Public Bank Berhad Menandatangani Perjanjian Dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato Sri Dr Teh Hong Piow


Penyatuan Strategik: Public Bank Akan Ambil Alih Kepentingan Mengawal dalam LPI dan Keluarga Teh Memperhalusi Kedudukan Ekuiti Mereka dalam Public Bank Berhad





Public Bank Berhad bercadang untuk mengambil alih 44.15% daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Berhad 
Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd akan memperkemaskan kedudukan ekuiti mereka dan kekal sebagai pemegang saham utama Public Bank

Public Bank Berhad (“Public Bank”) menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (“Perjanjian Jual Beli”) dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (“Estet”) dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd (“ConTeh”) pada 10 Oktober 2024 untuk mengambil alih saham-saham biasa secara agregat sebanyak 175,896,000 dalam LPI Capital Bhd (“LPI”), mewakili kira-kira 44.15% kepentingan ekuiti dalam LPI, untuk jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion (“Cadangan Pengambilalihan”).




LPI, sebuah syarikat yang disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia, telah beroperasi selama lebih 60 tahun dan terlibat terutamanya dalam penajajaminan insurans am. LPI kini mempunyai 21 buah cawangan di serata Malaysia, sebuah cawangan di Singapura dan turut beroperasi di Kemboja melalui sebuah syarikat bersekutu.
Semasa bercakap pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank berkata, “Cadangan Pengambilalihan ini merupakan peluang strategik untuk Public Bank mengembangkan lagi segmen insurans amnya dalam pasaran di Malaysia melalui LPI. Ini membolehkan Public Bank untuk turut segera berada dalam pasaran insurans dan memperkukuhkan segmen insurans am di Malaysia sebagai perkhidmatan sampingan yang komprehensif bagi perkhidmatan kewangan dan Takaful Keluarga.
Beliau berkata, “Cadangan Pengambilalihan ini juga selari dengan rancangan Kumpulan untuk berkembang bukan hanya secara organik tetapi melalui pengambilalihan yang strategik untuk memperluaskan tawaran produk dan perkhidmatan kami seperti yang dibuat melalui pengambilalihan Public Bank Securities Vietnam Company Limited baru-baru ini, yang membolehkan Kumpulan mengembangkan tawaran perkhidmatan kewangannya di Vietnam menerusi perkhidmatan perdagangan sekuriti.”
Tan Sri Tay berkata, “Pengambilalihan strategik Kumpulan LPI, sebuah syarikat insurans am terkemuka yang telah lama wujud di Malaysia, merupakan peluang jelas dan unik untuk kami memacu wawasan kami ke arah “Model Perbankan Universal” yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang komprehensif serta produk dan perkhidmatan berkaitan yang lain di bawah kumpulan yang sama.
Dengan rangkaian sedia ada kami iaitu lebih daripada 260 buah cawangan yang ditempatkan di seluruh negara, Kumpulan LPI boleh memanfaat dan memperluaskan saluran pemasaran serta mengembangkan perniagaan insurans amnya di Malaysia. Selain itu, kami juga boleh memanfaatkan rangkaian jualan dan pemasaran LPI, selain memberi perkhidmatan kami kepada klien dan pelanggan LPI.
Selain menawarkan produk dan perkhidmatan masing-masing, Public Bank dan LPI juga boleh meneroka peluang untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bersepadu baharu, khusus untuk memenuhi keperluan kewangan dan insurans pelanggan kami.”
Memandangkan ini merupakan urus niaga pihak yang berkaitan, Cadangan Pengambilalihan ini tertakluk pada kelulusan para pemegang saham tidak berkepentingan Public Bank pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (“EGM”) yang akan diadakan kelak. Sekiranya Cadangan Pengambilalihan ini diluluskan di mesyuarat tersebut, Public Bank diwajibkan untuk memberi tawaran pengambilalihan mandatori (“MGO”) (“Cadangan Tawaran”) bagi kepentingan ekuiti selebihnya dalam LPI yang belum lagi dimiliki oleh Public Bank.
Public Bank telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia bagi Cadangan Pengambilalihan ini dan pelaksanaan korporat ini dijangka selesai pada suku pertama tahun 2025.

Sekiranya tiada halangan, Cadangan Pengambilalihan ini dijangka akan menjadi nilai tambah dan akan menyumbang secara positif kepada perolehan Kumpulan Public Bank pada masa hadapan.
Pada sidang akhbar yang sama, Diona Teh Li Shian, anak perempuan bongsu mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow juga mengumumkan bahawa Estet and ConTeh berhasrat untuk membuat tawaran terhad bagi penjualan (“ROFS”) satu bahagian daripada Saham Public Bank, secara progresif dalam tempoh 5 tahun seiring dengan Akta Kewangan dan Perkhidmatan.
Diona Teh berkata, “Bapa saya sering memberitahu saya bahawa kejayaan Public Bank bukanlah kejayaan beliau secara individu – kejayaan itu dibina atas kepercayaan dan kesetiaan pemegang-pemegang saham serta komitmen berterusan kakitangannya, atau apa yang beliau panggil sebagai “keluarga korporat” beliau.”
“Sebagai menghormati legasi beliau dan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami yang tinggi, kami akan melaksanakan eksesais untuk mengagihkan sebahagian daripada saham Public Bank, pada harga diskaun, kepada semua kakitangan, pengarah dan pemegang saham Kumpulan Public Bank yang layak. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan Public Bank kekal dalam genggaman mereka yang sentiasa memastikan pertumbuhan dan kejayaannya, sejak dahulu lagi, sehingga membolehkan kami untuk terus membina legasi kami bersama.”
Beliau menambah kata, “Walaupun kami akan memperkemaskan kepentingan kami, saya mengambil peluang ini untuk menegaskan sekali lagi komitmen kami yang teguh dan tidak berbelah bahagi untuk kekal sebagai pemegang saham utama Public Bank. Ini bukan hanya peranan atau hak milik kami – ia merupakan penghormatan dan tanggungjawab yang akan kami pupuk dengan penuh kasih sayang. Kami akan terus menumpukan untuk meneruskan legasi bapa saya dan akan terus menerajui institusi terhormat ini.”
“Kami amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan atas kepercayaan mereka terhadap kami melalui kelulusan yang diberi kepada kami untuk terus menerajui Public Bank. Dengan sokongan mereka, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menerajui Public Bank dengan bersemangat, berintegriti dan berwawasan yang telah meletakkan Public Bank pada kedudukannya sejauh ini.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2024/10/public-bank-berhad-menandatangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyatuan Strategik Antara Public Bank Dan Lpi Serta Kedudukan Ekuiti Keluarga Teh Dalam Public Bank Berhad

Penyatuan Strategik Antara Public Bank Dan Lpi Serta Kedudukan Ekuiti Keluarga Teh Dalam Public Bank Berhad

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 249 hits
Penyatuan Strategik Antara Public Bank Dan LPI Serta Kedudukan Ekuiti Keluarga Teh Dalam Public Bank Berhad Assalamualaikum semua Hari ini iaitu tanggal 10 Oktober 2024 menjadi detik bermakna buat Public Bank Berhad di mana satu majlis Sign...
Vivo Malaysia And Public Bank Berhad Team Up For Instant Rm 50 Rebate On Vivo V40 Series Smartphones

Vivo Malaysia And Public Bank Berhad Team Up For Instant Rm 50 Rebate On Vivo V40 Series Smartphones

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 209 hits
Enjoy deals with Public Bank Credit Card Instalments vivo Malaysia is excited to announce a collaborative campaign with Public Bank offering exciting deals on the all new V40 series of smartphones From today until October 31 2024 customers ...
The Journey Of Sound Judika Dan Dato Sri Siti Nurhaliza 14 Disember 2024 Di Stadium Merdeka Kuala Lumpur

The Journey Of Sound Judika Dan Dato Sri Siti Nurhaliza 14 Disember 2024 Di Stadium Merdeka Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 663 hits
THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR Assalammualaikum semua Gabungan penghibur nusantara Judika dan Dato Sri Siti Nurhaliza bakal menemui peminat pada 14 Disember 2024 anju...
No Plans To Take Over Public Bank Management Founder S Family

No Plans To Take Over Public Bank Management Founder S Family

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 143 hits
The children of Public Bank Berhad founder the late Teh Hong Piow have no plans to be part of the board of directors or take over the group s management in the near future Hong Piow s youngest daughter Diona Teh Li Shian said the current gr...
Konsert The Journey Of Sound Dato Sri Siti Nurhaliza Judika Temui Peminat 14 Dis 2024

Konsert The Journey Of Sound Dato Sri Siti Nurhaliza Judika Temui Peminat 14 Dis 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 192 hits
Hi Korang Dua pesohor dunia hiburan dari dua negara serumpun dengan dua pesona tersendiri siap untuk memukau dan menggegarkan peminat di seluruh Nusantara Kedua duanya mempunyai magis tersendiri yang telah membawa kebahagiaan buat peminat l...
Penyatuan Strategik Public Bank Bakal Mengambilalih Kepentingan Mengawal Dalam Lpi Capital Bhd

Penyatuan Strategik Public Bank Bakal Mengambilalih Kepentingan Mengawal Dalam Lpi Capital Bhd

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 193 hits
Penyatuan Strategik Public Bank Akan Ambil Alih Kepentingan Mengawal dalam LPI Capital Bhd Public Bank Berhad menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato Sri Dr Teh Hong Piow dan Consolidated Teh Holding...
Syamer Kutty Beri Amaran Awal Kepada Sri Pahang Tekad Jinakkan Tok Gajah Demi Raih Kemenangan Sukan

Syamer Kutty Beri Amaran Awal Kepada Sri Pahang Tekad Jinakkan Tok Gajah Demi Raih Kemenangan Sukan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 98 hits
KUALA Lumpur City FC meraih tiga mata berharga dalam aksi bertemu Penang FC saingan Liga Super 2024 pada Ahad Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur Cheras itu menyaksikan The City Boys mencatat kemenangan selesa 4 2 menerusi j...
Tiga Tonggak Sri Pahang Belum Pasti Kembali Bersama Pasukan Sebaik Liga Super Bersambung

Tiga Tonggak Sri Pahang Belum Pasti Kembali Bersama Pasukan Sebaik Liga Super Bersambung

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 146 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad belum pasti sama ada tiga pemain utama skuad itu dapat beraksi sebaik Liga Super bersambung pada 20 Oktober ini Legenda bola sepak Singapura itu berkata ini kerana Stefano Brundo memerlukan tempo...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik