Mat Hasan Nak Jadi Pm Pentingkan Agenda Peribadi Sebab Itu Desak Pru Awal


agendaily.com17/3/2022
Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz.Bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri menjadi punca Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan terburu-buru menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Pemimpin veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz membidas Mohamad yang membuat gesaan supaya PRU-15 disegerakan semasa ucapan perasmian sayap UMNO semalam dengan menyifatkannya sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan soal rakyat yang sudah dibebani pelbagai kesempitan hidup ketika ini.

“Kalau kita buat macam itu (bubarkan Parlimen), kita dilihat mementingkan parti, bukan rakyat. Nampak sangat masa ini dia (Mohamad) hanya fikirkan diri dia.

“Dia hendak tanding Parlimen, kalau menang dia jadi perdana menteri, itu kepentingan dia,” katanya dipetik laporan portal.

Nazri berkata UMNO jangan terlalu yakin mampu menang besar seperti yang berlaku di Melaka dan Johor sebelum ini kerana jika berlaku pertembungan satu lawan satu dengan pembangkang ia pasti akan sukar buat mereka untuk mengulangi pencapaian sama pada PRU-15 nanti.

“Mereka sudah tahu kalau dia (pembangkang) berpecah akan kalah, maka lepas ini mereka akan duduk berbincang dan bahagikan kerusi betul-betul, seperti yang dibuat pada PRU14.

“Kalau bertembung one-on-one, kita (Barisan Nasional) akan kalah,” katanya.

Semalam, Mohamad dalam ucapannya dengan penuh yakin berkata UMNO akan kembali berkuasa dan kembali menjadi dominan sekiranya PRU-15, ia mengambilkira keputusan PRN Melaka, Sarawak dan Johor yang menyaksikan pembangkang kalah teruk.

Menguatkan hujah UMNO semakin kuat, Mohamad juga berkata semua parti lain kini berada dalam keadaan lemah dan tidak sekuat mereka, ia sekaligus memberi keyakinan untuk merampas semua kerusi yang mereka tewas semasa PRU-14 lalu.

“PKR kalah semua kerusi yang mereka tandingi di (Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan memenangi hanya satu kerusi di (PRN) Johor. DAP kehilangan banyak kerusi di Melaka dan kalah hampir semua kerusi ditandingi di Sarawak. Di Johor pula, mereka hanya memenangi 10 daripada 14 kerusi.

“Perikatan Nasional (PN) pula dalam semua PRN, hanya bergantung kepada jentera PAS dan tidak menjadi pesaing handal lagi digeruni. Di Johor, PN sudah kita jinakkan dengan hanya menang tiga kerusi,” katanya semasa berucap di PWTC semalam.

Ujarnya lagi, UMNO perlu mengambil kesempatan daripada perpecahan parti pembangkang yang tidak ada persefahaman dan langkah mengadakan PRU-15 lebih awal akan memberikan banyak kelebihan kepada mereka.

“Semua berlumba dengan cita-cita sendiri. Semua ghairah bertanding tanpa mengukur keupayaan sebenar. Ada yang tidak punya ‘struktur’.

“Hanya berpaut pada seorang dua personaliti, itu pun tanpa pengalaman. Tanpa kesatuan, mereka tidak boleh mengalahkan kita. Ketidaksepaduan pembangkang adalah strategik kepada UMNO,” katanya lagi.

Mohamad menegaskan UMNO tidak boleh menunggu lebih lama untuk mengadakan PRU-15 kerana ia kelak akan menyebabkan kemarahan rakyat semakin membuak-buak.

“Keempat, prestasi sebagai kerajaan sangat bergantung kepada pelbagai faktor dalam dan luaran. Dengan memuncaknya krisis Ukraine dan Russia, tergugatnya ‘Europe security order’, ketidakpastian mengenai kemungkinan adanya ancaman pandemik baru, ketegangan hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China serta pembukaan perlahan sempadan sehingga menjejaskan ‘global supply chain’, prestasi ekonomi Malaysia sangat terdedah kepada semua kegawatan ini.

“Harga barang juga semakin naik mendadak, tidak terkawal dan tidak masuk akal. Kemarahan rakyat membuak-buak. Semakin lama dibiarkan, semakin ramai yang akan mengkambinghitamkan UMNO dan BN,” katanya lagi.

Menyedari kemenangan bergaya UMNO dalam beberapa siri PRN yang diadakan, Mohamad berkata momentum perlu diteruskan dan yakin kemenangan besar bakal memihak kepada mereka.

“Apakah dengan menangguhkan PRU, BN akan berada dalam keadaan yang lebih selesa untuk menang? Jika demikian, apakah rumus untuk perkara sedemikian berlaku?.

“Momentum apa lagi BN perlu tunggu untuk menghadapi pilihan raya apabila ‘the feel-good feeling’ terhadap kerajaan waktu ini sudah mula beransur pudar? Apakah jaminan CSA dan MOU yang kita meterai sekarang ini akan terus bertahan dalam keadaan politik yang sangat dinamik ini?” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad tidak menyentuh berhubung kos untuk mengadakan PRU-15 yang dijangka menelan ratusan juta duit rakyat yang terpaksa digunakan demi semata-mata kepentingan politik kumpulan tertentu.

Untuk rekod, pada PRU-14 sebanyak RM500 juta dibelanjakan dan dianggarkan sekiranya PRU mengejut diadakan berkemungkinan ia akan menelan kos sebanyak RM1.2 bilion.

Peningkatan kos mengadakan PRU-15 berbanding sebelum ini sememangnya sudah dijangka, ia mengambilkira pertambahan pengundi baharu dan juga disebabkan kos prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipraktikkan pada musim pandemik Covid-19 ketika ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/mat-hasan-nak-jadi-pm-pentingkan-agenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Letakkan Hasni Sebagai Mb Tanda Kegagalan Umno Lupakan Dulu Nak Desak Pru Segera

Gagal Letakkan Hasni Sebagai Mb Tanda Kegagalan Umno Lupakan Dulu Nak Desak Pru Segera

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 145 hits
Apa pun situasinya perkembangan mutakhir yang memperlihatkan Hasni Mohamad besar kemungkinan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor adalah suatu kegagalan buat UMNO Di sebalik Hasni diletakkan sebagai poster boy BN yang mana ia m...
Mat Hasan Ulangi Gesaan Pru Perlu Disegerakan Selepas Prn Johor

Mat Hasan Ulangi Gesaan Pru Perlu Disegerakan Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 160 hits
agendaily com6 3 2022Ahli Parlimen Pasir Salak membidas kenyataan Timbalan Presiden UMNO yang juga ADUN Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Rakyat hari ini 2 Mac 2022 Pilihan Raya Umum perlu diadakan dengan segera kata Datuk Seri Moham...
Apa Tujuan Presiden Umno Berterusan Desak Pru Awal Lagi

Apa Tujuan Presiden Umno Berterusan Desak Pru Awal Lagi

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 155 hits
agendaily com23 3 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan Selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2021 baru baru ini nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih tidak berhenti mener...
Pru 15 Awal Agenda Pau

Pru 15 Awal Agenda Pau

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 112 hits
JOHOR BAHRU Pilihan Raya Umum Ke 15 menjadi agenda Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini berikutan kemenangan selesa Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor yang menjadi faktor lonjakan desakan supaya Perdana Menteri segera membu...
Prn Johor Nasib Pakatan Harapan Mat Sabu Takut Nak Komen

Prn Johor Nasib Pakatan Harapan Mat Sabu Takut Nak Komen

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 175 hits
MUAR Pakatan Harapan tidak dapat menjangkakan keputusan bagi parti tersebut dalam Pilihan Raya Negeri Johor kerana disifatkan pilihan raya terpaksa Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata banyak pertembungan penjuru dan peratusan ...
Pru 15 Awal Kerjasama Dengan Pas Tumpuan Perhimpunan Agung Umno Esok

Pru 15 Awal Kerjasama Dengan Pas Tumpuan Perhimpunan Agung Umno Esok

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 173 hits
agendaily com15 3 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan bermula esok Prestasi yang dilakar UMNO dan Barisan Nasional serta hala tuju Muafakat Nasional yang dirintis bersama PAS dijangka akan menjadi antara isu yang diangkat perwakil...
Tak Ada Isu Nak Kena Riba Anak Waktu Drive Ibu Bapa Tunggal Kena Latih Anak Pakai Carseat Awal

Tak Ada Isu Nak Kena Riba Anak Waktu Drive Ibu Bapa Tunggal Kena Latih Anak Pakai Carseat Awal

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 161 hits
Bukan sekadar menyelamatkan nyawa anak bahkan pemakaian carseat kerusi keselamatan sebenarnya banyak memudahkan ibu dan ayah lebih lebih lagi pada ibu atau bapa tunggal Takkanlah nak beriba anak sambil drive kan Walau anak menangis perkenal...
Anak Ulang Ulang Benda Sama Itu Proses Nak Belajar Banyak Faedahnya Pakar Kongsikan

Anak Ulang Ulang Benda Sama Itu Proses Nak Belajar Banyak Faedahnya Pakar Kongsikan

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 197 hits
Perasan tak anak bila menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen mereka suka tengok benda yang sama berulang kali Kadang sampai ibu dan ayah pun dah boleh hafal setiap dialog yang dituturkan Nak ajar anak anak yang masih kecil pun sa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash