Rundingan Pkr Umno Untuk Rampas Kerusi Bersatu Menuju Ke Putrajaya


puteradaily.com
March 20, 2021 12:00 pm

Tidak banyak yang diketahui mengenai rundingan tidak rasmi yang berlangsung di antara PKR dengan Umno setakat ini. Malah beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno yang dihubungi Malaysiakini tidak mengetahui apa-apa mengenai rundingan berkenaan.

Di sebalik sedikit butiran yang diketahui di sana sini, bagaimanapun sumber dari PKR memberikan bayangan rundingan tersebut bermatlamatkan satu perkara.

Menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang kedua-dua parti dikatakan mencari titik persefahaman bagi mengelakkan bertembung di antara satu sama lain di kerusi yang sedang diwakili Bersatu.

“Sudah pasti ini dibuat untuk mencari jalan agar tiada pertembungan (di kerusi Bersatu),”

Dua sumber lain dari parti itu turut memberi bayangan serupa.

Ketika ini daripada 31 ahli parlimen Bersatu, 25 daripadanya berasal dari parti lain, termasuk 15 yang memenangi kerusi mereka atas tiket Umno/BN.

Sepuluh lagi merupakan calon PKR/Pakatan Harapan (PH) yang kemudian berpaling tadah.

Ada dua lagi ahli parlimen yang memenangi kerusi mereka dalam PRU ke-14 lalu menggunakan lambang PKR namun kini menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Macam-macam boleh berlaku

Jika Umno dan PKR dapat mengelak daripada bertembung di antara satu sama lain di kawasan Bersatu, peluang untuk mereka merampas kembali kerusi tersebut akan menjadi lebih cerah.

Ia sekali gus menyukarkan Bersatu mempertahankan kerusi mereka.

Namun setakat ini tidak dapat dipastikan persefahaman sebegitu akan diperluas ke kerusi yang sedang diwakili PKR dan Umno, termasuk bagi kawasan parlimen Johor Bahru dan Tangga Batu.

Kedua-dua kerusi tersebut asalnya memang kawasan Umno namun dimenangi PKR dalam PRU lalu.

Jika ia disepakati dan dengan andaian kedua-dua parti menguasai semula kerusi yang dimenangi mereka dalam PRU 2018 dan sebelum berlakunya ahli parlimen melompat keluar, PKR akan memiliki 47 kerusi manakala Umno 53 kerusi.

Namun ada satu masalah. Menurut sumber PH, mandat yang diberikan kepada PKR untuk berunding dengan Umno hanya terhad kepada kerjasama bagi mendapatkan semula Putrajaya pada waktu sekarang, bukannya untuk PRU ke-15.

Pendirian PH setakat ini (mengenai rundingan dengan Umno) ialah, ia tidak membabitkan kerjasama pada PRU akan datang,” kata sumber itu.

Hal itu turut ditegaskan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

“Untuk rundingan dengan parti lain (syarat Majlis Presiden PH) ialah mengembalikan mandat rakyat, ia tidak termasuk PRU ke-15,” katanya semasa dihubungi.

Bagaimanapun Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menjangkakan pada PRU akan datang – yang mesti diadakan suku kedua selewat-lewatnya 2023 – tiada parti tunggal dapat menguasai majoriti di parlimen.

Justeru apa saja kemungkinan boleh berlaku.

“Jika tiada pemenang yang jelas dalam PRU akan datang, anda perlu memikirkan bagaimana untuk membentuk rakan kongsi baru, gabungan baru, dan ia hanya berlaku selepas PRU,” katanya.

Beberapa pemimpin PH seperti Loke dan Salahuddin juga menegaskan kerjasama tersebut mestilah tidak membabitkan pemimpin “korup” dalam Umno seperti presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi.

Namun dipercayai kumpulan Umno terbabit – dilabel sebagai kluster mahkamah – adalah pihak yang sedang dirundingi oleh PKR dan Anwar Ibrahim.

Berita penuh | MKEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/rundingan-pkr-umno-untuk-rampas-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tolak Rundingan Kerusi Dengan Bersatu Kata Tajuddin

Umno Tolak Rundingan Kerusi Dengan Bersatu Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 256 hits
March 16 2021 PENGARAH Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman menolak gesaan Azmin Ali untuk berunding mengenai kedudukan kerusi Parlimen yang asalnya dimenangi parti itu tetapi kini disandang oleh Bersatu Pendirian Umno ialah mengambil se...
Gagal Selesaikan Rundingan Kerusi Dengan Pas Bersatu Kelantan Serah Pada Pusat Untuk Putuskan

Gagal Selesaikan Rundingan Kerusi Dengan Pas Bersatu Kelantan Serah Pada Pusat Untuk Putuskan

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 347 hits
March 20 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kelantan menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada pucuk tertinggi bagi menentukan jumlah agihan kerusi kepada parti itu di negeri ini untuk Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusinya Datuk Kamarudin Md Nor ...
Umno Tidak Sebulat Suara Sokong Anwar Punca Ph Gagal Rampas Putrajaya Kata Khalid

Umno Tidak Sebulat Suara Sokong Anwar Punca Ph Gagal Rampas Putrajaya Kata Khalid

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 322 hits
Adam Abu BakarSHAH ALAM Tindakan pemimpin Umno yang tidak sebulat suara dalam menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan hasrat Pakatan Harapan menawan Putrajaya kembali sepertimana diumumkan presiden PKR sebelum ...
Without A Dowry Umno Unlikely To Rebound With Pkr After Bersatu Breakup

Without A Dowry Umno Unlikely To Rebound With Pkr After Bersatu Breakup

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 262 hits
Umno at its general assembly this weekend is all but set to officially sever its ties with Bersatu for the next general election At the same time PKR president Anwar Ibrahim has been having informal discussions with Umno largely believed to...
Pkr Sources Hint Umno Talks Aimed At Taking Back Bersatu Seats

Pkr Sources Hint Umno Talks Aimed At Taking Back Bersatu Seats

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 392 hits
PKR s unofficial talks with Umno have been shrouded in secrecy with even Umno supreme council members Malaysiakini spoke to in the dark over what has been discussed While scarce details have led to rife speculation several PKR sources have ...
Annuar Musa Yakin Gandingan Umno Bersatu Dan Pas Boleh Menang 149 Kerusi Parlimen

Annuar Musa Yakin Gandingan Umno Bersatu Dan Pas Boleh Menang 149 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 324 hits
Gandingan UMNO Parti Pribumi Bersati Malaysia dan Pas mampu memenangi 149 kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Keyakinan itu disuarakan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa sekiranya ketiga tig...
Rundingan Kerusi Dalam Ph Sudah Bermula Tak Tolak Kerjasama Umno

Rundingan Kerusi Dalam Ph Sudah Bermula Tak Tolak Kerjasama Umno

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 226 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Mar 2021 2 01 pmPH telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRU akan datang kata pengerusinya Anwar Ibrahim Menurut Anwar PH turut mengambil kira kerusi untuk parti parti sekutu lain termasuk cad...
Rundingan Pkr Dengan Umno Saya Tidak Tahu Mohamad Hasan

Rundingan Pkr Dengan Umno Saya Tidak Tahu Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 232 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tidak tahu menahu wujudnya perbincangan antara parti itu bersama PKR bagi membentuk jalinan kerjasama baharu pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Malah ujarnya beliau tidak dimaklumkan ...
Awani Ringkas Rundingan Umno Pkr Langgar Prinsip No Anwar No Dap

Awani Ringkas Rundingan Umno Pkr Langgar Prinsip No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 398 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

5 Perusahaan Pialang Berjangka Resmi Memiliki Kantor Di Pontianak

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman