Mahathir Adalah Penyumbang Terbesar Perpecahan Melayu




Antara perkara yang disentuh Tun Mahathir Mohamad dalam amanatnya di Kongres Maruah Melayu semalam adalah tentang perpecahan orang Melayu dalam politik.Katanya, oleh sebab politik Melayu sekarang ini berpecah kepada enam kumpulan, tiada mana-mana parti mampu mendapat sokongan melebihi 50 peratus.Akibatnya, tambah beliau, mereka terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk mendapatkan kemenangan.“Kita sendiri lakukan perpecahan. Apabila ini berlaku kita menjadi kumpulan kecil dan berlawan sesama sendiri, maka kita terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan kemenangan.“Kalau bergantung kepada orang lain, sedikit sebanyak kita terhutang budi kepada mereka,” katanya.Sehubungan itu jugalah Tun Mahathir mengakui kerajaan sekarang tidak lagi kuat kemelayuannya berbanding BN sebelum ini.“Kalau dahulu kita boleh harap kerana kerajaan dipimpin oleh orang Melayu, memang kuat.“Sekarang tidak kuat kerana mahu tidak mahu, kita kena ambil kira perasaan orang lain,” tambahnya lagi.Siapakah yang bersalah dalam konteks perpecahan orang Melayu dalam politik ini?Jika diimbas kembali, berbanding tangan mana-mana Perdana Menteri, di tangan Tun Mahathirlah sebenarnya orang Melayu paling banyak berpecah.Perpecahan pertama ialah selepas pemilihan UMNO 1987 yang menyaksikan Tun Mahathir menang bagi jawatan Presiden UMNO dengan kelebihan hanya 43 undi berbanding pencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah.Akibat pertikaian mengenai keputusan itu kemudiannya di bawa ke mahkamah dan UMNO seterusnya diisytiharkan haram pada 1988, Tun Mahathir lantas menubuhkan UMNO Baru dengan larangan kepada semua pengikut Tengku Razaleigh daripada menyertainya.Disebabkan tidak dibenarkan menyertai UMNO Baru, Tengku Razaleigh telah menubuhkan Semangat 46 bagi meneruskan perjuangan politiknya bersama penyokong-penyokongnya.Lantaran tidak setuju dengan Tun Mahathir, dua bekas Presiden UMNO yang masih hidup ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein Onn memilih untuk tidak menyertai UMNO Baru dan kedua-dua negarawan itu akhirnya meninggal dunia di luar UMNO.Itulah perpecahan pertama orang Melayu yang dilakukan oleh Tun Mahathir kerana tidak membenarkan orang Melayu yang tidak menyokongnya daripada menjadi ahli UMNO Baru tajaannya.Pada 1996, Tun Mahathir secara tiba-tiba berdamai dengan Tengku Razaleigh dengan mengajak beliau serta pengikutnyan secara beramai-ramai kembali menyertai UMNO.Pada awalnya, langkah itu dilihat sebagai keikhlasan Tun Mahathir untuk menyatukan orang-orang Melayu, tetapi ternyata kemudian ia adalah helahnya untuk memudahkan tindakan memecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998.Dalam perkiraan Tun Mahathir, jika beliau memecat Anwar dalam keadaan Semangat 46 masih wujud dan mungkin menyebabkan Anwar bergabung dengan Tengku Razaleigh menentangnya, ia mungkin mendatangkan masalah yang terkawal baginya.Maka itulah sebelum memecat Anwar, Ku Li diajaknya menyertai UMNO dan Semangat 46 mesti dibubarkan terlebih dahulu.Hasil daripada pemecatan Anwar itulah tertubuhnya PKR dan bangkitnya semangat reformasi dalam negara ini.Selepas perpecahan pertama yang menyebabkan wujudnya Semangat 46 dan kemudian ditautkan kembali pada 1996, tetapi perpecahan kali kedua orang Melayu pada 1998 yang berpunca daripada tangan Tun Mahathir memecat Anwar demi mengekalkan kuasa, ternyata lebih besar dan berlarut-larutan lagi.Walaupun dengan memecat Anwar itu, Tun Mahathir dapat mengekalkan kuasa Perdana Menterinya sehingga bersara pada 2003, perpecahan Melayu yang disertai dengan kegigihan Anwar bersama PKR dan Pakatan Rakyat telah berjaya menolak BN hingga ke dinding dengan kehilangan majoriti dua pertiga BN pada PRU 2008, hilang undi popular pada 2013 dan seterusnya tumbang kepada PH pada PRU 2018.Jika tanpa perpecahan yang disebabkan oleh tangan Tun Mahathir, BN dengan kerajaan majoriti Melayu mungkin masih kekal sehingga ke hari ini.Perpecahan ketiga yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah dengan menubuhkan Bersatu bagi menumbangkan UMNO dan BN pada 2016 lalu.Meskipun tindakan beliau menubuhkan Bersatu dan bergabung dengan PH untuk menumbangkan BN disertai dengan alasan-alasan yang boleh diterima berdasarkan situasi ketika itu, realitinya menubuhkan satu lagi parti Melayu adalah suatu tindakan memecah-belahkan komuniti itu.Sementara diakui ada perpecahan lain seperti Amanah yang lahir daripada Pas atau Pas yang lahir daripada UMNO sebelum itu misalnya, realiti berpecahnya orang Melayu di era Tun Mahathir dan oleh perbuatan tangannya sendiri adalah yang paling memberi kesan serta memudaratkan sekali.Maka, jika hari ini Tun Mahathir berasa kesal dengan perpecahan orang Melayu sehingga terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk menang pilihanraya, salahnya ialah beliau sendiri.Pernahkah Tun Mahathir insaf dan kesal?Kalau dalam masa-masa terdekat ini, beliau bercakap lagi tentang perpaduan Melayu, niat dan tujuannya belum tentu ikhlas dan benar-benar ke arah ituTidak mustahil, seperti mana tiga perpecahan Melayu yang dilakukannya sebelum ini, perpaduan Melayu kali ini juga adalah sandiwara yang bermotif politik untuk mengekalkan kuasa, menaikkan pemimpin pilihan dan memungkiri janji peralihan serta akhirnya menyebabkan orang Melayu bakal berpecah sekali lagi.Setelah agenda yang diingininya ity tercapai nanti, Melayu tetap begitu juga.Apakah kita mahu tertipu lagi? (Shahbudindotcom 07/10/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/mahathir-adalah-penyumbang-terbesar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perpecahan Orang Melayu Menyebabkan Mereka Dipandang Rendah Bangsa Lain Tun Mahathir

Perpecahan Orang Melayu Menyebabkan Mereka Dipandang Rendah Bangsa Lain Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 353 hits
SHAH ALAM Orang Melayu sendiri yang menggadai kuasa yang diberikan sehingga akhirnya maruah mereka dipijak dan dipandang hina bangsa lain tegas Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata orang Melayu yang menjadi bangsa majoriti di neg...
Dr Mahathir Adalah Melayu Pemalas Yang Sebenarnya

Dr Mahathir Adalah Melayu Pemalas Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 353 hits
OSTB You never knew the right formula for everything You knew only somethings But until today you never understood business Or economics Or finance Or how to bring up the Malays If you keep insisting that the Malays are lazy it means it is ...
Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 516 hits
So why shout and scream that the Malays are failures because they do not have as much money as the non Malays Is a rich corrupt fasiq Malay better than a poor taqwa Malay Mahathir wants to see a Malay with quantity not a Malay with quality ...
Kongres Maruah Melayu Wayang Dr Mahathir Kata Khaled

Kongres Maruah Melayu Wayang Dr Mahathir Kata Khaled

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 266 hits
Kongres Maruah Melayu wayang Dr Mahathir kata Khaled Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 Oct 2019 11 37AM
Satu Demi Satu Melayu Akan Tinggalkan Bersatu Jika Mahathir Masih Angkuh Dan Denial Syndrome

Satu Demi Satu Melayu Akan Tinggalkan Bersatu Jika Mahathir Masih Angkuh Dan Denial Syndrome

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 346 hits
BERSATU sudah tidak relevan tidak perlu tiada keutamaan untuk bersama lagi dengan PH dan kerajaan sekarang kecuali demi perut masing UMNO juga tidak akan ke mana jika masih simpan pemimpin korup yang sedang dalam pertuduhan mahkamah Soal sa...
10 Sebab Kenapa Tun Mahathir Wajar Singkirkan Dap Dan Pkr Demi Maruah Melayu

10 Sebab Kenapa Tun Mahathir Wajar Singkirkan Dap Dan Pkr Demi Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 371 hits
Meneliti setiap patah kata yang keluar daripada ucapan perasmian Kongres Maruah Melayu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ternyata buat kesekian kalinya beliau menzahirkan keresahan dan kebimbangan terhadap maruah orang Melayu yan...
Cina Ulas Melayu Maki Mahathir

Cina Ulas Melayu Maki Mahathir

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 406 hits
Oleh Adrian Lim Terkenang zaman kecil saya selalu tak buat homework tengok drama TV3 NTV7 Parents balik dari kerja memang saya kene rotan pakai kayu penyapu hos tak pun tali pinggang Tak percaya Tanyalah anak anak Cina lahir tahun 1980an 19...
Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 465 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau telah dinasihati oleh beberapa orang supaya tidak hadir perjumpaan Kongres Maruah Melayu hari ini Sambil mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di hadapan kumpulan orang Melayu perd...
Bukan Hanya Melayu Yang Lupa Mahathir Lupa Juga

Bukan Hanya Melayu Yang Lupa Mahathir Lupa Juga

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 462 hits
Syed Husin Ali kata dia tidak percaya kepada Dr Mahathir nak serahkan jawatan PM kepada Anwar seprrti dikondensuskan Katanya Dr Mahathir buat keputusan lain daripada yang dibincangkan Dia tidak boleh dipercayai dia akan buat lain dari keput...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri