Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana



SHAH ALAM - Walaupun Mahkamah Persekutuan belum mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembabitannya dalam kes syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC), namun sudah ada cakap-cakap mengenai siapa bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) nanti.
Antara nama disebut-sebut bakal bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan adalah anak sulung Najib iaitu Datuk Mohd Nizar.
Mohd Nizar, 44, kini dianggap calon paling sesuai menggantikan Najib sekali gus meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC, akhir bulan ini.
Oleh itu, tidak hairanlah jika Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan dilihat sering turun padang dan menghulurkan bantuan kepada penduduk parlimen berkenaan yang memerlukan perhatian dan ditimpa musibah seperti banjir atau kebakaran.
Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tidak salah jika BN memberi peluang dan ruang kepada Mohd Nizar bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU15 jika Najib disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan nanti.
Awang Azman menegaskan tindakan itu membolehkan Mohd Nizar membuktikan sama ada beliau layak atau tidak meneruskan legasi Najib dan datuknya, Tun Abdul Razak yang menjadi Ahli Parlimen Pekan, sejak beberapa dekad lalu.
Bagaimanapun, Awang Azman tidak menolak kemungkinan bahawa Mohd Nizar bakal berhadapan dengan cabaran dan saingan sengit calon anak muda dari parti lain bagi mempertahankan kubu kuat BN dan kerusi dimenangi bapanya, sejak 1976 lagi.
"Suatu ketika dulu memang keputusan pilihan raya banyak ditentukan oleh pengaruh keluarga misalnya, Tun Abdul Razak kepada Najib; Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Mukhriz; Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Nurul Izzah (PKR) serta Lim Kit Siang kepada Lim Guan Eng (DAP).
"Bagaimanapun, dalam konteks sekarang persaingan dan populariti dalam kalangan kelompok politik keluarga akan bertambah namun mereka sukar mendapat tempat dalam masyarakat lebih besar kerana rakyat sekarang mempunyai pendedahan, pemahaman dan sumber maklumat lebih baik dari zaman dulu.
"Ini antara cabaran terbesar bakal dihadapi Mohd Nizar, biarpun beliau dianggap calon 'favourite' atau pilihan dan diramal tidak akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan kerusi Pekan yang disandang oleh bapanya sekarang," katanya ketika Sinar Premium.
Awang Azman berkata demikian ketika diminta mengulas siapa paling layak menjadi calon BN di Parlimen Pekan pada PRU15 nanti, jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah dibuat oleh Mahkamah Rayuan terhadap Najib dalam prosiding selama 10 hari yang bakal berlangsung mulai 15 hingga 26 Ogos ini.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.
Tidak lama selepas itu, pada 8 Disember 2021, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.
Untuk rekod, Najib menang dengan majoriti 24,859 undi apabila memperoleh 43,854 undi dalam pertembungan empat penjuru di kerusi Parlimen Pekan pada PRU14 lalu.
Sebelum ini, nama Mohd Nizar pernah menjadi bualan hangat apabila dikatakan akan menjadi calon BN bagi merebut kerusi DUN Chini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei 2020.
Bagaimanapun, BN kemudiannya memilih Mohd Sharim Md Zain sebagai calonnya dalam PRK Chini sekali gus mempertahankan kerusi DUN berkenaan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, BN perlu mengenal pasti calon sesuai untuk menggantikan Najib di Parlimen sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan bekas Perdana Menteri ke-6 itu bersalah seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, sebelum ini.
Mazlan berkata, salah satu jalan terbaik boleh diambil BN adalah dengan memilih anak sulung Najib untuk bertanding bagi menggantikan beliau di Parlimen Pekan pada PRU15 nanti.
"Sebenarnya keluarga Najib dan Tun Abdul Razak adalah golongan elit politik yang mempunyai legasi yang berpengaruh dan dihormati serta dianggap istimewa dalam kalangan masyarakat Melayu terutama di Parlimen Pekan, Pahang.
"Justeru, tidak hairan jika Najib diangkat menjadi Perdana Menteri selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya. Begitu juga jika Mohd Nizar bertanding di Parlimen Pekan, bermakna beliau akan meneruskan legasi keluarganya yang dihormati pengundi Melayu di sana.
"Oleh itu, saya meramalkan Mohd Nizar tidak akan menghadapi masalah besar untuk menang jika beliau bertanding di Parlimen Pekan pada PRU15 nanti, sekali gus mampu menyambung legasi bapa dan datuknya. Malah, orang Melayu di Pekan amat menghormati dan menghargai jasa Tun Abdul Razak," katanya.
Mohd Nizar (kanan) bersama Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohamad Kamal
Bagaimanapun, keputusan muktamad siapa bakal calon BN di Parlimen Pekan akan diputuskan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN selepas berbincang dengan parti komponen lain apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan tarikh PRU15 ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kelak ~ Sinar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/jika-najib-ke-penjara-dia-ni-ke-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Nak Cari Ibu Kongsi Anak Menangis Minta Duit Rm3 Warganet Terhibur

Mana Nak Cari Ibu Kongsi Anak Menangis Minta Duit Rm3 Warganet Terhibur

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 238 hits
Kadang kadang ada saja permintaan anak yang pelik pelik sampai kita nak handle pun pening kepala Pemikiran kreatif anak ni jangan dipandang ringan mereka mampu berfikir di luar kotak Kita yang dewasa pun tak pernah terfikir tapi anak ni mac...
Pru 15 Umno Pahang Tidak Ada Bincang Soal Anak Najib Jadi Calon Kerusi Parlimen Pekan

Pru 15 Umno Pahang Tidak Ada Bincang Soal Anak Najib Jadi Calon Kerusi Parlimen Pekan

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 1241 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang sudah sedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang termasuk jika Datuk Sri Najib Razak hilang kelayakan untuk bertanding Ketua Penerangan UMNO Pahang Dato S...
Kerajaan Kelantan Hantar Rombongan Besar Ke Mesir Tapi Hutang Anak Syarikat Bila Nak Selesai

Kerajaan Kelantan Hantar Rombongan Besar Ke Mesir Tapi Hutang Anak Syarikat Bila Nak Selesai

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 172 hits
HUSAM MUSADiberitakan Kerajaan Kelantan membawa rombongan besar melawat Mesir Lenakah MB Kelantan tidur di Mesir ketika dua anak syarikat kerajaan negeri berdepan masalah kewangan sepeninggalan beliau Air Kelantan Sdn Bhd dikatakan mempunya...
Jiran Cina Sambut Birthday Anak Tapi Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal Diberi Kfc Sebagai Gantian

Jiran Cina Sambut Birthday Anak Tapi Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal Diberi Kfc Sebagai Gantian

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 390 hits
Hidup berjiran ni sangat penting untuk kita semua saling hormat menghorm4ti antara satu sama lain kerana mereka adalah orang yang paling terdekat dengan kita Mengekalkan hubungan baik antara jiran mampu memupuk keharmonian dalam masyarakat ...
Lain Pada Kakak Abang Dia Hat Ni Suami Buat Kejutan Mua Bellaz Nak Kongsi Wajah Anak

Lain Pada Kakak Abang Dia Hat Ni Suami Buat Kejutan Mua Bellaz Nak Kongsi Wajah Anak

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 278 hits
Selamat melahirkan anak keempatnya semalam yang diberi nama Nur Aisywara Nealofa MUA yang cukup dikenali MUA Bellaz tampil berkongsi sipi sipi wajah puteri kesayangannya di media sosial Pun begitu kongsi Bellaz lagi tidak mahu menyorok waja...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game