Proton E Mas 5 Boleh Mula Ditempah Bermula 4 Oktober Ini


Proton e.MAS 5 Boleh Mula Ditempah Bermula 4 Oktober Ini
Shah Alam, 2 Oktober 2025 – Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh PROTON, mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton e.MAS 5 serba baharu, kereta elektrik (EV) paling mampu milik di Malaysia, akan dibuka secara rasmi pada hari Sabtu, 4 Oktober 2025 menerusi acara siaran langsung khas yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam.
 
Dikendalikan oleh pempengaruh Boss James, seorang usahawan terkemuka yang cukup dikenali dalam industri automotif, bersama Norreen Iman, pelakon terkenal Malaysia, sesi ini akan menampilkan segmen interaktif, demonstrasi produk secara langsung serta perkongsian pengalaman EV bersama pakar automotif.
 
Detik paling ditunggu-tunggu akhirnya tiba, iaitu pendedahan harga anggaran kereta ini! Acara siaran langsung “Open for Booking” boleh ditonton di semua saluran rasmi media sosial Proton e.MAS serta platform sosial pempengaruh, pakar teknologi dan automotif bagi membolehkan lebih ramai penonton menyaksikan dan berinteraksi secara langsung.
 
Direka sebagai sebuah EV untuk semua rakyat Malaysia, Proton e.MAS 5 menggabungkan nilai mampu milik dengan kepraktisan, menjadikan elektrifikasi lebih mudah diakses. Walaupun bersaiz kompak dalam segmen B, ia menawarkan keluasan setaraf kereta segmen C, memastikan keluarga, rakan-rakan dan penumpang menikmati perjalanan yang selesa. Sememangnya, e.MAS 5 adalah cara pemanduan yang lebih pintar, bersih dan praktikal.
 
“Proton e.MAS 5 ialah hatchback elektrik kompak pertama yang direka khusus untuk jalan raya dan gaya hidup rakyat Malaysia,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Sejak penampilannya di MARii Autoshow 2025, diikuti siri jelajah e.MAS Tour MISI 5, kempen Electrify Your Life, serta perarakan Hari Kebangsaan, Proton e.MAS 5 telah diperkenalkan kepada lebih tiga juta rakyat Malaysia dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. Maklum balas pelanggan menjadi sebahagian penting dalam perjalanan ini, dan ia memberikan keyakinan kepada kami bahawa Proton e.MAS 5 akan menetapkan tanda aras baharu untuk mobiliti elektrik mampu milik di Malaysia.”
 
Saksikan siaran langsung Open for Booking di TikTok dan Facebook pada 4 Oktober dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam.
Bermula 4 Oktober, rakyat Malaysia boleh menempah Proton e.MAS 5 sama ada melalui pelancaran siaran langsung atau di mana-mana pengedar Proton e.MAS seluruh negara. Tempah e.MAS 5 anda dan nikmati ganjaran eksklusif tempahan awal termasuk rebat khas. Tawaran ini hanya sah untuk pendaftaran awal dalam jumlah yang terhad. Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami pada Sabtu, 4 Oktober jam 8 malam semasa kami mendedahkan lebih banyak kejutan yang pasti mengujakan!
 
TikTok: https://www.tiktok.com/@protonemasofficial     Facebook: https://www.facebook.com/ProtonEMASOfficial/   
Untuk maklumat terkini, info tempahan dan liputan langsung, layari laman web Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial) untuk maklumat lanjut.
The post Proton e.MAS 5 Boleh Mula Ditempah Bermula 4 Oktober Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/02/proton-e-mas-5-boleh-mula-ditempah-bermula-4-oktober-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laku Keras 1 607 Unit Proton E Mas 5 Ditempah Dalam 24 Jam Suv Elektrik Tempatan Raih Sambutan Luar Biasa

Laku Keras 1 607 Unit Proton E Mas 5 Ditempah Dalam 24 Jam Suv Elektrik Tempatan Raih Sambutan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 178 hits
Belum pun sempat seminggu diumumkan Proton e MAS 5 kereta elektrik kompak pertama keluaran tempatan mencipta fenomena apabila menerima 1 607 tempahan hanya dalam masa 24 jam selepas pelancarannya pada 4 Oktober lalu memetik Amanz SUV elektr...
Cip Mykad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September Kdn

Cip Mykad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September Kdn

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1075 hits
Cip MyKad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September KDN Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh menukar cip MyKad yang rosak secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 ini Menteri Dal...
Proton E Mas 5 Kini Dibuka Untuk Tempahan Ev Mampu Milik Sekitar Dari Rm60 000

Proton E Mas 5 Kini Dibuka Untuk Tempahan Ev Mampu Milik Sekitar Dari Rm60 000

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 155 hits
Proton hari ini rasmi membuka tempahan untuk Proton e MAS 5 model kenderaan elektrik pertama syarikat itu dalam segmen mampu milik dengan harga anggaran antara RM60 000 hingga RM80 000 Model ini ditawarkan dalam dua varian Prime dan Premium...
Proton E Mas 5 Harga Pilihan Warna Varian Spesifikasi

Proton E Mas 5 Harga Pilihan Warna Varian Spesifikasi

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 211 hits
Proton e MAS 5 2025 hadir sebagai revolusi terbaharu dalam dunia automotif Malaysia menawarkan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya yang lebih pintar cekap dan mesra alam Model SUV elektrik pertama Proton ini bukan sahaja tampil dengan ...
Semuanya Bermula Dari Diri Sendiri

Semuanya Bermula Dari Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 182 hits
03 Oktober 2025 Jumaat Tanggungjawab selepas berkahwin bukan sekadar di atas katil tetapi meliputi segala perkara dari A hingga Z yang perlu kau hadap tanpa skip Sekiranya kau tidak mampu menerima arahan dan mematuhi peraturan tak hairanlah...
Sri Pahang Kda Fc Perak Fc Digantung Tak Boleh Sertai Liga Malaysia

Sri Pahang Kda Fc Perak Fc Digantung Tak Boleh Sertai Liga Malaysia

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1676 hits
Sri Pahang KDA FC Perak FC Digantung Tak Boleh Sertai Liga Malaysia Tiga kelab yang pernah menjadi pasukan gergasi dalam saingan Liga Super sah digantung dan tidak boleh menyertai saingan Liga Malaysia Hukuman berkenaan diputuskan oleh Mala...
Senang Sedap Berbaloi Rahsia Memasak Juadah Makan Malam Bermula Jam 4 Petang Bersama Kimball

Senang Sedap Berbaloi Rahsia Memasak Juadah Makan Malam Bermula Jam 4 Petang Bersama Kimball

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 207 hits
Apabila jam menunjukkan ke angka 4 petang ramai ibu ibu di Malaysia sudah turun padang ke dapur untuk merancang hidangan makan malam sama ada untuk suami yang pulang dari kerja anak anak yang baru balik sekolah atau sekadar mengisi perut ke...
Pakar Australia Dakwa Ev China Boleh Diletupkan Secara Kawalan Jauh

Pakar Australia Dakwa Ev China Boleh Diletupkan Secara Kawalan Jauh

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1380 hits
Seorang pakar keselamatan siber dari Australia Alastair MacGibbon memberi amaran dengan dakwaan yang agak ekstrem bahawa jutaan peranti buatan China yang disambungkan ke internet di Australia termasuk kenderaan elektrik boleh menjadi bom ja...
Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 30 September Ini Metmalaysia

Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 30 September Ini Metmalaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 310 hits
Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 30 September Ini MetMalaysia Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 September ini dan berterusan sehingga November 2025 Jabatan Meteorologi Malaysia berkata permulaan fasa ini menandakan berakh...
Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Analysts Warn Harapan S Seat Push May Strain Sabah Unity Bloc

Bounty For Indira S Ex Hubby Suspected Of Under Extremist Religious Groups Protection Raised To Rm50k

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Kelantan Pasangan Kekasih Mengaku Tak Salah Rompak Barang Kemas Rm5 76 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


48 Peserta Berentap Dalam Physical Asia Wakil Asia Berentap Demi Negara

Picnic Pages November Ini

Doa Dari Surah At Taubah Terhindar Dari Dukacita

Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis Warisan Ibu Paling Wangi Lembut

Monolog Khas Jumaat Doa Buat Insan Yang Selalu Ada

Perbincangan Awal Bagi Membina Laluan Tambahan Projek Laluan Rel Pantai Timur Di Pahang Sudah Dimulakan