Pru 15 Pas Bagan Serai Tolak Wan Ahmad Fayhsal Tanding Parlimen


agendaily.com18/5/2022
Yang Dipertua PAS Bagan Serai, Abdul Aziz Abdul Majid menyerahkan kertas kerja politik kepada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Bagan Serai, sekali gus menolak hasrat Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertanding di situ.

Parti gabungan Perikatan Nasional (PN), PAS, menolak Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang berhasrat bertanding di Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sebaliknya PAS Bagan Serai telah menyerahkan kertas kerja politik dan menyampaikan hasrat agar parti itu bertanding mewakili PN di Parlimen Bagan Serai, kepada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Yang Dipertua PAS Bagan Serai, Abdul Aziz Abdul Majid, ahli PAS bahagian ini sebulat suara menolak Timbalan Menteri Perpaduan Negara sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen itu.

“PAS Bagan Serai sama sekali tidak akan memberi laluan sama kepada beliau atas beberapa sebab munasabah.

“Sebab utama adalah beliau turun ke Bagan Serai tanpa sebarang mandat daripada PN sama ada peringkat Pusat mahupun negeri,” katanya memetik laporan Utusan hari ini.

Abdul Aziz berkata, sejak Julai lalu, PAS Perak memberi bayangan mahu bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai kerana mempunyai kelebihan untuk menang berbanding jika calon parti lain mewakili PN di kawasan berkenaan.

Malah menurutnya, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Bagan Serai membuat desakan melalui memorandum yang dikemukakan kepada beliau pada 21 dan 22 Mac lalu.

“Tuntutan daripada akar umbi PAS di Bagan Serai adalah berasaskan fakta kukuh antaranya mempunyai bilangan jentera, cawangan yang lebih kuat dan banyak berbanding parti lain dalam PN.

“PAS kawasan turut membina hubungan sangat rapat dengan masyarakat di sini yang terdiri dari para ulama, ustaz dan individu yang berpengaruh di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selain itu, PAS Bagan Serai mempunyai prasarana yang lengkap hampir di setiap cawangan parti,” katanya.

Mengenai kertas kerja politik itu, Abdul Aziz berkata Abdul Hadi menunjukkan reaksi positif terhadap hasrat yang telah dikemukakan oleh PAS Bagan Serai.

“Perkara itu akan dibawa dalam perbincangan di peringkat PAS pusat dan mesyuarat pucuk pimpinan tertinggi PN apabila tiba masanya nanti,” katanya.

Dalam program di Bagan Serai baru-baru ini, Wan Ahmad Fayhsal dilaporkan berkata kerusi Parlimen Bagan Serai antara yang berpotensi untuk ditandinginya dalam PRU-15 selain di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/pru-15-pas-bagan-serai-tolak-wan-ahmad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Fayhsal Eyes Bagan Serai Seat Ahead Of Ge15

Wan Fayhsal Eyes Bagan Serai Seat Ahead Of Ge15

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 139 hits
Bersatu Youth chief Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal has revealed his desire to run for the parliamentary seat of Bagan Serai in the 15th general election Speaking to reporters at a Hari Raya banquet in Simpat Ampat Semanggol yesterday he said h...
Bubarlah Pas Biar Umno Punahkan Islam Ini Tajuk Yang Betul Untuk Ahmad Maslan

Bubarlah Pas Biar Umno Punahkan Islam Ini Tajuk Yang Betul Untuk Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 156 hits
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mencadangkan PAS dibubarkan kerana menurutnya Umno sudah cukup membawa wadah perjuangan Islam Saya rasa Ahmad Maslan sepatutnya bercakap begini bubarkan PAS agar kami UMNO lebih mudah menyeleweng dan memus...
Ahmad Maslan Cadang Pas Di Bubarkan Sebab Umno Turut Bawa Wadah Perjuangan Islam

Ahmad Maslan Cadang Pas Di Bubarkan Sebab Umno Turut Bawa Wadah Perjuangan Islam

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 120 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mencadangkan PAS dibubarkan kerana UMNO turut membawa wadah perjuangan Islam Katanya UMNO sudah menjadi parti politik yang turut membawa wadah perjuangan Islam dan sudah me...
Ahmad Maslan Pas Should Be Dissolved

Ahmad Maslan Pas Should Be Dissolved

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 111 hits
PAS and Umno have had a very complicated relationship since signing the Muafakat Nasional charter in September 2019 The document was supposed to be the launchpad for future political cooperation However since becoming part of the same gover...
Gelombang Tolak Pas Di Kelantan Sudah Ada Rakyat Tak Puas Hati

Gelombang Tolak Pas Di Kelantan Sudah Ada Rakyat Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 133 hits
Keutuhan PAS yang menguasai Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu dilihat bakal tergugat apabila berdepan PRU15 akan datang Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata rakyat sudah mula muak dengan pelbagai masalah dihadapi ker...
Umno Terengganu Lebih Yakin Pas Mungkin Tumbang Pru 15

Umno Terengganu Lebih Yakin Pas Mungkin Tumbang Pru 15

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 143 hits
MOHD SAYUTI OMARPengerusi Umno Terengganu Ahmad Said kata parti itu tidak akan berpakat dengan mana mana pihak dalam pilihan raya akan datang dan akan meletakkan calon di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lapan kerusi Parlimen Hari ...
Biar Pun Di Tolak Umno Pas Teruskan Agenda Penyatuan Ummah Menerusi Wadah Politik

Biar Pun Di Tolak Umno Pas Teruskan Agenda Penyatuan Ummah Menerusi Wadah Politik

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR PAS hari ini memberi jaminan untuk meneruskan agenda penyatuan ummah melalui wadah politik meskipun Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara total menolak pakatan terbabit Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudi...
Gelombang Rakyat Nak Tolak Pas Memang Ada Umno Amanah Kelantan

Gelombang Rakyat Nak Tolak Pas Memang Ada Umno Amanah Kelantan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 164 hits
malaysiakini comKeutuhan PAS menguasai Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu dilihat bakal tergugat apabila datangnya pilihan raya umum ke 15 yang dijangka tidak lama lagi Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata andaian itu...
Loke Tolak Khabar Angin Lebih Ramai Mp Dap Tak Tanding Pru15

Loke Tolak Khabar Angin Lebih Ramai Mp Dap Tak Tanding Pru15

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 141 hits
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook menolak khabar angin lebih ramai ahli parlimen daripada parti itu akan memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke 15 akan datang Bagaimanapun ahli parlimen Seremban itu berkata PRU ...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak

Piala Thomas Malaysia Benam Hong Kong 5 0

Hiburan Sumpah You Don T Love Me Anymore Tular Video Rakaman Voice Note Aliff Aziz Merayu Pada Sarah Yasmine

Aku Terjaga Nak Bancuh Susu Anak Sekali Aku Nampak Suami Dan Mak Belum Tidur Rupanya