Loke Tolak Khabar Angin Lebih Ramai Mp Dap Tak Tanding Pru15




Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menolak khabar angin lebih ramai ahli parlimen daripada parti itu akan memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15 akan datang.
Bagaimanapun, ahli parlimen Seremban itu berkata PRU 15 akan datang bakal menyaksikan lebih ramai calon baru daripada DAP.
“Setahu saya, satu-satunya ahli parlimen yang membuat pengumuman ini ialah Ong Kian Ming (ahli parlimen Bangi). Tiada pengumuman lain dibuat dan tiada keputusan lain oleh ahli parlimen lain.
“Tetapi dalam setiap pilihan raya, pasti akan pembaharuan, akan ada calon baru,” katanya dalam sidang media di Kajang,hari ini yang turut dihadiri Ong.
Bekas menteri pengangkutan itu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Ahli Parlimen Damansara Tony Pua akan mengikut jejak Ong.
Pada 9 Mei lepas, Ong mengumumkan keputusannya untuk tidak menawarkan diri sebagai calon untuk PRU ke-15 akan datang.
Ong dalam kenyataannya turut mengakui keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada MAC lalu - apabila dia gagal terpilih - menjadi antara faktor dia mengambil langkah itu tetapi menjelaskan ia bukanlah sebab utama.
Susulan pengumuman Ong berehat daripada politik dan tidak menyertai pilihan raya akan datang, spekulasi bertiup kencang bahawa Tony Pua mungkin akan melakukan tindakan serupa.
Sementara itu, mengulas jika Adun DAP sedia ada di kawasan berkenaan akan menjadi calon ahli parlimen Bangi seterusnya, Loke berkata DAP kini bersikap terbuka dan tidak mengehadkan pilihannya.
‘Pengganti bukan calang-calang’
“Tiada sekatan seperti itu. Calon yang berpotensi boleh jadi sesiapa sahaja kerana syarat untuk menjadi calon parlimen sangat mudah.
“Selagi anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan ahli DAP, anda layak,” katanya.
Malah, Loke berkata proses pencarian bakal calon pengganti Ong akan bermula sekarang.
"Proses untuk kita cari pengganti (Ong) akan bermula dan ini juga salah satu sebab saya turun (ke kawasan parlimen Bangi) hari ini untuk berjumpa dengan akar umbi, untuk kita berikan sokongan dan berikan satu kepastian bahawa kesinambungan perjuangan kita akan diteruskan.
"Sebab perjuangan parti bukannya berdasarkan individu. Penggantinya akan dicari dan kita sudah tentu ada ramai calon-calon yang berpotensi.
“Bila dah namakan calon nanti bukannya calang-calang calonnya.
"Mestilah calon berwibawa dan kita yakin boleh dapat kepercayaan dan sokongan pengundi.
“Sebagai setiausaha agung parti saya berikan kepastian bahawa proses untuk cari pengganti di Bangi akan diberikan perhatian serius dan kita akan cari seorang pengganti yang kalau tak lebih hebat dari Ong pun harus setanding dengan beliau dari segi kewibawaan dan kelayakan calon tersebut," katanya
Kawasan parlimen Bangi mempunyai tiga kerusi DUN - Sungai Ramal, Balakong dan Seri Kembangan.
Kerusi Sungai Ramal disandang oleh Mazwan Johar daripada PKR manakala Balakong dan Seri Kembangan diwakili oleh Wong Siew Ki dan Ean Yong Hian Wah, daripada DAP.
Ong, yang merupakan bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, pertama kali menang kerusi Serdang pada 2013 dengan menewaskan veteran MCA dan bekas ahli parlimen Yap Pian Hon dengan mengundi 79,238 undi (67.98 peratus).
Pada 2018, Ong mempertahankan parlimen Bangi yang lebih luas (dinamakan semula selepas persempadanan semula 2018) dengan menewaskan Liew Yuen Keong daripada MCA, Shafie Ngah daripada PAS dan Dennis Wan daripada PRM selepas meraih 102,557 undi (65.6 peratus).
DAP pertama kali menang kerusi Serdang dalam tsunami pilihan raya umum 2008 selepas Teo Nie Ching menewaskan Hoh Hee Lee daripada MCA apabila menang 64.23 peratus (47,444) undi.
Selain itu, Loke berkata parlimen Bangi akan menjadi kawasan pengundian yang mencabar kepada DAP pada PRU15.
Gambar fail.Loke berkata ini disebabkan kawasan itu mempunyai jumlah pengundi yang tinggi, mencapai lebih 300,000 penduduk dengan hampir 100,000 daripada jumlah itu adalah pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun.
"Ramai anak muda tinggal di kawasan parlimen ini, disertakan demografi (Bangi) di peringkat kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
"Jadi, kepada sesiapa sahaja calon yang bakal menggantikan Ahli Parlimen Bangi (Dr Ong Kian Ming), ini satu faktor mencabar yang juga perlu dipertimbangkan parti dalam menghadapi PRU15," katanya.
Bagaimanapun, Loke berkata dia yakin segala kesukaran akan dapat diatasi dengan bantuan daripada Ong meskipun pemimpin DAP itu memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.
Katanya, Ong akan terus membantu parti dan akan memberi lebih masa untuk mencari calon yang bersesuaian dengan demografi Bangi.
"Kita akan terus mendapat pertolongan Ong untuk memastikan sesiapapun calon akan terus mendapat sokongan rakyat kerana (bagi kawasan parlimen Bangi yang tinggi jumlah pengundi) kita perlu masa (yang lebih) untuk calon bergerak dan mengenali kawasan ini, bukannya menunggu sehingga parlimen dibubarkan.
"Ini merupakan satu daripada faktor Ong mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding lebih awal supaya kita ada masa lebih panjang dalam mengenal pasti calon yang sesuai untuk kawasan Bangi," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/05/loke-tolak-khabar-angin-lebih-ramai-mp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 154 hits
KAJANG DAP akan bergantung kepada kepakaran veteran parti Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming untuk pilihan raya umum ke 15 sekalipun mereka membuat keputusan untuk tidak lagi aktif dalam arena politik Setiausaha Agung DAP L...
Tiada Kerjasama Dengan Pas Di Terengganu Bn Tanding Semua Kerusi Pru15

Tiada Kerjasama Dengan Pas Di Terengganu Bn Tanding Semua Kerusi Pru15

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 242 hits
PETALING JAYA Umno Terengganu sudah memuktamadkan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke 15 dan akan meletakkan calon bertanding di semua 32 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri serta lapan...
Alibaba Rugi Rm113 Bilion Akibat Khabar Angin Penahanan Jack Ma

Alibaba Rugi Rm113 Bilion Akibat Khabar Angin Penahanan Jack Ma

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 115 hits
BEIJING Saham syarikat e Dagang Alibaba merudum 9 4 peratus Selasa lalu selepas laporan media menyatakan bahawa seorang individu dengan nama keluarga Ma ditahan oleh pihak berkuasa berhubung kesalahan berkaitan keselamatan negara lapor stes...
Mengenal Lebih Dekat Gagasan Persatuan Soekarno Lewat Kata Isme

Mengenal Lebih Dekat Gagasan Persatuan Soekarno Lewat Kata Isme

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 138 hits
Sedangkan menurut Peneliti Sigmaphi Reno Koconegoro kaum nasionalisme itu tidak menilai paham Islamisme menjadi rasis Tapi yang diajarkan Bung Karno gagasan Marxisme menjadi nasionalis islamisme
Apa Sudah Jadi Lebih 30 Ahli Parlimen Islam Kritik Perundangan Syariah

Apa Sudah Jadi Lebih 30 Ahli Parlimen Islam Kritik Perundangan Syariah

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 197 hits
Seramai 76 Ahli Parlimen PH Muda dan Pejuang yang terdiri daripada beragama Islam dan bukan Islam hari ini secara bersama mengkritik hukuman penjara dikenakan oleh Mahkamah Syariah terhadap bekas pemimpin NGO Bersih Maria Chin Abdullah Mari...
Jalur Tol Bsd Jakarta Terendam Banjir Pengendara Terjebak Macet Satu Jam Lebih

Jalur Tol Bsd Jakarta Terendam Banjir Pengendara Terjebak Macet Satu Jam Lebih

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 187 hits
Macet sudah sampai Rest Area tapi saat ini sudah mulai terurai dan bisa dilintasi hanya pada lajur tiga di kedua arahnya jelas dia
Lebih Baik Pulang Ke Pangkuan Umno Pemimpin Bersatu Sabah Diberitahu

Lebih Baik Pulang Ke Pangkuan Umno Pemimpin Bersatu Sabah Diberitahu

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 154 hits
Lebih baik pulang ke pangkuan Umno pemimpin Bersatu Sabah diberitahu Pemimpin Bersatu Sabah dilihat mempunyai masa depan lebih cerah dalam politik jika pulang ke pangkuan Umno Setiausaha Umno Sabah Jafry Ariffin berkata langkah itu lebih ba...
Fokus Pada Kerjaya Baru Yang Lebih Lumayan

Fokus Pada Kerjaya Baru Yang Lebih Lumayan

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 233 hits
Artikel kali ini akan membincangkan secara ringkas kepentingan menjadi dealer atau consultant bertauliah bertaraf antarabangsa PERLUKAH MENJADI DEALER SEBENARNYA Ini antara soalan lazim yang sentiasa saya terima Rata rata bertanyakan perbez...
Emas Terdedah Untuk Jatuh Lebih Mendalam

Emas Terdedah Untuk Jatuh Lebih Mendalam

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 198 hits
Emas Mencapai Tahap Permintaan Harga emas mencatatkan pergerakan menurun yang kukuh Selagi ia kekal di bawah garis aliran menurun XAU USD boleh meneruskan kejatuhannya Namun dalam jangka pendek Emas mencapai 1 875 bekas tinggi yang mewakili...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation