Konsert The Journey Of Sound Dato Sri Siti Nurhaliza Judika Temui Peminat 14 Dis 2024


Hi Korang,
Dua pesohor dunia hiburan dari dua negara serumpun dengan dua pesona tersendiri siap untuk memukau dan menggegarkan peminat di seluruh Nusantara


Kedua-duanya mempunyai magis tersendiri yang telah membawa kebahagiaan buat peminat lewat karya ciptaan dan nyanyian sepanjang lebih 20 tahun berkecimpung sebagai penyanyi

Dua figura ini adalah puspawati Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza dan pemilik vokal lelaki mantap dari Indonesia, Judika. Dengan bangga pihak penganjur, Universe Gateway mempersembahkan keunggulan kolaborasi perdana Siti Nurhaliza dan Judika sebagai penghibur dalam konsert julung kali berjudul The Journey of Sound

The Journey of Sound bakal bertemu peminat di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 dengan harapan besar daripada penganjur yang mahu konsert ini menjadi tanda aras dan penutup tahun 2024 yang sentiasa melestarikan 'persahabatan' dua negara menerusi bidang hiburan

"Kami di Universe Gateway sangat berbesar hati menganjurkan The Journey of Sound yang menampilkan kolaborasi dua figura hebat dunia hiburan Nusantara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza dan Judika di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 ini. Mungkin khalayak sudah pernah menonton Siti Nurhaliza dan Judika berduet atau satu pentas sebelum ini tapi percayalah The Journey of Sound akan menjadi panggung yang menyaksikan mereka mempersembahkan sesuatu yang di luar jangkaan anda. The Journey of Sound akan menjadi konsert mega daripada dua penyanyi daripada negara berbeza namun dengan tujuan sama iaitu mengukuh dan mengeratkan silaturahim peminat muzik di Nusantara," ujar Isa yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan daripada Universe Gateaway

Lebih daripada itu, nama The Journey of Sound juga digunakan bersempena dengan perjalanan karier dan jatuh bangun sepanjang dua anak seni berkaliber ini mencetak sejarah dalam dunia hiburan



Siti Nurhaliza dengan 28 tahun pengalaman sebagai penghibur yang telah melakar pelbagai sejarah dan pengiktirafan serta membawa Malaysia dikenali dunia sementara Judika atau nama sebenarnya, Judika Nalon Abadi Sihotang telah bergelumang serta terus sukses di usia 20 tahun pembabitan bakal menjadikan The Journey of Sound konsert yang rugi jjka dilepaskan

"The Journey of Sound akan dipenuhi warna warni perjalanan seni dan 'bunyi' muzik yang telah mengharumkan nama Siti Nurhaliza dan Judika sepanjang perjalanan seni mereka," tambah Isa lagi

Sementara itu Judika melahirkan keterujaan dan berbesar hati untuk berkolaborasi dengan penyanyi yang disegani dan dihormati, Siti Nurhaliza


"Tentu sahaja saya tidak punya alasan untuk menolak satu panggung bersama Dato Sri Siti Nurhaliza yang saya hormati, apa lagi berkolaborasi dengan beliau dalam sebuah konsert berjudul The Journey of Sound. Saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi percayalah anda akan menikmati sebuah pengalaman luar biasa di The Journey of Sound bukan hanya kerana saya dan Siti Nurhaliza selaku subjek utama tetapi bagaimana keseluruhan produksi konsert ini mempersembahkan konsep yang spektakular untuk ditonton," ujar Judika


Untuk itu, buat peminat Siti Nurhaliza dan Judika jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga kategori bermula RM 199 (CAT 5), RM 299 (CAT 4), RM 399 (CAT 3 LOWER/ UPPER), RM 499 (SEAT 3), RM 599 (SEAT 2), RM 699 (SEAT 1), RM 799 (ROCK ZONE), RM 799 (VIP ROYAL BOX), RM 899 (VIP ROCK ZONE), RM 1,199 (VIP), RM 1,299 (SUPER VIP)

Penjualan tiket dibuka bermula 12OKTOBER 2024 dengan pembelian EARLY BIRD akan berlangsung daripada minggu pertama sehingga ketiga

Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi TICKET2U.COM.MY. 

INFORMASI ACARA: THE JOURNEY OF SOUND
ARTIS: DATO SRI SITI NURHALIZA & JUDIKA LOKASI: STADIUM MERDEKA
TARIKH: 14 DISEMBER 2024
MASA: 8 MALAM
PENGANJUR: UNIVERSE GATEAWAY
PEMBELIAN: TICKET2U.COM.MY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/10/konsert-journey-of-sound-dato-sri-siti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Journey Of Sound Judika Dan Dato Sri Siti Nurhaliza 14 Disember 2024 Di Stadium Merdeka Kuala Lumpur

The Journey Of Sound Judika Dan Dato Sri Siti Nurhaliza 14 Disember 2024 Di Stadium Merdeka Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 540 hits
THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR Assalammualaikum semua Gabungan penghibur nusantara Judika dan Dato Sri Siti Nurhaliza bakal menemui peminat pada 14 Disember 2024 anju...
The Journey Of Sound

The Journey Of Sound

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 74 hits
The Journey Of Sound Judika dan Dato Sri Siti Nurhaliza The Journey of Sound bakal bertemu peminat di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 dengan harapan besar daripada penganjur yang mahu konsert ini menjadi tanda aras dan penutup tahun 2...
Infinite Akan Temui Peminat Di Kuala Lumpur Untuk Konsert Ulang Tahun Ke 15

Infinite Akan Temui Peminat Di Kuala Lumpur Untuk Konsert Ulang Tahun Ke 15

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 68 hits
Ramai ni artis K Pop yang akan datang ke Malaysia Artikel Berkaitan Terbaru INFINITE telah mengumumkan tentang konsert ulang tahun ke 15 mereka yang akan bermula di Seoul pada awal Disember nanti Selain itu kumpulan itu juga akan menemui pe...
Genting Malaysia Berhad Sponsors The Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024

Genting Malaysia Berhad Sponsors The Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 185 hits
Genting Malaysia Berhad announced its support for the Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 by contributing RM100 000 as the main sponsor The sponsorship underscores the company s commitment to promoting Malaysia as a premier glob...
Children S Day Festival 2024 At Royale Chulan Seremban Grand Events Curated For The Young Ones

Children S Day Festival 2024 At Royale Chulan Seremban Grand Events Curated For The Young Ones

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 291 hits
In celebration of Children s Day Royale Chulan Seremban Hotel is thrilled to host an exhilarating two day festival with activities and contests designed especially for children Join us for a weekend of fun and creativity starting Saturday N...
Hiburan Nampak Sama Tapi Bukan Dia Muzik Video Terbaharu Siti Nurhaliza Undang Perhatian Seakan Akan Di Gereja

Hiburan Nampak Sama Tapi Bukan Dia Muzik Video Terbaharu Siti Nurhaliza Undang Perhatian Seakan Akan Di Gereja

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 128 hits
Tular di media sosial mengenai muzik video yang dilihat berlangsung seakan di sebuah gereja Video yang telah mendapat tontonan sebanyak 368 ribu dan lebih 10 000 tanda suka itu ternyata telah menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan netiz...
Siti Nurhaliza Magis Chord

Siti Nurhaliza Magis Chord

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 75 hits
OST Hikayat Bawang Putih Bawang Merah Chord G m C m E D G m Dari mata terbawanya rasa D dicinta Terhembus hingga dalam lena E Sungguh kurasakannya D Bagaikan mimpi melayar menjalin cinta E D Tersingkap segala bila G m kusedar C m Tanpa disa...
Aktiviti Wellness Conference Bersama The Kl Sky Clinic Ppim 12 10 2024

Aktiviti Wellness Conference Bersama The Kl Sky Clinic Ppim 12 10 2024

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 67 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dijemput merasmikan program Wellness Conference anjuran The KL Sky Clinic di MAHSA Avenue International College Kuala Lumpur Program ini merupakan perkongsian pandangan terkini dalam bidang kesihatan da...
Why You Should Be Worried About The Ft Mufti Bill

Snatch Theft Victim From Bangsar Receives No Help From Passerby

Macc Raids Politician S Safe House Seizes Millions

Siti Kasim Wants Malays To Think For Themselves Stop Asking Their Ustaz How To Pee Enjoy Couples Intimate Moment

Rombongan Meminang Untuk Anak Saudara

Drama Andai Tiada Dia Lakonan Ummi Nazeera Hisyam Hamid

Sprm Serbu Rumah Disyaki Simpan Wang Rasuah Ahli Politik Berpengaruh

Hukum Bekerja Di Bank Menyimpan Wang Di Dalamnya Dan Mengambil Pinjaman Bank


echo '';
10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober

5 Individu Termuda Bergelar Graduan Universiti di Dunia

Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First


H3ro A Decade Exhibition

Kalau Tak Mampu Jadi Garam Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan

Sayur Yang Sesuai Untuk Diet Kurus

Omar Hana Sayang Mama Papa Chord

7 Cara Nak Tahu Hamil Tanpa Pregnancy Test

Jemput Jemput Berinti Sambal Tak Payah Cicah Cicah Pun Dah Sedap