Premis Perniagaan Dan Perkhidmatan Dibuka Semula Di Pulau Pinang Hari Ini


GEORGE TOWN, 8 Mei — Orang ramai mulai membanjiri beberapa kawasan bandar di Pulau Pinang, terutama di kawasan pusat membeli belah, selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan hari ini, yang menyaksikan banyak premis perniagaan dan perkhidmatan dibuka semula.
Tinjauan Bernama mendapati kawasan seperti bandar Butterworth, Bukit Mertajam dan George Town, ada tempat-tempat tertentu menyaksikan pelanggan beratur panjang sehingga di luar premis seperti di pejabat pos, bank serta kedai membaiki kenderaan.
Seorang pengunjung pejabat pos di Komtar, Mohamed Idrus Karim, 52, berkata beliau datang ke situ pada pukul 8.00 pagi kerana mahu memperbaharui lesen memandu serta membayar beberapa bil tertunggak, dan mendapati orang telah ramai sudahpun beratur panjang.
Beliau berkata lesen memandunya telah tamat tempot sejak bulan lepas namun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, beliau tidak dapat memperbaharuinya lagi dan memilih untuk berbuat demikian hari ini.
“Saya datang ke sini kira-kira pukul 8.00 pagi lagi dan sebaik sampai, sudah ada beberapa individu yang sedang beratur dengan mengamalkan jarakan sosial dan memakai penutup mulut serta hidung…bila berbual dengan mereka sebelum masuk ke pejabat pos, kebanyakan mereka mahu memperbaharui lesen memandu dan cukai kenderaan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Seorang pengunjung yang ditemui di Komtar, Suhaila Abdullah, 35, berkata pelaksanaan PKPB di Pulau Pinang hari ini sedikit sebanyak memberi peluang kepadanya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan meninjau jualan pakaian serta kuih raya di situ.
Katanya sejak pelaksanaan PKP, beliau memang tidak keluar rumah dan hari ini mengambil peluang untuk membuat persiapan walaupun Ramadan serta Aidilfitri tahun ini pastinya tidak semeriah sebelumnya.
“Saya cuma hendak beli baju raya untuk tiga anak saya dan sedikit kuih raya sebagai persiapan sambutan di rumah kerana kami pasti tidak dapat balik ke kampung di Perak untuk Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.
Seorang peniaga, Nur Hazani Mohd Noor Halim, 48, berkata kedai menjual pakaian miliknya memulakan operasi seawal pukul 10 pagi selepas lebih sebulan tidak beroperasi berikutan pelaksanaan PKP.
“Alhamdulillah, pelaksanaan PKPB di Pulau Pinang sedikit sebanyak membantu kami yang sebelum ini menanggung kerugian kerana tidak beroperasi. Terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan kami berniaga semula dan peniaga perlu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Wahab ketika dihubungi Bernama berkata tinjauan polis di seluruh negeri hari ini berikutan pelaksanaan PKPB mendapati semuanya berjalan lancar dan dalam keadaan baik walaupun ada peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya berikutan orang ramai telah mula bekerja.
Menurut beliau pihaknya juga akan membuat pemantauan pematuhan PKPB dengan SOP yang lebih ketat seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan orang ramai terutama pengunjung pusat membeli belah mematuhi arahan dan mengelakkan orang ramai berkumpul serta menjarakkan diri ketika melakukan aktiviti harian.
“Salah satu skop penugasan yang kita rancang ialah menempatkan anggota polis di dalam pusat membeli belah terutamanya yang mempunyai banyak cawangan perniagaan supaya dapat memantau serta pastikan pengunjung mematuhi SOP terutamanya dalam jarakan sosial. Itu kita akan pastikan, kita akan berikan nasihat, teguran dan amaran sekiranya ada individu atau kumpulan melanggar arahan KKM,” katanya.
Menurutnya polis juga telah menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan tumpuan orang ramai di negeri itu terutama di pusat membeli belah, lokasi pelancongan dan bank-bank bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan.
Katanya ketika ini terdapat 11 sekatan jalan raya di seluruh negeri itu dan ia lebih fokus di kawasan sempadan negeri bagi memastikan orang ramai tidak membuat perjalanan rentas negeri tanpa sebab.
Sumber: BERNAMA
The post Premis Perniagaan Dan Perkhidmatan Dibuka Semula Di Pulau Pinang Hari Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/08/premis-perniagaan-dan-perkhidmatan-dibuka-semula-di-pulau-pinang-hari-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Buka Premis Perniagaan Hari Ini

Pulau Pinang Buka Premis Perniagaan Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 306 hits
ORANG ramai mulai membanjiri beberapa kawasan bandar di Pulau Pinang terutama di kawasan pusat membeli belah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula dilaksanakan hari ini yang menyaksikan banyak premis perniagaan dan perkhidmatan...
Pulau Pinang Benar Sektor Aktiviti Di Bawah Pkpb Beroperasi Semula Mulai Esok

Pulau Pinang Benar Sektor Aktiviti Di Bawah Pkpb Beroperasi Semula Mulai Esok

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 368 hits
Semua sektor ekonomi dan aktiviti yang dibenarkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan beroperasi semula di Pulau Pinang mulai esok kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Pembukaan semula semua sektor dan ...
Pantai Diserbu Orang Ramai Sydney Ambil Keputusan Tutup Semula Lepas Lima Hari Dibuka

Pantai Diserbu Orang Ramai Sydney Ambil Keputusan Tutup Semula Lepas Lima Hari Dibuka

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 388 hits
Tiga pantai di selatan Sydney Australia yang dibuka lima hari lalu setelah ditutup akibat wabak Covid 19 kini ditutup semula menurut kenyataan Majlis Bandaraya Randwick Menurut kenyataan Pantai Clovelly Coogee dan Maroubra ditutup pada Juma...
Pulau Pinang Mahu Kaji Semula Harga Siling Rumah Mampu Milik

Pulau Pinang Mahu Kaji Semula Harga Siling Rumah Mampu Milik

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 323 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengkaji semula harga siling rumah mampu milik negeri dan memperkenalkan lebih banyak faedah untuk pembeli rumah pertama setelah tempoh perintah kawalan pergerakan berakhir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan ...
Uitm Pulau Pinang Lantik Rektor Wanita Pertama

Uitm Pulau Pinang Lantik Rektor Wanita Pertama

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 316 hits
UiTM cawangan Pulau Pinang menempa sejarah apabila berjaya melantik Rektor Wanita Pertama universiti tersebut Profesor Dr Salmiah Kasolang berkuatkuasa 1 Mei 2020 Menurut kenyataan UiTM cawangan tersebut lantikan ini menjadikan Dr Salmiah s...
Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat 2 0 Berjumlah Rm76 Juta

Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat 2 0 Berjumlah Rm76 Juta

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 321 hits
GEORGE TOWN 6 Mei Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2 0 berjumlah RM76 juta bagi meneruskan usaha memperkukuhkan ekonomi negeri itu Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pakej rangsangan ekonomi nege...
Sekolah Akan Dibuka Semula Sesi Persekolahan Akan Bermula

Sekolah Akan Dibuka Semula Sesi Persekolahan Akan Bermula

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 584 hits
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia dalam fasa merangka prosedur operasi standard pasca Covid 19 bagi sesi persekolahan negara apabila ia dibuka semula Menteri Kanan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap p...
Ketua Menteri Pulau Pinang Anggap Azmin Pemalas

Ketua Menteri Pulau Pinang Anggap Azmin Pemalas

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 357 hits
PP beri penjelasan pelaksanaan PKPB anggap Azmin pemalas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat pers...
Penasihat Khas Pm Cadang Laksana Semula Pkp Pada Hari Raya

Penasihat Khas Pm Cadang Laksana Semula Pkp Pada Hari Raya

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 458 hits
Penasihat khas perdana menteri mengenai kesihatan awam Dr Jemilah Mahmood mencadangkan perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan semasa Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah mencegah lonjakan kes Covid 19 di negara ini Beliau berkata demiki...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya