Provokasi Dr Mahathir Melayu Malas Sudah Tidak Relevan




Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu mengelak dari merendah-rendahkan orang Melayu dengan melabel mereka “malas” kerana ia akan menjadikan rakyat semakin terguris dan marah apabila dibandingkan dengan kaum-kaum lain, kata penganalisis.
Ini susulan pandangan Mahathir mengulangi pandangan mendakwa orang Melayu sebagai kaum yang tidak mahu kerja keras dan tidak mahu kerja susah, sewaktu menyampaikan amanatnya pada Kongres Maruah Melayu, di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, strategi politik Mahathir yang gemar memprovokasi kaum Melayu tidak relevan terutamanya ketika kongres yang menghimpunkan pemimpin pelbagai peringkat semalam.
“Strategi provokasi begini sudah tidak sesuai dan patut dihentikan kerana generasi baru kini jauh berbeza pemikiran dan gaya hidup mereka.
“Generasi kini sanggup melakukan beberapa kerja untuk menampung kehidupan harian mereka, dengan gaji minimum tidak mencukupi untuk mereka tampung kos keperluan asas,” katanya ketika dihubungi FMT.
Menerusi amanatnya semalam, Mahathir berkata hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya.
Jelasnya lagi, kerajaan dengan sendirinya walaupun dipimpin oleh Melayu, tidak boleh memulihkan maruah Melayu sekiranya kaum itu tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib mereka.
Malah ia bukan kali pertama Mahathir menggunakan ungkapan sedemikian untuk menaikkan semangat orang. Beliau pernah banyak kali merujuk kepada situasi sedemikian semasa menjadi perdana menteri dan presiden Umno dari 1981 hingga 2003.
Mengulas lanjut, Awang Azman menegaskan lebih baik sekiranya Mahathir memfokuskan kepada strategi mencapai resolusi-resolusi yang dibentangkan pada kongres tersebut.
“Seperti penciptaan dasar yang jauh lebih baik dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) hasil ciptaan Abdul Razak untuk ditinggalkan sebagai legasinya sebelum peralihan kuasa kepada perdana menteri kelapan.”
Bagaimanapun menurut pensyarah geostrategik Azmi Hassan, kenyataan bersifat provokasi seumpama itu sudah sinonim dengan keperibadian Mahathir, pengerusi PPBM setiap kali tokoh itu mahu memperbetulkan keadaan yang tidak disenanginya.
Jelasnya lagi, pihak penganjur kongres sendiri sudah pasti menjangkakan kenyataan sedemikian akan diulangi dalam ucapan perdana menteri itu.
“Saya tidak melihat kongres ini bertujuan untuk hina atau melemahkan Melayu kerana dari perbahasan tidak pula menjerumus kepada ucapan Mahathir.
“Kita tunggu dan perhati bahagian mana media dan masyarakat mahu ambil berat sama ada ungkapan lazim Mahathir atau pun perbahasan yang dibentangkan,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/07/provokasi-dr-mahathir-melayu-malas-sudah-tidak-relevan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Adalah Melayu Pemalas Yang Sebenarnya

Dr Mahathir Adalah Melayu Pemalas Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 365 hits
OSTB You never knew the right formula for everything You knew only somethings But until today you never understood business Or economics Or finance Or how to bring up the Malays If you keep insisting that the Malays are lazy it means it is ...
Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 529 hits
So why shout and scream that the Malays are failures because they do not have as much money as the non Malays Is a rich corrupt fasiq Malay better than a poor taqwa Malay Mahathir wants to see a Malay with quantity not a Malay with quality ...
Cina Ulas Melayu Maki Mahathir

Cina Ulas Melayu Maki Mahathir

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 420 hits
Oleh Adrian Lim Terkenang zaman kecil saya selalu tak buat homework tengok drama TV3 NTV7 Parents balik dari kerja memang saya kene rotan pakai kayu penyapu hos tak pun tali pinggang Tak percaya Tanyalah anak anak Cina lahir tahun 1980an 19...
Mahathir Adalah Penyumbang Terbesar Perpecahan Melayu

Mahathir Adalah Penyumbang Terbesar Perpecahan Melayu

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 490 hits
Antara perkara yang disentuh Tun Mahathir Mohamad dalam amanatnya di Kongres Maruah Melayu semalam adalah tentang perpecahan orang Melayu dalam politik Katanya oleh sebab politik Melayu sekarang ini berpecah kepada enam kumpulan tiada mana ...
Satu Demi Satu Melayu Akan Tinggalkan Bersatu Jika Mahathir Masih Angkuh Dan Denial Syndrome

Satu Demi Satu Melayu Akan Tinggalkan Bersatu Jika Mahathir Masih Angkuh Dan Denial Syndrome

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 353 hits
BERSATU sudah tidak relevan tidak perlu tiada keutamaan untuk bersama lagi dengan PH dan kerajaan sekarang kecuali demi perut masing UMNO juga tidak akan ke mana jika masih simpan pemimpin korup yang sedang dalam pertuduhan mahkamah Soal sa...
10 Sebab Kenapa Tun Mahathir Wajar Singkirkan Dap Dan Pkr Demi Maruah Melayu

10 Sebab Kenapa Tun Mahathir Wajar Singkirkan Dap Dan Pkr Demi Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 380 hits
Meneliti setiap patah kata yang keluar daripada ucapan perasmian Kongres Maruah Melayu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ternyata buat kesekian kalinya beliau menzahirkan keresahan dan kebimbangan terhadap maruah orang Melayu yan...
Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 475 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau telah dinasihati oleh beberapa orang supaya tidak hadir perjumpaan Kongres Maruah Melayu hari ini Sambil mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di hadapan kumpulan orang Melayu perd...
Bukan Hanya Melayu Yang Lupa Mahathir Lupa Juga

Bukan Hanya Melayu Yang Lupa Mahathir Lupa Juga

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 478 hits
Syed Husin Ali kata dia tidak percaya kepada Dr Mahathir nak serahkan jawatan PM kepada Anwar seprrti dikondensuskan Katanya Dr Mahathir buat keputusan lain daripada yang dibincangkan Dia tidak boleh dipercayai dia akan buat lain dari keput...
Kongres Maruah Melayu Manifestasi Kegagalan Mahathir Ezam

Kongres Maruah Melayu Manifestasi Kegagalan Mahathir Ezam

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 527 hits
MALAYSIAKINI Bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor meminta para pemimpin khususnya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk berhenti menjadi munafik dan hipokrit Katanya selepas lebih 50 tahun merdeka dengan negara sepanjang masa di...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye