Puding Roti Penyelamat Menu Minum Petang


 Puding Roti Penyelamat Menu Minum Petang.  Haishh...lamanya tak update blog ni. Sibuk sangat ke tuan punya nya? Kalau ikutkan sibuknya biasa-biasa saja. Hari-hari pun sama.  Bila dah dari pagi sampai petang menjawap aduan pelanggan, bila habis waktu kerja memang kalau boleh nak tutup laptop cepat-cepat.  Boleh saja gigih update di phone, tapi akak ni sejenis nak tengok skrin besar, baru rasa puas nak menulis.  Idea pun lancar je. Skrin kecil nanti alamatnya banyaklah typo.  Hari ni akak nak cerita pasal penyelamat akak hari ni.  Penyelamat daripada pembaziran dan penyelamat untuk isi perut di petang hari hujan lebat.  Hujan lebat kat sini hari ni.  Sejuk je cuaca. Bila sejuk ni faham-fahamlah, perut asyik menyanyi lagu riang saja.  Puding roti memang betul-betul jadi penyelamat akan hari ni.

Semalam lagi ternampak sebungkus roti gardenia yang husband beli 2 hari lepas tak berusik.  Budak-budak ni, kalau takde apa jajan, asyik minta, bila ada makanan tersedia selalu tak berusik.  Roti antaranya.  Biasanya akak habiskan dengan buat  pizza telur, roti telur atau sandwich.  Tapi kali ini, nak cuba buat puding roti pula.  Dah lama teringin nak cuba tapi virus M tu banyak sangat. Since kakak tengah cuti sementara mula semester baru, bolehlah akak buli dia sikit.
Puding Roti Sos KastardPuding roti dan sos kastard ni akak cuba guna resipi Aziekitchen.  Nama pun hampir sama.  Tapi akak ubah-ubah juga guna apa bahan yang ada di rumah saja.
Bahan-bahan :
Bahan A:
7-8 keping roti
2 sudu besar mentega - cairkan (akak guna butter)
3 sudu besar kismis - yang ni akak tak sukat pun, campak sesuka hatiBahan B:
500 ml susu segar @ 2 cawan
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla - tak masukkan yang ni sebab dah habis, kalau masuk lebih wangi bau puding
1 sudu kecil serbuk cinnamon

Untuk Sos Kastard1 tin susu cair - akak guna baki susu segar yang ada
¼ tin air - guna tin susu cair tadi - oleh kerana guna susu segar, akak masukkan 1/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gulaCara cara:
Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika.  Masukkan separuh kismis dan juga mentega/butter cair . Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. 
Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat sos kastad, campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat mengikut kepekatan ikut selera masing-masing.  Rasalah juga manisnya. 
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad. Akak buat cara bakar. Boleh juga kalau korang nak buat cara kukus.  Terpulang ikut citarasa masing-masing



*terimakasih Aziekitchen, akak guna resipi awak. Oleh kerana first time buat jadi dan sedap juga, bolehlah kongsi kat sini dan simpan resipi di sini


Selamatlah daripada terbuang roti ni.  Minum petang pun dengan menu baru hari ni. Alhamdulillah syukur.......


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2021/10/puding-roti-penyelamat-menu-minum-petang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Minum Petang Dengan Donut Gebu

Menu Minum Petang Dengan Donut Gebu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 344 hits
Menu Minum Petang Dengan Donut Gebu Hai semua Dah lama cari resipi donut gebu Dah beberapa kali juga cuba resepi yang berlainan tapi tak dapat juga yang gebu Ada yang terus jadi keras Mungkin bukan salah resipi mungkin salah sendiri Tak kis...
Hidangan Minum Petang Dengan Kitkat Cookies

Hidangan Minum Petang Dengan Kitkat Cookies

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 309 hits
Hidangan Minum Petang Dengan KitKat Cookies Hari ni nak share resipi mudah untuk buat kudapan anak anak atau pun boleh juga untuk hidangan minum petang Resipi ni akak ambil daripada belakang bungkusan Kit Kat value pack Resipi asal KitKat N...
Puding Roti Kurma

Puding Roti Kurma

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum Salam manis dan salam rindu buat semua ya ammpunnnn pagi pagi buta sri dok belek dapur maya nie orang lain semua dah hanyut dibuai mimpi yang mengigau pun ada tue hehehe Kalau ikutkan mata nie memang dah berat sangat asyik m...
Puding Roti Marble Laici

Puding Roti Marble Laici

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum Salam 1 Malaysia dan salam sayang buat semua pengunjung blog rosri kitchen terima kasih pada semua yang sudi menjengah ke sini apa khabar semua sri doakan moga kalian diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani rutin hari...
Pakej A Sarapan Pagi Dan Minum Petang

Pakej A Sarapan Pagi Dan Minum Petang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 215 hits
Pilihan 1 RM7 00 Pilihan 8 RM7 00 Nasi Lemak Kukus Mee Kari Ayam Goreng Berempah 2 Jenis Kuih Air Teh Kopi O Air Teh Kopi O Pilihan 2 RM6 00 Pilihan Sila Kelaman Website Kami Untuk Post Penuh
Pawer Serius Bahaya Kerap Minum Teh Ais

Pawer Serius Bahaya Kerap Minum Teh Ais

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 150 hits
Tengok lah teh ais memang sedap apatah lagi masa tengah berbuih Teh ais berbuih berbuih juga kesihatan engkorang pun kena pantau selalu Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menj...
Wanita Ketagih Minum Air Kencing Sendiri

Wanita Ketagih Minum Air Kencing Sendiri

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 229 hits
DENVER COLORADO Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia memiliki sejenis ketagihan pelik iaitu meminum air kecilnya sendiri lapor akhbar Daily Star Carrie 53 percaya bahawa tindakan itu boleh mengubati penyakit kanser ya...
Kelebihan Minum Air Masak Semasa Perut Kosong

Kelebihan Minum Air Masak Semasa Perut Kosong

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 452 hits
Kelebihan Minum Air Masak Semasa Perut KosongMinum air dengan serta merta selepas bangun dari tidur adalah sangat popular di kalangan masyarakat Jepun Ujian saintifik telah membuktikan nilainya dan hari ini saya ingin berkongsi sedikit tent...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri