Puad Bidas Kj Jadikan Presiden Umno Sebagai Kambing Hitam



Puad bidas KJ, jadikan Presiden UMNO sebagai kambing hitam. Tindakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berdolak-dalik berhubung ketaatannya kepada parti disifatkan sebagai cubaan menjadikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘kambing hitam’.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kenyataan Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bahawa beliau tidak percaya kepada Ahmad Zahid, bukan ‘tiket’ untuknya tidak patuh kepada keputusan parti.
“KJ (Khairy) tidak perlu berdolak-dalik bila mengatakan dia taat kepada parti tetapi tidak percaya kepada Presiden UMNO. Kalau dia tidak percaya Presiden, maka itu bukan tiket untuk dia tidak patuh keputusan parti.
“Kalau betul dia taat kepada parti, sila buat pengakuan terbuka, bahawa dia akan tarik sokongan kepada Perdana Menteri dan sedia letak jawatan sebagai menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Puad berkata, keputusan untuk menarik sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri adalah keputusan parti yang dibuat secara konsensus melalui MKT dan Perhimpunan Agung UMNO.
Tegasnya, keputusan untuk menarik semula sokongan itu bukan keputusan Presiden seorang.
“KJ pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO. Dia tahu bagaimana MKT membuat keputusan, kerana dia juga ahli MKT ketika itu.
“Sebenarnya KJ menjadikan Ahmad Zahid sebagai kambing hitam untuk menolak keputusan MKT. KJ mencari alasan untuk kekal sebagai menteri dan sokong kerajaan PN (Perikatan Nasional),” katanya.
Justeru, katanya, Khairy perlu akur kerana mengingkari keputusan parti hanya memecahbelahkan parti.
“Jangan bersikap ‘blaming the victim’. Ahmad Zahid jadi mangsa untuk tolak keputusan parti,” katanya.
Semalam, ketika di Johor Bahru, Khairy dilaporkan berkata, beliau masih setia dengan UMNO tetapi mengakui mempunyai isu kepercayaan terhadap Ahmad Zahid.
Beliau berkata, pendiriannya bersama 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah jelas untuk kekal menyokong PN sehingga keabsahan kerajaan diputuskan di Parlimen, September nanti.
UMNO pada 3 Ogos lalu, sebulat suara menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN pimpinannya.
Susulan keputusan itu, dua menteri iaitu Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatannya sebagai Menteri tenaga dan Sumber Asli manakala Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad, melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
Bagaimana, 31 Ahli Parlimen BN dipimpin Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan keputusan mereka untuk kekal di dalam kerajaan.
Puad bidas KJ, jadikan Presiden UMNO sebagai kambing hitam
Baca Artikel Menarik :
Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol Layari Laman Facebook MYKMU
UMNO dedahkan 14 nama Ahli Parlimen tarik sokongan kepada PN

The post Puad bidas KJ, jadikan Presiden UMNO sebagai kambing hitam appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/09/puad-bidas-kj-jadikan-presiden-umno-sebagai-kambing-hitam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Letak Jawatan Uji Kewibawaan Zahid Sebagai Presiden Umno

Langkah Letak Jawatan Uji Kewibawaan Zahid Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 353 hits
ismaweb netPresiden hilang wibawa Hanya 2 menteri sahut gesaan letak jawatanOleh Athirah Huda ZalheBANGI 28 Zulhijjah 1442H Sabtu Tindakan peletakan jawatan pemimpin UMNO khususnya sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan minggu ini...
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Boustead

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Boustead

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 293 hits
nbsp KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuat kuasa esok Beliau berkata keputusan itu dibuat selaras dengan ketetap...
Ros Sahkan Zahid Hilang Kuasa Sebagai Presiden Umno

Ros Sahkan Zahid Hilang Kuasa Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 228 hits
Kepemimpinan Majlis Tertinggi Umno ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung Umno 2021 kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ketua Pengarah ROS Jasri Kasim berkata MT yang diket...
Presiden Caretaker Umno Ditentang Di Bahagian Sendiri

Presiden Caretaker Umno Ditentang Di Bahagian Sendiri

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 279 hits
AGENDA DAILY Kain rentang mendesak Presiden caretaker UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dipasang di bahagian Bagan Datuk Bukan setakat ratusan bahagian UMNO di seluruh Malaysia mendesak Presiden caretaker UMNO Datuk Seri Ah...
Kain Rentang Desak Presiden Umno Undur Di Bagan Datuk

Kain Rentang Desak Presiden Umno Undur Di Bagan Datuk

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 212 hits
satuberita myBy August 11 2021 Antara kain rentang provokasi terhadap Ahmad Zahid yang dipasang di beberapa tempat di sekitar Bagan Datuk Perak Oleh Abu Ubaidillah RahmanBEBERAPA kain rentang mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...
Umno Dedah Surat Ahli Parlimen Tandatangan Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Sebagai Pm

Umno Dedah Surat Ahli Parlimen Tandatangan Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR UMNO mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin yang tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pe...
Hiburan Naim Daniel Mohon Ejen Insurans Tak Jadikan Pemergian Arwah Siti Sarah Sebagai Modal

Hiburan Naim Daniel Mohon Ejen Insurans Tak Jadikan Pemergian Arwah Siti Sarah Sebagai Modal

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 383 hits
Penyanyi dan juga pelakon hebat Naim Daniel memohon agar mana mana ejen insurans tidak menggunakan isu pemergian Allahyarham Siti Sarah sebagai salah satu cara modal penjualan mereka ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementNaim atau nama sebenarnya ...
Veteran Umno Dakwa Presiden Mic Cuba Rebut Kuasa

Veteran Umno Dakwa Presiden Mic Cuba Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 170 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kesetiaan Presiden MIC SA Vigneswaran terhadap Barisan Nasional dipersoal selepas beliau meminta gabungan itu memutuskan pemimpin baharu yang akan menggantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi Veteran Umno Sha...
Naib Presiden Umno Kem Zahid Mahu Pm Nasihati Agong Bubar Parlimen Pula

Naib Presiden Umno Kem Zahid Mahu Pm Nasihati Agong Bubar Parlimen Pula

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 192 hits
agendadaily com12 8 2021Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin mendesak Perdana Menteri menasihati Yang di Pertuan Agong membubarkan Parlimen Walaupun krisis kesihatan sedang melanda negara seorang Naib Presiden UMNO kem Datuk Seri Ahm...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara