Nama Jho Low Diminta Digugurkan Atas Alasan Sensitiviti Kata Saksi


Jabatan Audit Negara (JAN) diminta menggugurkan perenggan berkaitan kehadiran nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009 di dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB atas alasan sensitiviti, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.
Bekas pengarah audit di JAN, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, 65, berkata bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri Najib Razak, iaitu Shukry Mohd Salleh meminta JAN melakukan perkara itu semasa mesyuarat pada 24 Feb, 2016.
Loading… Saadatul Nafisah berkata demikian ketika membaca pernyataan saksi pada hari ketujuh perbicaraan kes Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
Saksi ketujuh pihak pendakwaan itu berkata, ia juga bagi mengelakkan fakta diputarbelitkan oleh pihak pembangkang.
“Semakan JAN mendapati bahawa penama Jho Low telah hadir semasa lembaga pengarah 1MDB meluluskan pelaburan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN). JAN beranggapan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak teratur apabila penama Jho Low ada menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB pada masa itu sedangkan beliau tidak memegang apa-apa jawatan mahupun peranan di 1MDB,” katanya.
“Pada mesyuarat 26 Feb, 2016 di pejabat JAN, pasukan khas audit 1MDB termasuk saya dan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang telah berbincang dan Ambrin bersetuju untuk menggugurkan perenggan mengenai kehadiran Jho Low dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 26 Sept, 2009.
“Ini kerana, beliau menyatakan bahawa pengguguran perenggan tersebut tidak menjejaskan Laporan Akhir Audit 1MDB keseluruhannya dan pihak JAN tidak ada dokumen sokongan untuk menyatakan Jho Low benar-benar ada hadir pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah tersebut”.
Ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 26 Sept, 2009, saksi itu berkata nama Jho Low tertera di dalam minit mesyuarat berkenaan ketika pihaknya menjalankan proses audit dan menyemak minit-minit mesyuarat di pejabat 1MDB .
“Namun, pada masa itu, pihak JAN langsung tidak dibenarkan untuk membuat salinan atau mengambil minit tersebut keluar daripada pejabat 1MDB.
“Setelah JAN beberapa kali meminta minit mesyuarat tersebut, barulah pihak 1MDB memberikan salinan minit mesyuarat yang disahkan, namun salinan tersebut tidak lagi ada nama Jho Low dalam senarai kehadiran mesyuarat itu,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria manakala Najib, 67, diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Arul Kanda, 44, diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.
Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb, 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 28(1) (c) dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/nama-jho-low-diminta-digugurkan-atas-alasan-sensitiviti-kata-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Rapat Dengan Seorang Raja Melayu Kata Kadir Jasin

Jho Low Rapat Dengan Seorang Raja Melayu Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 289 hits
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyifatkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sebagai evil genius iaitu orang pintar yang jahat Beliau berkata untuk menjadi orang perantaraan dalam skandal kewangan terbesar di duni...
Akaun Peribadi Akhirnya Najib Mengaku Berhubungan Dengan Jho Low

Akaun Peribadi Akhirnya Najib Mengaku Berhubungan Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 304 hits
Najib Razak akhirnya mengaku apabila disoal oleh pendakwa di dalam mahkamah yang dia telah beberapa kali berhubungan secara langsung dengan Jho Low dalam urusan akaun peribadi Najib di Ambank Nampaknya ini bertentangan dengan tindakan saman...
I Communicated With Jho Low Over Credit Card Transactions Najib Tells Court

I Communicated With Jho Low Over Credit Card Transactions Najib Tells Court

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 277 hits
Former prime minister Najib Razak attending the trial at the High Court KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak told the High Court today there were a few occasions when he had communicated with Low Taek Jho or Jho Low over credit ca...
Report Jho Low Remains A Wanted Man In Singapore

Report Jho Low Remains A Wanted Man In Singapore

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 203 hits
Low Taek Jho or better known as Jho Low remains a wanted man in Singapore The Edge Singapore reported yesterday by quoting a Singapore police force spokesperson According to the report the confirmation was made after The Straits Times publi...
Jho Low Jadi Buruan Singapura

Jho Low Jadi Buruan Singapura

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 304 hits
Jho Low Jadi Buruan Singapura perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kekal sebagai orang dikehendaki oleh polis Singapura demikian menurut akhbar The Edge Singapore yang memetik jurucakap polis negara itu Menurut laporan itu peng...
Minta Derma Atas Nama Tahfiz Entah Ye Tidak

Minta Derma Atas Nama Tahfiz Entah Ye Tidak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 530 hits
Orang sekarang menipu mendapatkan duit dengan macam macam cara antaranya minta derma atas nama nak buat sekolah Tahfiz la anak yatim la minta derma nak sambung belajar luar negara la Selalu nampak orang seperti ini ada di mana mana memakai ...
Saksi Dakwa Ada Kereta Menteri Di Lokasi Private Parti Kata Ngo

Saksi Dakwa Ada Kereta Menteri Di Lokasi Private Parti Kata Ngo

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 177 hits
Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan dan Hak Rakyat S Gobi Krishnan bersama Pengerusi Pertubuhan Gerakan Anti Rasuah Negara Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor serta NGO yang lain menunjukkan laporan SPRM terhadap menteri dan syarikat GK Sport berkai...
Najib Mengaku Ada Berhubung Dengan Jho Low Berkaitan Wang Dalam Akaun

Najib Mengaku Ada Berhubung Dengan Jho Low Berkaitan Wang Dalam Akaun

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 250 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low beberapa kali berkaitan operasi akaun peribadi AmBank beliau Naj...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Masih Beraya



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja

More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life