Pru 15 Awal Agenda Pau
JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjadi agenda Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung minggu ini, berikutan kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menjadi faktor lonjakan desakan supaya Perdana Menteri segera membubarkan Parlimen.
Sumber UMNO memberitahu Utusan Malaysia, ia bagi mengekalkan momentum BN untuk mentadbir negara tanpa kerjasama daripada mana-mana parti lain di samping menjadi kerajaan lebih stabil dan utuh.
Menurut sumber itu, pelaksanaan PRU15 lebih awal juga perlu bagi mengambil kesempatan terhadap perpecahan berlaku dalam kalangan pembangkang, yang dilihat kini gagal mewujudkan satu ‘khemah besar’.
“Di Johor, pembangkang gagal mewujudkan khemah besar. Oleh kerana perpecahan itu, banyak undi berpihak kepada BN. Jika kita lambat membuat gerakan, BN mungkin ‘terduduk’ sekali lagi seperti PRU14.
“Jadi, dengan momentum yang ada sekarang, daripada Melaka, Sarawak, dan Johor, BN perlu terus bergerak dan PRU perlu diadakan awal,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada PRN Johor, BN meraih kemenangan majoriti dua pertiga sekali gus mampu bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh di negeri itu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan rasmi berkata, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi, manakala PKR hanya menang satu daripada 20 kerusi yang ditandingi.
Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Pas dan Gerakan pula menang tiga daripada 56 kerusi yang ditandingi gabungan itu.
Sementara itu, parti Muda pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga hanya memenangi satu kerusi iaitu DUN Puteri Wangsa.
Selain itu, Parti Warisan yang melebarkan sayap ke Semenanjung pula gagal memenangi mana-mana kerusi DUN.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, jika mengikut kiraan undi PRN Johor, BN masih dilihat ‘tidak selamat’ kerana parti itu akan kalah sekiranya Perikatan Nasional (PN) bertindak bekerjasama dengan pembangkang dalam khemah besar.
“Saingan kalau kita lihat bukan antara BN dan Pakatan Harapan (PH), tetapi lebih kepada BN dan PN. Walaupun mereka hanya menang tiga kerusi, namun dari segi kiraan undi, parti itu memberi persaingan yang sengit kepada BN,” ujarnya.
Justeru, masa yang terbaik mengadakan PRU15 adalah antara Mei ke Julai tahun ini.-UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor
MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh
PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan
‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor
Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven
Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]
The post PRU-15 awal agenda PAU appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/14/pru-15-awal-agenda-pau/