Puding Roti Kurma


Assalamualaikum..





Salam manis dan salam rindu buat semua...ya ammpunnnn...pagi-pagi buta sri dok belek dapur maya nie...orang lain semua dah hanyut dibuai mimpi...yang mengigau pun ada tue...hehehe...(^^,)
Kalau ikutkan mata nie memang dah berat sangat...asyik menjeling ke bantal yang tersedia untuk menerima pelukan dari tuannya tapi kalau sri tak update resepi untuk dikongsi bersama-sama sekarang...alamatnya,makin banyaklah yang tersimpan dalam pendrive tue...:-p





Puding nie sri buat masa en suami balik bercuti hari tue...en suami memang suka makan puding roti, cuma kali nie sri gatal-gatalkan tangan sikit tambah perasa...takut juga tak kena dengan selera en suami...tapi kan....wallllahhhh...en suami kata sedapppp...senyum kita sampai telinga...hehehe
Tapi kira nie dah jadi kes pekasam dah...nak buat macam mana, tuan empunya nie sibukkkk memanjang, sampaikan nak kemas-kemas dapur pun tak sempat...apa yang disibukkan pun tak tahu la tapi memang sibuk...hahaha...kalau ada yang pening membaca, baik roll kebawah jer...karang sri takut ada yang dapat migrain baca statement sri...poyo jer ayat...sebab kepala dah ting tong...ni lah jadinya...jom lah kita tengok apa yang sri godek-godek pastu jadilah puding munger-munger yang macam dalam gambar tue...comey tak(^^,)





Bahan-bahan:--*30 gm agar-agar tali-*800 ml air-*600 ml susu segar-*250 ml susu cair-*4 keping roti -*3/4 cawan gula pasir-*16 biji kurma - buang biji dan cincang halus-*pewarna - sri guna warna biru, merah, kuning, hijau dan ungu

Cara-cara:--Masak agar-agar dengan air hingga semua larut...kemudian tapiskan
-Satukan susu segar, susu cair, roti dan gula pasir dalam pengisar makanan...kisar hingga halus
-Kemudian tuang dalam agar-agar tadi dan masukkan buah kurma yang dicincang halus
-Masak dengan api perlahan selama lebih kurang 10 minit...tutup api dan angkat
-Bahagikan kepada beberapa bahagian yang kita hendak letak pewarna dan warnakan
-Caranya...tuangkan lapisan pertama kedalam mould atau loyang yang telah dibasahkan..bekukan sekejap dalam peti ais...kemudian tuang pula lapisan kedua dan seterusnya ulang langkah tadi dan buat hingga habis

***NOTA..masa kita sejukkan setiap lapisan...pastikan lapisan tidak terlalu keras...ini kerana untuk mengelakkan lapisan terpisah antara satu sama lain...dan masa hendak tuang lapisan berikutnya, pastikan juga senduk atau sudu yang diguanakan berada dekat dengan lapisan yang bawah masa kita nak tuang adunan kerana takut adunan yang bawah pecah dan bercampur

-Sedap dihidang sejuk






Sedikit Fakta Tentang Buah Tamar / Buah KurmaSumber : faktafaktamenarik.com
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


pic google

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan buah kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ (buah kurma) dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat buah kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air


pic google
Khasiat Buah Tamar / Buah Kurma

1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah

2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”

4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas PemikiranMaksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur

6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus

Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu

Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian





SELAMAT MENCUBA (^_^)*


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rosrikitchen.blogspot.com/2013/02/puding-roti-kurma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puding Roti Marble Laici

Puding Roti Marble Laici

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum Salam 1 Malaysia dan salam sayang buat semua pengunjung blog rosri kitchen terima kasih pada semua yang sudi menjengah ke sini apa khabar semua sri doakan moga kalian diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani rutin hari...
Info Tokey Kurma No 1 Datuk Yusof Taiyoob

Info Tokey Kurma No 1 Datuk Yusof Taiyoob

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 300 hits
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusof Taiyoob bukan ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yus...
Puding Roti Penyelamat Menu Minum Petang

Puding Roti Penyelamat Menu Minum Petang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 207 hits
Puding Roti Penyelamat Menu Minum Petang Haishh lamanya tak update blog ni Sibuk sangat ke tuan punya nya Kalau ikutkan sibuknya biasa biasa saja Hari hari pun sama Bila dah dari pagi sampai petang menjawap aduan pelanggan bila habis waktu ...
Bengkang Roti Gardenia Lemak Manis Secukup Rasa

Bengkang Roti Gardenia Lemak Manis Secukup Rasa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 282 hits
Lebihan roti gardenia dah nak expired Tak tahu nak buat apa Ini salah satu menu yang boleh cuba untuk buat makan makan bersama family Hidang pula dengan kopi panas sebagai pelengkap hidangan BENGKANG ROTI GARDENIABahan bahan Roti Gardenia 7...
Hiburan Jangan Bantai Nasik Lemak Roti Lepas Bersenam Nourul Depp Kembali Kurus Dah Mula Masuk Gimnasium

Hiburan Jangan Bantai Nasik Lemak Roti Lepas Bersenam Nourul Depp Kembali Kurus Dah Mula Masuk Gimnasium

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 268 hits
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam penyanyi Nourul Depp khabarnya sudah mula beriadah di gimnasium setelah beberapa minggu menyesuaikan diri dengan kediaman barunya di Bali Indonesia ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKemb...
Tular Roti Canai Biawak

Tular Roti Canai Biawak

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 330 hits
Keunikan seorang pengusaha roti canai mencipta roti canai berbentuk biawak mendapat perhatian orang ramai Rakaman cara cara roti canai itu disediakan turut tular di media sosial Menerusi video yang dikongsi di laman Twitter wahyuyordans rot...
Resepi Roti Bakar Pisang Paling Simple Sedap Hanya 5 Bahan Yang Ada Di Dapur

Resepi Roti Bakar Pisang Paling Simple Sedap Hanya 5 Bahan Yang Ada Di Dapur

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 328 hits
Roti bakar pisang antara menu yang paling mudah nak disediakan Hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan Yang paling penting rasanya sangat sedap dan confirm anak anak minta mama buatkan lagi Jom cuba resipi ini Sesuai untuk sarapan pagi ...
Roti John Homemade

Roti John Homemade

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 137 hits
Siapa tak kenal roti john Kat pasar malam mesti ada orang jual Tapi bila time puasa je terasa pulak nak makan Hari hari biasa ni takde pulak rasa nak makan Pastu kalau beli kat pasar malam tak best sebab selalunya banyak telur dari daging T...
Resepi Roti Naan Cheese Meleleh

Resepi Roti Naan Cheese Meleleh

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 205 hits
Bahan bahan yang diperlukan 1kilo tepung gndum cawan plnta cawan gula 2 cawan air 1 sudu besar mauripan Cheese kepingCara cara 1 Masukn gula dalam air kacau 2 Masukn tepung planta mauripan dalam bekas gaul sampai sebati pastu tuang air gula...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint