Pss Jangan Lupa Pencerobohan Lahad Datu Kata Hishammuddin


HASPAIZI ZAIN



PRK KIMANIS | Bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein membangkitkan insiden pencerobohan Lahad Datu dalam menyuarakan bantahannya terhadap pas sementara Sabah (PSS) yang antara isu utama dalam kempen PRK ini.

Beliau merujuk insiden pada awal 2013 itu apabila kumpulan bersenjata dari selatan Filipina, menggelarkan diri sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu, menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Pertembungan berlaku dan pasukan keselamatan melancarkan "Ops Daulat" pada 5 Mac tahun itu.

Secara keseluruhan, kira-kira 56 militan, sepuluh anggota keselamatan negara dan enam orang awam terkorban.

"Apa yang saya sentuh dengan PSS ada kaitan dengan keselamatan Sabah. Banyak yang telah dibicarakan, dibangkitkan oleh banyak pihak dan ramai juga yang tidak perasan bahawa isu keselamatan itu sesuatu yang telah kita lalui ketika kes Lahad Datu.

"Saya bimbang sesuatu keputusan yang tidak diperincikan secara mendalam akan membawa kesan yang cukup bahaya kepada Sabah," kata Hishammuddin dalam satu program di Kimanis, malam tadi.

PSS yang akan dikuatkuasakan Jun ini ialah dokumen baru Jabatan Imigresen yang dikeluarkan terhadap pendatang asing, bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Pemegang IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Pendatang ekonomi, sebaliknya diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an.

Selainnya, diberikan kad Sijil Banci oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an.

Ketiga-tiganya dikeluarkan tiga agensi berbeza: IMM oleh Jabatan Imigresen, kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Panduankini: Apa itu PSS, kenapa ia penting untuk PRK Kimanis?
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dan calon Warisan Karim Bujang mengatakan PSS adalah cadangan BN dan kerajaan hari ini memutuskan untuk meneruskannya

Shafie berkata PSS adalah cadangan yang diambil daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PTI) pada zaman BN.

Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata walaupun jika benar BN merupakan pihak yang mencadangkan PSS sebelum ini, kerajaan negeri ada kuasa untuk tidak meneruskannya jika ia memberi kesan negatif.

"Kalau PSS dimulakan oleh BN ini akan membawa kesan negatif dan bantahan orang Sabah pada masa itu...Mengapa hendak dibangkitkan sekarang?

"Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh BN dia tangguh, ubah tapi benda sebegini bila dapat bantahan dia tuduh kita juga," katanya lagi.

Katanya lagi, walaupun Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mungkin akan menunjukkan dokumen bagi membuktikan PSS dicadangkan BN, ia tidak akan mengubah pendirian pengundi.

"Adakah itu akan mempengaruhi rakyat Kimanis dan Sabah? Tidak, sebab ini bukan perkara kecil," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/pss-jangan-lupa-pencerobohan-lahad-datu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bongkak Kata Ronnie Kepada Bersatu

Jangan Bongkak Kata Ronnie Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 231 hits
Ahli Parimen Sungai Pelek Ronnie Liu KUALA LUMPUR Pemimpin DAP Ronnie Liu mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya tidak bongkak sehingga membelakangkan suara suara lain dalam gabungan Pakatan Harapan bagi menentukan pengganti Dr ...
Bcl Tagih Janji Ke Ariel Kamu Jangan Gitu Bilang Aku Sayang Kamu Terus Lupa

Bcl Tagih Janji Ke Ariel Kamu Jangan Gitu Bilang Aku Sayang Kamu Terus Lupa

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 349 hits
Namun di babak 10 besar lalu Judika sempat digantikan sementara oleh Ariel NOAH Hal ini terlihat dari vlog pribadi yang diunggah di akun Youtube Bunga Citra Lestari It s Me BCL
Dah Dapat Dividen Jangan Lupa Zakat Ini Cara Kira Zakat Asb Oleh Ppz Maiwp

Dah Dapat Dividen Jangan Lupa Zakat Ini Cara Kira Zakat Asb Oleh Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 399 hits
Dah Dapat Dividen Jangan Lupa Zakat Ini Cara Kira Zakat ASB Awal tahun ni kebanyakan kita akan update akaun simpanan tahunan check dividen dan baki terkini kewangan Bagi mereka yang cukup haul dan mencapai nisab yang ditetapkan maka wajibla...
Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 479 hits
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 yang lahir pada 2015 atau yang lahir pada 1 1 2016 wajib ambil tahu Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 2022 Ibu bapa perlu ale...
Alert Wabak Influenza Kini Di Lahad Datu

Alert Wabak Influenza Kini Di Lahad Datu

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 507 hits
05 01 20 Hospital Lahad Datu menerima 2 orang pesakit yg di sahkan mempunyai Virus INFLUENZA yang sangat serius sejenis Virus yang bahaya dan jangkitan sangat cepat penyebaran penyakit dari udara Kaedah pencegahan musim influenza pastikan k...
Larangan Merokok Tak Jejas Perniagaan Kata Pengusaha Kedai Makan

Larangan Merokok Tak Jejas Perniagaan Kata Pengusaha Kedai Makan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 291 hits
KPKT akan menyediakan kawasan khas merokok untuk kedai makan di 155 PBT di seluruh negara PETALING JAYA Beberapa pengusaha kedai makan berpendapat peraturan larangan merokok yang dilaksanakan kerajaan tidak menjejaskan perniagaan mereka Pen...
Nama Jho Low Diminta Digugurkan Atas Alasan Sensitiviti Kata Saksi

Nama Jho Low Diminta Digugurkan Atas Alasan Sensitiviti Kata Saksi

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 269 hits
Jabatan Audit Negara diminta menggugurkan perenggan berkaitan kehadiran nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad pada 2009 di dalam Laporan Akhir Pengaudi...
Rupiah Terus Menguat Sentuh Rp13 675 Per Usd Ini Kata Bi

Rupiah Terus Menguat Sentuh Rp13 675 Per Usd Ini Kata Bi

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 162 hits
Deputi Gubernur Bank Indonesia Dody Budi Waluyo mengatakan pihaknya akan mempertahankan penguatan nilai tukar saat ini Menurutnya pihaknya tidak perlu melakukan intervensi selama pergerakan rupiah masih sesuai fundamental
Nampak Lasak Tapi Jiwa Anak Lelaki Ni Lembut Janganlah Kata Nak Ambil Mak Dia

Nampak Lasak Tapi Jiwa Anak Lelaki Ni Lembut Janganlah Kata Nak Ambil Mak Dia

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 547 hits
Selalunya anak perempuan dikaitkan dengan emosi yang mudah tersentuh dan harus dijaga perasaannya berbanding anak lelaki Tetapi sebenarnya anak lelakilah yang memerlukan lebih perhatian dari ibu bapanya Melalui artikel yang dipetik dari lam...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda