Larangan Merokok Tak Jejas Perniagaan Kata Pengusaha Kedai Makan



Mohamad Fadli
KPKT akan menyediakan kawasan khas merokok untuk kedai makan di 155 PBT di seluruh negara.
PETALING JAYA: Beberapa pengusaha kedai makan berpendapat peraturan larangan merokok yang dilaksanakan kerajaan tidak menjejaskan perniagaan mereka.

Pengusaha kedai makan di Seri Kembangan, Selangor berkata mereka amat bersetuju dengan langkah kerajaan itu.

Ibrahim Awang, 52, berkata bagi peniaga kedai makan yang menerapkan konsep keluarga, peraturan itu amat bagus dan memberi keselesaan kepada pelanggan.

“Sebab nak kata impak perniagaan, saya tak rasa ada impak.

“Kita tak suka budak-budak (melepak) hisap rokok. Lagi pun jarak 3m dari meja hanya ambil masa 2 hingga 3 minit sahaja untuk mereka hisap rokok. Tak ada masalah apa-apa,” katanya kepada FMT.

Beliau juga berkata pelanggan yang sukakan suasana keluarga memang setuju dengan larangan tersebut.

Namun, Ibrahim tidak setuju dengan cara penguat kuasa membawa media ketika menyaman perokok.
“Tak perlu membazir dan bawa orang media masuk TV. Tak perlu memalukan orang.”

Tambahnya, dia bersetuju jika kerajaan menyediakan tempat khas merokok di tempat awam dan peniaga sepertinya boleh memohon kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini bergantung perbincangan dengan PBT, dan kalau berminat boleh kemukakan permohonan,” katanya.

Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka dengan kompaun sehingga RM350.

Perokok masih dibenarkan merokok pada jarak 3m dari luar restoran terbabit.

Pada 7 Januari lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata pihaknya akan memperuntukkan RM1 juta kepada 155 PBT di seluruh negara untuk menyediakan kawasan khas merokok untuk kedai-kedai makan di kawasan masing-masing.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata PBT akan kemukakan satu garis panduan yang disediakan dalam masa terdekat untuk pemilik kedai makan yang mahu memohon PBT sediakan kawasan khas merokok.

Seorang lagi pengusaha kedai makan, Razlan Shah Moh Nasir, 50, berkata perniagaannya juga tidak terjejas dengan larangan merokok itu.

Malah, katanya, lebih ramai pelanggan datang bersama keluarga dan ia lebih selesa bagi yang membawa anak kecil.

“Pelanggan yang berkeluarga khususnya, lebih suka sebab tidak ada gangguan asap rokok dan tidak membahayakan anak-anak kecil yang menghidunya.

“Saya rasa tidak jejaskan perniagaan setakat ini. Masih baik,” katanya.

Seorang pelanggan, Afiq Salleh, 35, berkata dia tiada masalah dengan langkah itu tetapi kerajaan perlu sediakan tempat merokok.

Beliau berkata kerajaan perlu ikut cara negara maju yang melaksanakan larangan merokok di kedai makan.

“Ini kerana orang yang merokok juga membayar cukai. Penyediaan tempat merokok juga dapat lindungi orang yang merokok dan tidak merokok.

“Jadi kerajaan kena adil dalam melaksanakan larangan merokok di kedai makan,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Hamidah Ahmad, 25, mempersoalkan langkah kerajaan yang hanya dilaksanakan di kedai makan tetapi tidak di tempat awam seperti stesen bas dan sebagainya.

“Tak kira macam mana, tak semestinya kedai makan sahaja,” katanya.

Hamidah bagaimanapun menyambut baik langkah kerajaan menyediakan tempat khas merokok.

“Kalau ada tempat khas merokok dan perokok buat kesalahan, nak saman tak apalah,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/larangan-merokok-tak-jejas-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Aduan Guna Whatsapp Kalau Orang Merokok Dekat Kedai Makan

Buat Aduan Guna Whatsapp Kalau Orang Merokok Dekat Kedai Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 365 hits
Semua orang tahu yang larangan merokok ataupun menghisap vape ditempat awam semakin ketat dan telahpun dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2020 lepas sampai kan ada pelancong dari negara luar pun ada yang kena saman baru baru ni sebab buat benda...
Terkini Premis Makanan Dilarang Sedia Ruang Khas Merokok Dalam Kawasan Operasi Perniagaan

Terkini Premis Makanan Dilarang Sedia Ruang Khas Merokok Dalam Kawasan Operasi Perniagaan

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 302 hits
BATU GAJAH 5 Jan Premis makanan tidak dibenarkan menyediakan ruang khas untuk merokok buat pelanggan di dalam kawasan operasi perniagaan mereka Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata peraturan itu termasuk dalam arahan yang men...
Makan Tengahari Di Kedai Kopi Pak Chin Kampung Bagan Serai Permatang Pauh

Makan Tengahari Di Kedai Kopi Pak Chin Kampung Bagan Serai Permatang Pauh

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 1141 hits
Kedai Kopi Pak ChinKedai Kopi Pak ChinKedai Kopi Pak Chin boleh la korang set salah satu destinasi makan tengahari korang di Permatang Pauh Kedai Kopi Pak Chin terletak di Kampung Bagan Serai nak dekat dekat Simpang Arowana Lauk lauk makan ...
Kedai Makan Ada Tikus

Kedai Makan Ada Tikus

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 602 hits
Dah masuk 2020 pun masih ada kedai makan yang kotor Bukan sahaja kotor dengan sampah sarap namun najis dan air kencing tikus pun dapat dikesan di kedai makan Bukan sahaja keselesaan pelanggan menjadi persoalan namun tahap kebersihan kedai m...
Saintis Kata Orang Tak Makan Sayur Disebabkan Keturunan Mudah Terdedah Rasa Pahit

Saintis Kata Orang Tak Makan Sayur Disebabkan Keturunan Mudah Terdedah Rasa Pahit

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 299 hits
Pasti ada diantara kita yang tak makan sayur Ya ada yang sanggup habiskan masa berjam jam untuk asingkan sayur daripada makanan Perkara ini bukan sahaja berlaku pada anak kecil malah orang dewasa juga ada yang tidak gemarkan untuk menerima ...
Penguatkuasa Kesihatan Serbu Perokok Di Kedai Makan Jadi Perbalahan Netizen

Penguatkuasa Kesihatan Serbu Perokok Di Kedai Makan Jadi Perbalahan Netizen

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 251 hits
Walaupun sudah masuk tahun baru namun satu persatu isu dan permasalahan yang telah ditimbul dalam kalangan rakyat Malaysia Namun masih diharapkan agar permasalah yang timbul bakal diselesaikan dengan cepat oleh pihak yang terlibat Baru baru...
Viral Gambar Gambar Dipercayai Operasi Saman Langgar Peraturan Larangan Merokok Di Premis Jual Makanan

Viral Gambar Gambar Dipercayai Operasi Saman Langgar Peraturan Larangan Merokok Di Premis Jual Makanan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 923 hits
Umum sudah sedia maklum bahawa bermula 1 Januari 2020 penguatkuasaan saman terhadap kesalahan merokok di premis menjual makanan bermula Mana mana individu yang ingkar dengan peraturan tersebut boleh disaman dan dikenakan denda Terkini di me...
Isteri Mengidam Honda Jazz Suami Tak Cakap Banyak Terus Pergi Curi Kereta Ketika Sedang Makan Di Kedai

Isteri Mengidam Honda Jazz Suami Tak Cakap Banyak Terus Pergi Curi Kereta Ketika Sedang Makan Di Kedai

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 572 hits
Sering kali kita mendengar kisah seorang suami yang sanggup berkorban dan melakukan apa saja demi memenuhi hasrat isteri asalkan ianya tidak keterlaluan dan menyalahi undang undang Namun lain pula kisahnya yang berlaku ini apabila seorang s...
605 Kompaun Larangan Merokok Dikeluarkan Pada Hari Kedua Perlaksanaan

605 Kompaun Larangan Merokok Dikeluarkan Pada Hari Kedua Perlaksanaan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 350 hits
Sejak 1 Januari 2020 larangan merokok di premis makanan telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia Sejak semalam juga banyak serbuan telah dilakukan di premis makanan untuk meninjau larangan tersebut Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan KP K...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan