Pru 15 Umno Pahang Tidak Ada Bincang Soal Anak Najib Jadi Calon Kerusi Parlimen Pekan




KUANTAN - Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang sudah sedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, termasuk jika Datuk Sri Najib Razak hilang kelayakan untuk bertanding.
Ketua Penerangan UMNO Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, ketika dihubungi berkata, parti itu tidak berdepan dengan masalah dalam soal calon untuk diketengahkan apabila tiba masanya nanti.
Di kerusi parlimen Pekan yang kini diwakili Najib Syed Ibrahim berkata, ada ramai bakat yang boleh diangkat menjadi calon.
"Bukan Datuk Seri Najib seorang saja. UMNO Pahang tak ada masalah dalam soal calon.
"UMNO Pahang juga sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan," katanya hari ini.
Terdahulu Syed Ibrahim diminta  mengulas spekulasi mengenai salah seorang anak Najib akan menjadi calon UMNO-BN di Pahang dalam PRU ke-15 yang semakin hampir.
Memetik sumber yang tidak dinamakan, Utusan Malaysia hari ini melaporkan UMNO-BN akan meletakkan Mohd Nizar Najib untuk menjadi calon mereka di Pekan jika keadaan memerlukan.
Spekulasi itu bertiup ketika Najib masih dibicarakan atas pelbagai pertuduhan dengan sesetengahnya sudah disabitkan kesalahannya oleh mahkamah. Dia sedang dalam proses merayu atas sabitan tersebut.
Mahkamah Persekutuan sudah menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Tak ada dengar lagi
Untuk rekod Mohd Nizar merupakan anak Najib Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar yang kini sudah menjadi bekas isterinya. Jika ia menjadi kenyataan ketua Pemuda UMNO Pekan itu akan meneruskan legasi bekas Perdana Menteri kedua, Abdul Razak Hussein, di Pahang.
“Cumanya, kawasan mana yang bakal ditandingi ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan itu difahamkan belum lagi diputuskan setakat ini,” lapor portal itu.
Syed Ibrahim berkata setakat ini pihaknya tidak mendengar sebarang khabar angin mengenai pencalonan Mohd Nizar.
Malah katanya UMNO Pahang sendiri tidak membuat sebarang perbincangan mengenainya.
Bagaimanapun, pada masa sama Syed Ibrahim menjelaskan sesiapa saja boleh dicadangkan untuk diletakkan sebagai calon bagi mewakili UMNO-BN pada PRU ke-15 nanti.
"Bukan anak Datuk Sri Najib saja, anak saya pun boleh, anak orang Perlis pun boleh...
"Anak siapa pun yang teringin dicadangkan boleh cadangkan, apa salahnya," katanya.
Parlimen Pekan mempunyai empat Dewan Undangan Negeri iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini yang semuanya dimenangi calon BN pada PRU14 lalu.
Nizar, 44, pernah berkhidmat selama 18 tahun di firma juruaudit dan perundingan Deloitte Malaysia, sebelum dilantik sebagai ketua Biro Ekonomi dan Modal Insan Majlis Tindakan Sosial Pahang iaitu sebuah agensi kerajaan negeri.
Dia merupakan anak sulung daripada lima anak Najib.
Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati dia bersalah menyalahgunakan RM42 juta daripada dana SRC. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/pru-15-umno-pahang-tidak-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Mahu Umno Bn Menang Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti Lebih Besar Pru 15 Ini

Najib Mahu Umno Bn Menang Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti Lebih Besar Pru 15 Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 280 hits
PEKAN Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu UMNO dan BN memenangi Pekan dan keempat empat kerusi DUN dalam parlimen itu dengan majoriti undi yang jauh lebih besar pada pilihan raya umum akan datang Kedudukan kita hari ini kuat d...
Selesai Konflik Pas Umno Bersatu Sebelum Bincang Kerusi Mn

Selesai Konflik Pas Umno Bersatu Sebelum Bincang Kerusi Mn

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 288 hits
Konflik antara PAS UMNO dan Bersatu perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum cadangan kerusi Muafakat Nasional dibincangkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 kata Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin Memetik laporan Malaysiakini beli...
Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 450 hits
SHAH ALAM Walaupun Mahkamah Persekutuan belum mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembabitannya dalam kes syarikat SRC International Sdn Bhd namun sudah ada cakap cakap mengenai siapa bakal m...
Pru 15 Ab Mutalib Calon Terbaik Umno Bn Lawan Rosli Jabar Di Dun Tanjung Lumpur

Pru 15 Ab Mutalib Calon Terbaik Umno Bn Lawan Rosli Jabar Di Dun Tanjung Lumpur

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 340 hits
KUANTAN Dua penggal Yang Dipertua PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur sejak Pilihan Raya Umum Ke 13 lalu Pada PRU13 Rosli yang ditentang Datuk Seri Tengku Zulkifly Tengku Ahmad daripada B...
Baru La Umno Anak Jantan

Baru La Umno Anak Jantan

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 429 hits
PEMUDA UMNO SETUJU RCI RAKYAT SEDANG MEMERHATIKAN KESAN UMNO MEMERINTAH NEGARA JANGAN HARAP PEMUDA UMNO SAHAJA YANG MAHU KEBENARAN SAYAP SAYAP UMNO YANG LAIN JUGA PERLU BANGKIT TAPIJANGAN MAIN WAYANG SELAMA INI RAKYAT NAMPAK UMNO MASIH BENA...
Menjelang Pru15 Wujudkan 27 Kerusi Mn Cadangan Baik Umno

Menjelang Pru15 Wujudkan 27 Kerusi Mn Cadangan Baik Umno

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 202 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut baik cadangan mewujudkan 27 kerusi Muafakat Nasional UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Mohamad berkata langkah berkenaan membuka peluang lebih cerah untuk kemenangan SU
Mic Mahu 12 Parlimen Pada Pru15 Kerusi Melayu Bakal Tergadai Lagi

Mic Mahu 12 Parlimen Pada Pru15 Kerusi Melayu Bakal Tergadai Lagi

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 335 hits
ismaweb netBukan hanya yang tradisi malah mahu kerusi punya peratusan tinggi menangOleh Ainul Illia Meor SuzurudinBANGI 20 Muharam 1444H Khamis Tuntutan demi tuntutan dibuat oleh MIC demi mendapatkan kerusi Parlimen dan terbaharu permintaan...
Mic Cadang Tanding 12 Kerusi Parlimen Pada Pru15

Mic Cadang Tanding 12 Kerusi Parlimen Pada Pru15

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 250 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran menghadiri Persidangan Perwakilan MIC Negeri Melaka lewat malam tadi MELAKA MIC bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 dan perkara itu telah diserahkan kepada kepimpinan ter...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story