Pu Azman Didakwa Lagi Atas 4 Pertuduhan Lakukan Amang Komunikasi Seksual Terhadap 3 Remaja Lelaki


The Reporter




Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias didakwa di dua mahkamah berasingan hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki pada Februari, Jun dan Ogos lalu, lapor Harian Metro. 

Azman, 41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said, di Mahkamah Sesyen Klang dan satu pertuduhan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid di Mahkamah Majistret Klang.


Di Mahkamah Sesyen, Azman didakwa dengan dua kes amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah inap desa di Sungai Udang pada jam 12.15 tengah malam 20 Februari dan 1 pagi pada 29 Jun lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 


Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengalakkan seorang lagi mangsa yang juga berusia 17 tahun untuk berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp di antara jam 4 petang hingga 7.30 malam di rumah di sini pada 16 Ogos lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11 (1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun. 


Di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang lagi remaja lelaki berusia 19 tahun di rumah di sini pada jam 9.15 malam, 10 Jun lalu. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala tertuduh pula diwakili Peguam Fahmi Adilah dan Mohamad Zahid Ahmad. 


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa, keluarga serta saksi pendakwaan. 


Tertuduh juga diperintah untuk melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan. 


Mahkamah menetapkan 12 Januari depan untuk sebutan semula semua kes berkenaan. 


Sumber: Harian Metro


December 07, 2022 at 06:44AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/12/pu-azman-didakwa-lagi-atas-4-pertuduhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Atas Tuduhan Melakukan Serangan Seksual Pada Wanita Ini Respon Oh Youngsoo

Didakwa Atas Tuduhan Melakukan Serangan Seksual Pada Wanita Ini Respon Oh Youngsoo

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 320 hits
Tiada angin tiada ribut bintang Squid Game iaitu Oh Young soo telah didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual ARTIKEL BERKAITAN Pada 25 November dilaporkan bahawa Pejabat Pendakwa Daerah Suwon telah mendakwa Oh Young soo atas tuduhan ...
Jenayah Seksual Pu Azman Mengaku Tak Salah 4 Lagi Pertuduhan

Jenayah Seksual Pu Azman Mengaku Tak Salah 4 Lagi Pertuduhan

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 180 hits
Azman Syah Alias atau PU Azman didakwa di Mahkamah Klang hari ini KLANG Penceramah selebriti Azman Syah Alias mengaku tidak bersalah terhadap empat lagi pertuduhan jenayah seksual terhadap dua kanak kanak dan seorang remaja Pertuduhan itu d...
Sebutan Kes Quot Saman Rm1 Juta Quot Terhadap Cmk Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

Sebutan Kes Quot Saman Rm1 Juta Quot Terhadap Cmk Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 311 hits
TEMERLOH Sebutan kes saman fitnah RM1 juta terhadap aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli oleh Kerajaan Pahang akan bersambung pada Februari 2023 ini Demikian ditegaskan oleh Peguam Mohd Harris Mohan dari The Law Office of Mohd Harris R...
Takkan Benda Camni Nak Rakyat Ajar Netizen Tegur Fahmi Fadzil Biarkan Media Cipta Naratif Negatif Terhadap Kerajaan

Takkan Benda Camni Nak Rakyat Ajar Netizen Tegur Fahmi Fadzil Biarkan Media Cipta Naratif Negatif Terhadap Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 273 hits
The ReporterMedia massa merupakan medium terpenting dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat Kendatipun media sosial sudah menjadi medium nombor satu masyarakat namun masih ada masyarakat yang mengharapkan informasi yang benar ...
Pbb Dakwa Myanmar Laksana Hukuman Mati Terhadap Tujuh Pelajar

Pbb Dakwa Myanmar Laksana Hukuman Mati Terhadap Tujuh Pelajar

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 193 hits
PBB dakwa Myanmar laksana hukuman mati terhadap tujuh pelajar Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Dec 2022 6 30PM
Kenapa Anwar Berkeras Hendak Adakan Undi Percaya Terhadap Perdana Menteri

Kenapa Anwar Berkeras Hendak Adakan Undi Percaya Terhadap Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 269 hits
Kenapa Anwar berkeras hendak adakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Jawapan pendek adalah kerana itu adalah perkara yang sepatutnya di lakukan oleh mana mana Perdana Menteri untuk membuktikan keabsahan di Parlimen Kedua untuk mengangk...
Adakah Muhyiddin Akan Redakan Serangan Pas Terhadap K Jaan

Adakah Muhyiddin Akan Redakan Serangan Pas Terhadap K Jaan

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 162 hits
MalaysiakiniSejak Perikatan Nasional gagal meraih majoriti untuk membentuk kerajaan pasca PRU ke 15 parti komponennya PAS melancarkan serangan tanpa henti terhadap kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan BN Serangan pemimpin PAS itu dihalak...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan

Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Suasana Ruang Boarding Hotel Kucing Spa Kinrara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Farhash Saman Rafizi Rm10 Juta Berhubung Video Di Media Sosial

Living In The Past Rtm Red Faced In Hattrick Of Blunders As Pmx Hitches A Ride In The Beast To Klcc

Blackmores Kekal Sebagai Jenama Kesihatan Dipercayai Setelah Meraih Anugerah Platinum Ke 11 Pada 2025

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

6 3 Quake Jolts Indonesia S East Nusa Tenggara No Tsunami Risk