Info Tokey Kurma No 1 Datuk Yusof Taiyoob
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusof Taiyoob bukan? ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyka wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas (Pulau Pinang). yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah amat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang amat serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadapa usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluaran semakin popular di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Begitulah serba ringkas seorang usahawan tempatan, Datuk Yusof Taiyoob. Bukan senang nak senang. TIada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan (cth mlm). Bermacam-macam dugaan yang Tuhan berikan. Namum,berkat,usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH S.W.T, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahan kurma di negara kita.
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Amin juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagian dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Siapa tak kenal, kurma paling popular di Malaysia..berjenama Yusuf Tiyoob, iaitu bersempenan dengan nama big big bos nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV..Kalau akhbar tu tak payah cakap la...siap full page lagi tu.
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandi tidak akan terlepaspandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut
Nama Yusuf Taiyoo memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar "Raja Kurma Malaysia". malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggulnya dengan gelaran "Datuk Kurma"
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aminstress.blogspot.com/2012/08/info-tokey-kurma-no1-datuk-yusof.html