Air Kuala Koh Toksik Persatuan Perubatan


Martin Vengadesan 


   
Ujian makmal terhadap sampel yang diambil dari sumber air di sekitar Kampung Kuala Koh di Gua Musang, yang menyaksikan kematian 15 penduduk Orang Asli suku Bateq, mendapati kewujudan kandungan bahan pencemar dan toksik

Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Perubatan Malaysia (FPMPAM) Dr Steven Chow berkata sampel diambil pada 10 dan 11 Jun dari lima sumbe air.

Sampel diambil pada minggu ketika dilaporkan seramai 14 penduduk kampung telah meninggal dunia akibat menghidapi penyakit misteri.

FPMPAM menghantar sampel untuk ujian di tiga makmal bebas, yang mendapati bahawa sampel dari Sungai Pertang - sumber utama air untuk masyarakat - tidak sesuai untuk digunakan manusia, melainkan dirawat dengan baik.

Air tersebut juga didapati tidak sesuai untuk kegunaan riadah.

Tahap kotoran najis
Satu kajian juga mendapati tahap mangan (sejenis logam berat) di dalam air adalah sebanyak 2.53mg / L - lebih 12 kali ganda daripada standard keselamatan 0.2mg / L yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kajian juga mendapati tahap pencemaran najis di dalam air sebagai tidak dapat diterima.


Berdasarkan penemuan ini, yang telah disusun dalam laporan yang dilihat oleh Malaysiakini, Chow dan kumpulannya telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Dzukelfy Ahmad pada hari ini untuk mendesak beliau supaya menjalankan siasatan terhadap kes kematian penduduk kampung itu

Mesyuarat itu berlangsung pada jam 4 petang tadi.

Ditanya mengapa persatuannya memilih untuk menjalankan kajian bebas, Chow berkata ia kerana "penjelasan rasmi kedengaran seperti ada yang tidak kena."

"Terdapat (kenyataan) tergesa-gesa untuk mengesahkan air (di Kuala Koh) bersih, menyalahkan gaya hidup Bateq sebagai faktor dan kemudian menyalahkan campak," katanya kepada Malaysiakini.

Chow dan yang lain bertekad untuk mengetahui kebenarannya dan tidak yakin apabila Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati tiada pencemaran air dari perlombongan mangan di Aring 10, tiga kilometer dari Kampung Kuala Koh

Menurut Wan Azizah, JAS telah mengambil sampel di lombong mangan dan mata air di kampung itu, dan "mendapati kualiti air di kawasan persampelan iaitu Sungai Lebir adalah mematuhi Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan Bagi Air Mentah."

Dr Steven Chow, kiri.Bagaimanapun, menurut Chow, penduduk suku Bateq tidak mempunyai akses kepada air terawat dan bergantung kepada sumber sungai untuk kegunaan harian mereka, termasuk air minuman.

Chow dan kumpulannya sudah mengumpul sampel air mereka sebelum Wan Azizah membuat pengumuman itu pada 14 Jun lalu dan penemuan FPMPAM mendapati wujud percanggahan hasil uji kaji.

Ujian sampel telah dijalankan oleh Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, ALS Life Sciences dan ChemLab cawangan Kuala Lumpur.

Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar menemui paras nitrogen ammonia yang tinggi, antara 11.2mg / L hingga 25.2mg / L.

Tahap kimia ini yang dapat diterima untuk air sungai adalah tidak melebihi 0.9mg / L.


"Ammonia tinggi mungkin disebabkan oleh adanya baja di kawasan yang mengalirkannya ke sungai, serta dari air kencing dan najis manusia dan haiwan yang secara langsung dilupuskan ke sungai tanpa dirawat terlebih dahulu," kata laporan itu.

Kajian makmal menyimpulkan bahawa "berdasarkan semua parameter yang diuji untuk semua sampel air, kebanyakan parameter gagal mematuhi piawaian."

"Oleh itu, air sungai tersebut tidak sesuai digunakan sebagai air minum tanpa rawatan yang rapi."

Dalam ujian yang dijalankan oleh ALS Life Sciences, jumlah koliform kotoran najis melebihi paras yang dapat diterima untuk air sungai. 
Bakteria koliform digunakan sebagai penunjuk tahap pencemaran kotoran

Chow dan kumpulannya telah melawat Kampung Kuala Koh hanya seminggu sebelum berlakunya krisis tersebut dan terkejut dengan keadaan di kawasan itu.

Menggambarkan keadaan, Chow berkata tidak ada bekalan air dan semua tangki air kosong.

"Paip pecah. Apa yang kami ada cuma air botol yang kami bawa untuk pesakit dan pasukan perubatan.

"Dengan ketiadaan bekalan air, standard sanitasi sangat teruk.

"Kami menemui pesakit daripada lebih 60 keluarga, ramai yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Hampir semua mempunyai masalah jangkitan yang memberi kesan sama ada terhadap sistem pernafasan atau pencernaan, atau kulit," katanya.

Chow berkata pada masa itu, tiada tanda-tanda penyakit campak, tetapi semasa lawatannya, mereka merawat 140 pesakit, empat daripadanya meninggal dunia kemudian.

Ini termasuk Tok Batin Hamdan Keladi, abangnya dan tiga anaknya.

Beliau berkata soalan harus ditanya mengenai mengapa ada kematian berkelompok dalam satu keluarga.

Laporan FPMPAM menyimpukkan: "Tragedi ini terjadi akibat daripada kombinasi sempurna beberapa ciri-ciri -  tekanan sosio-ekonomi terhadap pribumi yang terpinggir dengan ekonomi sara hidup memburu dan mengutip hasil hutan, penurunan kualiti alam sekitar yang dicemari toksik, perbezaan serta ketidaksamaan dalam penjagaan kesihatan dan wabak penyakit telah berakhir dengan kematian yang tidak dapat dielakkan."



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/air-kuala-koh-toksik-persatuan-perubatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Koh Bebas Daripada Zon Merah Bermula Esok Polis

Kuala Koh Bebas Daripada Zon Merah Bermula Esok Polis

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 283 hits
GUA MUSANG 7 Julai Larangan zon merah bagi Kampung Kuala Koh yang menjadi penempatan bagi masyarakat Orang Asli suku Batek ditarik balik bermula 8 00 pagi esok Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata keputusan itu dica...
Macc Looking Into Claims Of Possible Graft In Kuala Koh Says Latheefa

Macc Looking Into Claims Of Possible Graft In Kuala Koh Says Latheefa

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 267 hits
MACC chief Latheefa Koya says no investigation papers have been opened so far into claims of corruption at Kampung Kuala Koh in Gua Musang KOTA BHARU The Malaysian Anti Corruption Commission has obtained information of possible corruption a...
Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan Kuala Lumpur Pulih 84 Peratus Setakat 12 Tengah Hari

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan Kuala Lumpur Pulih 84 Peratus Setakat 12 Tengah Hari

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 329 hits
SHAH ALAM 23 Julai Proses pemulihan keseluruhan gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran diesel di Sungai Selangor mencapai tahap 84 peratus setakat pukul 12 tengah hari tadi Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Pe...
Red Zone Restriction In Kuala Koh To Be Lifted Tomorrow

Red Zone Restriction In Kuala Koh To Be Lifted Tomorrow

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 242 hits
The red zone restriction imposed in the Orang Asli settlement of Kuala Koh in Gua Musang will be lifted from 8am tomorrow Gua Musang police chief Mohd Taufik Maidin said the district disaster committee which met today decided to lift the re...
Red Zone Order Lifted But Kampung Kuala Koh Still Quiet

Red Zone Order Lifted But Kampung Kuala Koh Still Quiet

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 281 hits
There is an air of quiet in Kampung Kuala Koh the settlement of the Orang Asli of the Batek tribe despite the lifting of the red zone prohibitory order at 8am this morning On June 12 the village had been declared a restricted area following...
Gerik Orang Asli To Gov T We Don T Want Kuala Koh To Happen To Us

Gerik Orang Asli To Gov T We Don T Want Kuala Koh To Happen To Us

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 306 hits
A group of 40 Orang Asli from Gerik Perak will hand a memorandum to the government in parliament tomorrow to urge them to prevent what has happened in Kuala Koh Terengganu from happening to them Many people including the Orang Asli themselv...
Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Air Lautnya Jernih Membiru

Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Air Lautnya Jernih Membiru

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 439 hits
Pulau Perhentian Kecil here we come Kalau tahun lepas destinasi tahun ni kami ke Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Ini pertama kali tau seumur hidup saya nak snorkeling Berenang memang sumpah saya tak pandai Tapi yang bestnya kawan ka...
Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 330 hits
Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sebentar tadi telah mengeluarkan satu pengumuman mengenai kerja kerja penambaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 mulai 9 pagi 23 Julai ini Pelaksanaan kerja penambahbaikan ini perlu dilak...
Over 300 Expected To Join Kuala Koh Gotong Royong

Over 300 Expected To Join Kuala Koh Gotong Royong

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 186 hits
The Orang Asli Development Department is expecting more than 300 participants to join the Kampung Kuala Koh gotong royong programme which is scheduled to start at 8am this Thursday Kelantan Terengganu Jakoa director Hashim Alang Abdul Hamid...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran