Pru 15 Bersatu Sedia Bertanding Semua Kerusi Jika Umno Tidak Mahu Bertoleransi


 

PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan bahawa parti itu sedia bertanding semua kerusi sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi dalam perkara berkenaan.
Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau berkata, dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 yang belum selesai, setiap pihak perlu bersatu tanpa mengira ideologi politik dan sepatutnya memberikan fokus kepada usaha kerajaan dalam mewujudkan imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
“Oleh yang demikian, segala bentuk provokasi dan cubaan mengganggu-gugat kestabilan politik di negara ini perlulah dihentikan.
“Sesungguhnya Srikandi Bersatu akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri untuk mendepani PRU-15 kelak dan sedia bertanding semua kerusi sekiranya UMNO tidak mahu toleransi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebulat sua­ra memberikan mandat kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tempoh kepada parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sekiranya PN tidak membubarkan Parlimen sebelum atau selepas tempoh darurat 1 Ogos ini, UMNO akan menarik diri daripada menyokong kerajaan sedia ada yang merupakan tambahan daripada usul yang dikemukakan iaitu tidak bekerjsama dengan Bersatu pada PRU-15.
Rina berkata, ketika negara dilanda krisis pandemik, situasi politik yang sihat, mencipta rasa keamanan dan keharmonian kepada rakyat amatlah penting dalam memastikan ketenteraman dan kestabilan ekonomi terpelihara.
Katanya, kehidupan rakyat di negara ini sudah cukup terkesan dengan pandemik, justeru, sebagai ahli politik yang diberikan mandat oleh rakyat, beliau dan semua ahli Srikandi Bersatu akan sentiasa mendengar keluh kesah rakyat di akar umbi dan bukannya menambahkan lagi kegelisahan mereka.
Kerajaan PN di bawah kepimpinan Muhyiddin, jelas beliau, akan terus komited dalam memberikan sepenuh tumpuan kepada keselamatan rakyat, kesihatan awam dan pertumbuhan ekonomi ke arah Malaysia yang sejahtera.
“Ini adalah masanya untuk mendahulukan kepentingan rakyat, terutamanya dalam melaksanakan pelbagai inisiatif ransangan ekonomi yang telah diumumkan untuk kebajikan rakyat.
“Srikandi Bersatu berpegang kukuh menjunjung prinsip-prinsip perjuangan parti yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara serta memacu pembangunan ekonomi mapan demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/pru-15-bersatu-sedia-bertanding-semua.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Ulang Enggan Kerjasama Dengan Bersatu Di Pru15 Muhyiddin Sedia Letak Calon Pn Di Semua Kerusi Parlimen

Umno Ulang Enggan Kerjasama Dengan Bersatu Di Pru15 Muhyiddin Sedia Letak Calon Pn Di Semua Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 290 hits
652 total views 652 views today Tekanan demi tekanan UMNO kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kerap berlaku lebih lebih lagi di musim Persidangan Agung UMNO yang sedang b...
Pru15 Umno Bertanding Di Kerusi Yang Penyandangnya Lompat Ke Bersatu

Pru15 Umno Bertanding Di Kerusi Yang Penyandangnya Lompat Ke Bersatu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 292 hits
FAZLI RADZIBekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa menegaskan parti itu perlu diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi atas tiket Umno tetapi penyandangnya kini sudah menyertai Bersatu Ahli Par...
Jika Umno Tetap Letak Calon Bersatu Sedia Pertahan Kerusi Disandang

Jika Umno Tetap Letak Calon Bersatu Sedia Pertahan Kerusi Disandang

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 243 hits
Bersatu sedia mempertahankan kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang disandang parti itu jika Umno kekal mahu meletakkan calon mereka pada PRU Ke 15 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof berkata parti itu tidak mempunyai...
Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 316 hits
freemalaysiatoday com March 28 2021 7 18 PMHasni Mohammad juga menggesa supaya autonomi diberikan kepada kepemimpinan negeri untuk menentukan pembahagian kerusi KUALA LUMPUR Ketua Umno Johor Hasni Mohammad berkata beliau sudah memberi amara...
Umno Tolak Rundingan Kerusi Dengan Bersatu Kata Tajuddin

Umno Tolak Rundingan Kerusi Dengan Bersatu Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 238 hits
March 16 2021 PENGARAH Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman menolak gesaan Azmin Ali untuk berunding mengenai kedudukan kerusi Parlimen yang asalnya dimenangi parti itu tetapi kini disandang oleh Bersatu Pendirian Umno ialah mengambil se...
Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 260 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah sedia berbincang dengan sekutunya dalam Gabungan Rakyat Sabah berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum ke 15 termasuk kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14 Walaupun Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan p...
Annuar Musa Yakin Gandingan Umno Bersatu Dan Pas Boleh Menang 149 Kerusi Parlimen

Annuar Musa Yakin Gandingan Umno Bersatu Dan Pas Boleh Menang 149 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 292 hits
Gandingan UMNO Parti Pribumi Bersati Malaysia dan Pas mampu memenangi 149 kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Keyakinan itu disuarakan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa sekiranya ketiga tig...
Rundingan Pkr Umno Untuk Rampas Kerusi Bersatu Menuju Ke Putrajaya

Rundingan Pkr Umno Untuk Rampas Kerusi Bersatu Menuju Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 239 hits
puteradaily comTidak banyak yang diketahui mengenai rundingan tidak rasmi yang berlangsung di antara PKR dengan Umno setakat ini Malah beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno yang dihubungi Malaysiakini tidak mengetahui apa apa mengenai rund...
Tidak Ada Pertembungan Kerusi Antara Umno Bersatu Dalam Pru15 Bung Moktar

Tidak Ada Pertembungan Kerusi Antara Umno Bersatu Dalam Pru15 Bung Moktar

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 283 hits
SEMPORNA Pergolakan politik antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berlaku di semenanjung Malaysia tidak memberi kesan kepada keadaan politik di Sabah Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Mente...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi