Penyatuan Strategik Public Bank Bakal Mengambilalih Kepentingan Mengawal Dalam Lpi Capital Bhd


Penyatuan Strategik: Public Bank Akan Ambil Alih Kepentingan Mengawal dalam LPI Capital Bhd - Public Bank Berhad (“Public Bank”) menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (“Perjanjian Jual Beli”) dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (“Estet”) dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd (“ConTeh”) pada 10 Oktober 2024 untuk mengambil alih saham-saham biasa secara agregat sebanyak 175,896,000 dalam LPI Capital Bhd (“LPI”), mewakili kira-kira 44.15% kepentingan ekuiti dalam LPI, untuk jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion (“Cadangan Pengambilalihan”).




 
LPI, sebuah syarikat yang disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia, telah beroperasi selama lebih 60 tahun dan terlibat terutamanya dalam penajajaminan insurans am. LPI kini mempunyai 21 buah cawangan di serata Malaysia, sebuah cawangan di Singapura dan turut beroperasi di Kemboja melalui sebuah syarikat bersekutu. 
 
Semasa bercakap pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank berkata, “Cadangan Pengambilalihan ini merupakan peluang strategik untuk Public Bank mengembangkan lagi segmen insurans amnya dalam pasaran di Malaysia melalui LPI. Ini membolehkan Public Bank untuk turut segera berada dalam pasaran insurans dan memperkukuhkan segmen insurans am di Malaysia sebagai perkhidmatan sampingan yang komprehensif bagi perkhidmatan kewangan dan Takaful Keluarga.
 
Beliau berkata, “Cadangan Pengambilalihan ini juga selari dengan rancangan Kumpulan untuk berkembang bukan hanya secara organik tetapi melalui pengambilalihan yang strategik untuk memperluaskan tawaran produk dan perkhidmatan kami seperti yang dibuat melalui pengambilalihan Public Bank Securities Vietnam Company Limited baru-baru ini, yang membolehkan Kumpulan mengembangkan tawaran perkhidmatan kewangannya di Vietnam menerusi perkhidmatan perdagangan sekuriti.”






 
Tan Sri Tay berkata, “Pengambilalihan strategik Kumpulan LPI, sebuah syarikat insurans am terkemuka yang telah lama wujud di Malaysia, merupakan peluang jelas dan unik untuk kami memacu wawasan kami ke arah “Model Perbankan Universal” yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang komprehensif serta produk dan perkhidmatan berkaitan yang lain di bawah kumpulan yang sama.
 
Dengan rangkaian sedia ada kami iaitu lebih daripada 260 buah cawangan yang ditempatkan di seluruh negara, Kumpulan LPI boleh memanfaat dan memperluaskan saluran pemasaran serta mengembangkan perniagaan insurans amnya di Malaysia. Selain itu, kami juga boleh memanfaatkan rangkaian jualan dan pemasaran LPI, selain memberi perkhidmatan kami kepada klien dan pelanggan LPI.   
 
Selain menawarkan produk dan perkhidmatan masing-masing, Public Bank dan LPI juga boleh meneroka peluang untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bersepadu baharu, khusus untuk memenuhi keperluan kewangan dan insurans pelanggan kami.”
 
Memandangkan ini merupakan urus niaga pihak yang berkaitan, Cadangan Pengambilalihan ini tertakluk pada kelulusan para pemegang saham tidak berkepentingan Public Bank pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (“EGM”) yang akan diadakan kelak. Sekiranya Cadangan Pengambilalihan ini diluluskan di mesyuarat tersebut, Public Bank diwajibkan untuk memberi tawaran pengambilalihan mandatori (“MGO”) (“Cadangan Tawaran”) bagi kepentingan ekuiti selebihnya dalam LPI yang belum lagi dimiliki oleh Public Bank.  
 




Public Bank telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia bagi Cadangan Pengambilalihan ini dan pelaksanaan korporat ini dijangka selesai pada suku pertama tahun 2025.
 
Sekiranya tiada halangan, Cadangan Pengambilalihan ini dijangka akan menjadi nilai tambah dan akan menyumbang secara positif kepada perolehan Kumpulan Public Bank pada masa hadapan. 
 
Pada sidang akhbar yang sama, Diona Teh Li Shian, anak perempuan bongsu mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow juga mengumumkan bahawa Estet and ConTeh berhasrat untuk membuat tawaran terhad bagi penjualan (“ROFS”) satu bahagian daripada Saham Public Bank, secara progresif dalam tempoh 5 tahun seiring dengan Akta Kewangan dan Perkhidmatan.
 
Diona Teh berkata, “Bapa saya sering memberitahu saya bahawa kejayaan Public Bank bukanlah kejayaan beliau secara individu – kejayaan itu dibina atas kepercayaan dan kesetiaan pemegang-pemegang saham serta komitmen berterusan kakitangannya, atau apa yang beliau panggil sebagai “keluarga korporat” beliau.”
 
“Sebagai menghormati legasi beliau dan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami yang tinggi, kami akan melaksanakan eksesais untuk mengagihkan sebahagian daripada saham Public Bank, pada harga diskaun, kepada semua kakitangan, pengarah dan pemegang saham Kumpulan Public Bank yang layak. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan Public Bank kekal dalam genggaman mereka yang sentiasa  memastikan pertumbuhan dan kejayaannya, sejak dahulu lagi, sehingga membolehkan kami untuk terus membina legasi kami bersama.” 
 
Beliau menambah kata, “Walaupun kami akan memperkemaskan kepentingan kami, saya mengambil peluang ini untuk menegaskan sekali lagi komitmen kami yang teguh dan tidak berbelah bahagi untuk kekal sebagai pemegang saham utama Public Bank. Ini bukan hanya peranan atau hak milik kami – ia merupakan penghormatan dan tanggungjawab yang akan kami pupuk dengan penuh kasih sayang. Kami akan terus menumpukan untuk meneruskan legasi bapa saya dan akan terus menerajui institusi terhormat ini.”
 
“Kami amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan atas kepercayaan mereka terhadap kami melalui kelulusan yang diberi kepada kami untuk terus menerajui Public Bank.  Dengan sokongan mereka, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menerajui Public Bank dengan bersemangat, berintegriti dan berwawasan yang telah meletakkan Public Bank pada kedudukannya sejauh ini.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2024/10/penyatuan-strategik-public-bank-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyatuan Strategik Antara Public Bank Dan Lpi Serta Kedudukan Ekuiti Keluarga Teh Dalam Public Bank Berhad

Penyatuan Strategik Antara Public Bank Dan Lpi Serta Kedudukan Ekuiti Keluarga Teh Dalam Public Bank Berhad

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 81 hits
Penyatuan Strategik Antara Public Bank Dan LPI Serta Kedudukan Ekuiti Keluarga Teh Dalam Public Bank Berhad Assalamualaikum semua Hari ini iaitu tanggal 10 Oktober 2024 menjadi detik bermakna buat Public Bank Berhad di mana satu majlis Sign...
No Plans To Take Over Public Bank Management Founder S Family

No Plans To Take Over Public Bank Management Founder S Family

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 67 hits
The children of Public Bank Berhad founder the late Teh Hong Piow have no plans to be part of the board of directors or take over the group s management in the near future Hong Piow s youngest daughter Diona Teh Li Shian said the current gr...
Vivo Malaysia And Public Bank Berhad Team Up For Instant Rm 50 Rebate On Vivo V40 Series Smartphones

Vivo Malaysia And Public Bank Berhad Team Up For Instant Rm 50 Rebate On Vivo V40 Series Smartphones

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 97 hits
Enjoy deals with Public Bank Credit Card Instalments vivo Malaysia is excited to announce a collaborative campaign with Public Bank offering exciting deals on the all new V40 series of smartphones From today until October 31 2024 customers ...
Public Bank Berhad Menandatangani Perjanjian Dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato Sri Dr Teh Hong Piow

Public Bank Berhad Menandatangani Perjanjian Dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato Sri Dr Teh Hong Piow

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 55 hits
Penyatuan Strategik Public Bank Akan Ambil Alih Kepentingan Mengawal dalam LPI dan Keluarga Teh Memperhalusi Kedudukan Ekuiti Mereka dalam Public Bank BerhadPublic Bank Berhad bercadang untuk mengambil alih 44 15 daripada kepentingan ekuiti...
Siapa Bakal Kena Kali Ini

Siapa Bakal Kena Kali Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 83 hits
Pendedahan Pertama bersama Dr Maszlee Malik dahulu mendedahkan sejarah Sheraton isu SPANCO dan 1 Bestarinet yang viral dan akhirnya tangkapan oleh SPRM dan melondehkan Muhyiddin YassinKali ini kita kembali gegarkan bumi Malaysia dengan pend...
Comeback Tak Lama Lagi G Dragon Bakal Muncul Dalam Program Hiburan Selepas Sekian Lama

Comeback Tak Lama Lagi G Dragon Bakal Muncul Dalam Program Hiburan Selepas Sekian Lama

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 91 hits
Siap sedia semua untuk kemunculan semula G Dragon tak lama lagi Artikel Berkaitan Pada 2 Oktober wakil dari You Quiz on the Block mengumumkan bahawa G Dragon akan mengambil bahagian dalam rakaman untuk program itu hari ini Tambahan episod y...
Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 141 hits
Wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan usahawan Jofliam tampil membuka mulut setelah namanya meniti di bibir netizen sejak kebelakangan ini
Cristiano Ronaldo Beri Bayangan Bakal Bersara Ini Puncanya

Cristiano Ronaldo Beri Bayangan Bakal Bersara Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 88 hits
Penyerang Al Nassr Cristiano Ronaldo menjelaskan tumpuannya kini bukan lagi untuk memecahkan rekod individu memandangkan Dia sudah biasa melakukan perkara itu malah menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi untuk beraksi di at...
Wings Bakal Jelajah 49 Penjara Tidak Tolak Kesempatan Jumpa Yasin Sulaiman

Wings Bakal Jelajah 49 Penjara Tidak Tolak Kesempatan Jumpa Yasin Sulaiman

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 62 hits
PETALING JAYA Kumpulan rock popular Wings bakal mengadakan konsert jelajah ke 49 penjara terpilih tahun hadapan Menurut vokalis Wings Datuk Awie projek itu dilaksanakan demi berbakti kepada masyarakat di samping meraikan sambutan 40 tahun k...
Fiscal Responsibility Is The Key In Budget 2025

Pegawai Kanan Polis Wanita Ditahan Dipercayai Bersekedudukan

Seleweng Hutang Utar Rm83juta Pmx Dap Mca

From Bloomberg To Murray Hunter How To Misled Public With False Claim

Why Choose Paver Installers Olympia Wa For Your Walkway

Golongan Kaya Dan Miskin Memahami Ketidakseimbangan Sosial Dan Keperluan Campur Tangan Kerajaan

Pemangku Sultan Johor Beritahu Walau Kalau Xpuas Hati Sila Pindah Tempat Lain

Reinstate Tax Exemptions For Tour Operators In Budget 2025 Govt Told


echo '';
ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober

5 Individu Termuda Bergelar Graduan Universiti di Dunia

Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First

Resepi Cheese Tart Paling Gebu dan Kemas Senang Dimakan Bila Separuh Montok

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Calar Cinta Slot Samarinda TV3


Top Low Investment Startup Ideas

Lirik Lagu Salam Dari Malaysia

Tip Buat Kuih Ketayap Untuk Kali Pertama Cuba Confirm Menjadi Elok

14 Basikal Elektrik Terbaik Berkuasa Tinggi

Senarai Top 5 Dan Pemenang Anugerah Bintang Popular Abpbh 36 2024

Gbp Usd 10 Oktober Laporan Inflasi Mungkin Menyokong Penurunan