sektor Pembinaan Dan Perkilangan Di Pulau Pinang Akan Disaring

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 513 hits
GEORGE TOWN 14 Mei Seramai 51 208 pekerja asing dalam sektor pembinaan dan perkilangan di negeri ini perlu menjalani ujian saringan COVID 19 sebagai langkah pematuhan prosedur operasi standard dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersya...
Larangan Solat Di Masjid Surau Di Masih Kekal Mufti Pulau Pinang

Larangan Solat Di Masjid Surau Di Masih Kekal Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 343 hits
PULAU Pinang masih melanjutkan tempoh larangan semua kegiatan membabitkan masyarakat awam di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan muktamad dibuat Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan ...
Akad Nikah Di Pulau Pinang Telah Dibenarkan

Akad Nikah Di Pulau Pinang Telah Dibenarkan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 382 hits
GEORGE TOWN 7 Mei nbsp Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan membenarkan urusan akad nikah umat Islam yang sebelum ini ditangguhkan semasa langkah Perintah Kawalan Pergerakan bermula Jumaat 8 Mei Pengarahnya Zulkifli Long be
Premis Perniagaan Dan Perkhidmatan Dibuka Semula Di Pulau Pinang Hari Ini

Premis Perniagaan Dan Perkhidmatan Dibuka Semula Di Pulau Pinang Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 247 hits
GEORGE TOWN 8 Mei Orang ramai mulai membanjiri beberapa kawasan bandar di Pulau Pinang terutama di kawasan pusat membeli belah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula dilaksanakan hari ini yang menyaksikan banyak premis perniagaa...
Pulau Pinang Buka Premis Perniagaan Hari Ini

Pulau Pinang Buka Premis Perniagaan Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 321 hits
ORANG ramai mulai membanjiri beberapa kawasan bandar di Pulau Pinang terutama di kawasan pusat membeli belah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula dilaksanakan hari ini yang menyaksikan banyak premis perniagaan dan perkhidmatan...
Pulau Pinang Tak Benarkan Masjid Surau Adakan Solat

Pulau Pinang Tak Benarkan Masjid Surau Adakan Solat

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 401 hits
Nur Izzati Mohamadam hmetro com myPULAU Pinang masih tidak membenarkan pengurusan masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat Jumaat serta berjemaah kerana perbincangan berhubung prosedur operasi standard masih belum selesai Berikutan i...
Covid19 Pulau Pinang Sedia Sambut Ketibaan Pelancong Menjelang Suku Tahun Ketiga Keempat 2020

Covid19 Pulau Pinang Sedia Sambut Ketibaan Pelancong Menjelang Suku Tahun Ketiga Keempat 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 423 hits
Pulau Pinang menjangkakan bakal menyambut ketibaan pelancong menjelang suku tahun ketiga dan keempat tahun ini susulan penularan pandemik COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Keseniaan Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hi...
Pulau Pinang Musim Durian Faezah Elai Ulang Mahu Balik Raya

Pulau Pinang Musim Durian Faezah Elai Ulang Mahu Balik Raya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 306 hits
Bagai berharap kerajaan berubah fikiran pelakon Faezah Elai rindu untuk pulang ke kampung Aidilfitri ini Faezah 37 berkata Aidilfitri kali ini lebih bermakna kerana Pulau Pinang berada dalam musim durian luruh Hello abah PM Boleh tak kami n...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong