Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan Kuala Lumpur Pulih 84 Peratus Setakat 12 Tengah Hari


SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) — Proses pemulihan keseluruhan gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran diesel di Sungai Selangor mencapai tahap 84 peratus setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata bagaimanapun, tiga kawasan terjejas iaitu di Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Selangor hampir pulih sepenuhnya apabila masing-masing mencapai tahap pemulihan 99, 98, dan 95 peratus.
“Pemulihan gangguan bekalan air di kawasan Kuala Lumpur pula mencapai tahap 83 peratus; Petaling (85 peratus), Klang/Shah Alam (78 peratus) dan Kuala Langat (53 peratus).
“Sasaran seratus peratus pemulihan keseluruhan gangguan bekalan air di kawasan terjejas dijangka pada pukul 9 pagi Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Raof berkata lori-lori tangki masih digerakkan ke kawasan terjejas selain pengaktifan Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili awam bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna.
Dalam pada itu, pengguna yang telah menerima semula bekalan air diminta supaya menggunakannya dengan berhemah dan tidak membazir bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan bekalan di keseluruhan kawasan, katanya.
Tambah beliau, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan status terkini gangguan bekalan air melalui aplikasi ‘Air Selangor’ pada telefon pintar atau menerusi laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook ‘Air Selangor’ dan Twitter @air_selangor.
Pada Ahad lepas, pencemaran diesel di Sungai Selangor mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Panjang dekat sini terpaksa dihenti tugas yang mana menyebabkan gangguan bekalan air terhadap 1,191,942 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/23/gangguan-bekalan-air-di-selangor-dan-kuala-lumpur-pulih-84-peratus-setakat-12-tengah-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 387 hits
Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sebentar tadi telah mengeluarkan satu pengumuman mengenai kerja kerja penambaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 mulai 9 pagi 23 Julai ini Pelaksanaan kerja penambahbaikan ini perlu dilak...
Gangguan Bekalan Air Di Selangor Kuala Lumpur Minggu Depan

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Kuala Lumpur Minggu Depan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 265 hits
Gangguan bekalan air di Selangor Kuala Lumpur minggu depan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Jul 2019 10 37PM
Gangguan Bekalan Air Selama 4 Hari Di Selangor

Gangguan Bekalan Air Selama 4 Hari Di Selangor

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 415 hits
Beberapa kawasan di daerah Petaling Klang Shah Alam Gombak Kuala Lumpur Hulu Selangor Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 23 hingga 26 Julai ini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu ke...
Gangguan Bekalan Air Bermula 23 Julai Warga Selangor Kl Dan Putrajaya Dinasihat Buat Simpanan Mencukupi

Gangguan Bekalan Air Bermula 23 Julai Warga Selangor Kl Dan Putrajaya Dinasihat Buat Simpanan Mencukupi

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 386 hits
KEPENTINGAN pengguna pastinya keutamaan dan sejajar itu usaha berterusan dirangka bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan Hal sama dilakukan Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd untuk memastikan kelancaran sistem bekal...
Kl Selangor Bakal Mengalami Gangguan Air Dijangka 3 Hari

Kl Selangor Bakal Mengalami Gangguan Air Dijangka 3 Hari

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 380 hits
Perhatian buat semua gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang Shah Alam Petaling Gombak Kuala Lumpur Kuala Langat Hulu Selangor dan Kuala Selangor Ianya susulan kerja kerja penambaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selang...
Loji Rawatan Air Sungai Selangor Dan Rantau Panjang Kembali Beroperasi Tiada Jangkaan Waktu Bekalan Pulih

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Dan Rantau Panjang Kembali Beroperasi Tiada Jangkaan Waktu Bekalan Pulih

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 446 hits
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd pada pagi ini telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai status terkini gangguan bekalan air yang dialami oleh beberapa kawasan di negeri tersebut bermula semalam Menurut mereka Loji Rawatan Air S...
Tak Perlu Ke Timur Tengah Kalau Teringin Baklava Ada Aje Kat Kl Dan Selangor Ni

Tak Perlu Ke Timur Tengah Kalau Teringin Baklava Ada Aje Kat Kl Dan Selangor Ni

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 274 hits
Anda tidak perlu pergi ke negara Timur Tengah menikmati manisan Arab Kunjungi sahaja di kedai Damas Sweets milik Ezat Al Tahan dari Syria tetapi telah menetap di sini Selain baklava macam macam manisan Arab ada sini Semuanya dibakar segar d...
Water Supply Fully Restored In Gombak Hulu Selangor And Kuala Selangor

Water Supply Fully Restored In Gombak Hulu Selangor And Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 238 hits
PETALING JAYA Water supply to Gombak Hulu Selangor and Kuala Selangor has been fully restored while restoration to four other affected areas is 96 completed Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd said as at 6am Wednesday supply had been rest...
Ekspo Halal Absolutely Halal Malaysia Pertama Kalinya Di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

Ekspo Halal Absolutely Halal Malaysia Pertama Kalinya Di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 463 hits
Hi Korang Edisi pertama Halal Malaysia yang dianjurkan oleh Idea Max Event Sdn Bhd sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre bermula dari 26 Julai 28 Julai 2019 Masa pameran bermula seawal 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam set...
Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Jangan Jadi Content Creator Jijik Takde Otak

Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Tak Ramai Boleh Saingi Pengorbanan Rafizi Izzah Jawab Anwar

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas

Pemilihan Pkr 2025 Nurul Izzah Mendahului 3000 Undi

Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadang Kadang Allah Tangguhkan Jodoh Sebab Dia Sedang Siapkan Pasangan Yang Lebih Baik Untuk Kita

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan

Pgslot99 22 Pgslot99 Top 42 By Tina

Ufanance 12 Ufanance Top 15 By Finlay

Rasa Nak Ulas Isu Tengah Viral Tapi

Tenang Tapi Tewas