Senang Sedap Berbaloi Rahsia Memasak Juadah Makan Malam Bermula Jam 4 Petang Bersama Kimball


Apabila jam menunjukkan ke angka 4 petang, ramai ibu-ibu di Malaysia sudah ‘turun padang’ ke dapur untuk merancang hidangan makan malam, sama ada untuk suami yang pulang dari kerja, anak-anak yang baru balik sekolah atau sekadar mengisi perut keluarga dengan hidangan panas yang membangkit selera. Jadi, bila jarum jam mencecah angka 4, tanyalah diri sendiri, “Dah masak belum?” Kalau belum, jawapannya mudah saja kerana Kimball Jadikannya!
Kimball mahu jadikan jam 4 petang sebagai sesuatu yang ikonik iaitu waktu memasak bagi keluarga di Malaysia. sama ada anda mahukan lauk yang ringkas untuk makan malam, kudapan yang kreatif untuk anak-anak atau sajian pasta moden untuk hujung minggu, Kimball sentiasa ada untuk menjadikannya lebih mudah, sedap dan berbaloi.
Kimball, Solusi Dapur Keluarga Malaysia Menjadi satu jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia, Kimball bukan saja sekadar hadir dengan sos atau bahan masakan, malah kini menjadi solusi yang praktikal kepada para ibu yang mahu masak dengan cepat dan enak.

Dengan tagline ‘Kimball Jadikannya’, jenama ini memberi tiga nilai utama yang penting bagi keluarga moden iaitu:
Senang – mudah digunakan, ringkas dan menjimatkan masa Sedap – rasa Malaysia yang digemari seisi keluarga Berbaloi – harga mampu milik dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis hidangan Tidak kira sama ada anda seorang ibu yang bekerja, pasangan baru berkahwin atau individu yang baru belajar masak, Kimball mampu menjadikan setiap hidangan terasa istimewa.
Dapur Ceria Bersama Kimball
Tak tahu nak masak apa malam ni? Kimball bersama-sama Chef Asma dan Cik Piah dari Suria FM telah bergandingan dalam satu program memasak secara live di TikTok – Dapur Ceria yang pastinya memberi ilham kepada para ibu dengan 4 resipi yang sedap dan mudah untuk makan malam.
Ini antara 4 resipi yang Chef Asma tunjuk semasa live sesi pertama pada 8 September 2025. Anda boleh cuba sendiri resipi mudah ini di rumah!
Udang Masak 3 Rasa Bahan-bahan: 500 gram (20 ekor) udang sederhana – diperap dengan sedikit garam halus & serbuk kunyit 1 biji bawang besar merah – dipotong bulat 1 biji tomato – dipotong kiub besar 3 urat kacang panjang – dipotong serong 5 ulas bawang putih – dihiris nipis 1 biji cili merah – dipotong serong 5 sudu besar Kimball Sos Cili 3 sudu besar Kimball Sos Tiram 2 sudu besar Kimball Sos Tomato 2 sudu besar minyak masak Gula pasir secukup rasa Cara Memasak:  Perap udang bersama sedikit garam dan serbuk kunyit selama 15 minit. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang dan masak sehingga  bertukar kemerahan serta empuk. Masukkan Kimball Sos Cili, Kimball Sos Tiram dan Kimball Sos Tomato. Gaul hingga sebati dan rata.  Akhir sekali, masukkan kacang panjang, bawang besar, tomato serta sedikit gula mengikut citarasa.  Gaul rata seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.  Tip: Hidangan ini lebih enak jika dimasak sehingga kuahnya sedikit pekat dan berkilat.
Mac & Chick Kaw Special Bahan-bahan: 200 gram Kimball Macaroni 200 gram ayam kisar 1 tin Kimball Sos Tomato Cendawan 3 sudu besar Kimball Sos Cili 50 gram bawang besar holland – potong kiub 3 ulas bawang putih – cincang halus 2 sudu besar minyak masak Garam halus secukup rasa Lada sulah secukup rasa Bahan Topping: 250ml (1 cawan) susu cair 2 biji telur Cara Memasak: Rebus Kimball Macaroni selama 8 minit. Toskan dan ketepikan. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan ayam kisar, masak hingga kering dan empuk. Tambahkan Kimball Sos Tomato Cendawan dan Kimball Sos Cili. Gaul rata. Masukkan Kimball macaroni yang telah direbus, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya. Dalam mangkuk berasingan, pukul ringan susu cair bersama telur. Tuangkan ke atas campuran macaroni. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Bakar pada suhu 180°C selama 10 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Menariknya, setiap resipi menunjukkan betapa versatilnya sos Kimball dalam pelbagai gaya masakan, dari lauk tradisi sehingga ke hidangan moden.
Jangan Lepaskan Episod Kedua
Istimewa untuk anda yang mencari inspirasi masakan mudah setiap hari, episod kedua Dapur Ceria akan bersiaran secara langsung di TikTok pada 14 Oktober 2025 nanti. Jangan lepaskan peluang! Harap lepas tonton live ni, anda akan dapat idea untuk pilih menu apa yang nak dimasak untuk makan malam.
Di samping perkongsian resipi menarik, para penonton juga turut diberi tip masakan praktikal daripada Chef Asma dan celoteh mencuit hati bersama Cik Piah. Dapur Ceria bukan sekadar sesi masak-masak tetapi ia ibarat hiburan yang membuat anda terasa seolah-olah berada di dapur sendiri bersama mereka berdua.
Kimball Turun Padang – Dapur Ceria In-store Roadshow Tidak hanya di alam maya, Kimball juga akan mendekat para peminatnya secara fizikal melalui Dapur Ceria In-store Roadshow.

Menerusi roadshow ini, anda boleh mendapatkan promosi eksklusif bagi produk Kimball, serta menyertai pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan, sesuai untuk seisi keluarga.
Untuk jadual lengkap jelajah di lokasi berhampiran, anda hanya perlu ikuti akaun rasmi media sosial Kimball.
Kimball Jadikannya – Senang, Sedap, Berbaloi!
Jangan lupa tonton episod kedua Dapur Ceria dengan Chef Asma dan Cik Piah secara langsung di TikTok pada 14 Oktober 2025 ini dan sertai Dapur Ceria In-store Roadshow di lokasi yang terpilih. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa layari Facebook Kimball.
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/10/senang-sedap-berbaloi-rahsia-memasak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Rahsia Inti Sardin Power Untuk Sandwic Sedap Meleleh Confirm Jadi Favorite

Resipi Rahsia Inti Sardin Power Untuk Sandwic Sedap Meleleh Confirm Jadi Favorite

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 805 hits
Anda penggemar Sandwic Sardin tapi tak jumpa resipi inti yang mudah dan sedap Boleh cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni Beliau bermurah hati menunjukkan cara cara untuk menyediakan Sandwic Sardin yang sedap untuk dimakan sendiri S...
Garlic Butter Salmon Untuk Makan Malam

Garlic Butter Salmon Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 176 hits
Lama tak berkongsi resepi nbsp nbsp Ok Puan2 nbsp Chef Mirror kongsikan resepi salmon dinner kami malam tadi yang dimasak sempurna dengan sos mentega bawang putih yang berlemak dan harum menu mudah yang siap dalam kurang 20 minit Butter gun...
Tapau Soto Nasi Lemak Daun Pisang Untuk Makan Malam

Tapau Soto Nasi Lemak Daun Pisang Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1683 hits
Assalamualaikum WBT SEHARI sebelum jalan jalan ke Port Dickson masa cuti Maulidur Rasul kami tak keluar makan malam Ambil mood nak kemas luggage hehehehe PI minta Sk singgah Empire Wak Lan tapau Mihun Soto Lupa nak pesan mihun soto jangan l...
Keburukan Makan Jajan Sedap Sekejap Tapi

Keburukan Makan Jajan Sedap Sekejap Tapi

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 189 hits
Kadang bila tengok jajan kat kedai tu rasa macam semua nak beli kan Warna warni rangup sedap pulak tu Tapi sebenarnya jajan ni bukan kawan baik badan kita Makan sekali sekala takpe tapi kalau hari hari kunyah haaa mula la datang macam macam...
Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 980 hits
Di setiap rumah di Malaysia nasi bukan sekadar makanan ruji ia lambang kasih sayang di meja makan Namun ada satu masalah yang sejak dulu menghantui ramai nasi yang dimasak sempurna di pagi hari mula kehilangan kelembutan dan rasa hanya sele...
Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Makan Tanpa Pencicah Pun Dah Cukup Sedap

Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Makan Tanpa Pencicah Pun Dah Cukup Sedap

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 147 hits
Resipi ikan bakar asam jawa ini memang terbaik Rasa masam manis pedas dan sedikit berasap membuatkan siapa saja akan teringat ingat keenakannya Tak perlu lagi air asam sebab pes asam jawa ini sudah cukup berperisa dan menyelerakan Nak jugak...
Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia

Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 258 hits
Warga Asing Luah Rasa Kecewa Dengan Pasar Malam Di Malaysia Bila sebut pasal Malaysia salah satu perkara yang selalu jadi sebutan ramai termasuk dalam kalangan pelancong asing ialah pasar malam kita Tempat ini memang dianggap sebagai destin...
Doa Malam 30 Sept 2025

Doa Malam 30 Sept 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 245 hits
Ya Allah syukur kerana aku masih belajar memaafkan walau perlahan
Singgah Minum Petang Di Warung Mbah Sugeh Bandar Baru Parit Ibrahim Majid

Singgah Minum Petang Di Warung Mbah Sugeh Bandar Baru Parit Ibrahim Majid

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1277 hits
Tertinggal satu entry minggu lepas rupanya Dalam perjalanan balik ke rumah dari kampung minggu lepas Suami MY ajak singgah mengeteh di warung Mbah Sugeh yang terletak di Bamdar Baru Ibrahim Majid Simpang Renggam Jalan tak sesak pun sebab ka...
Singapore S Success A Lesson Malaysia Can No Longer Ignore

Zafrul Rm1 Trillion Commitments To Us Not Govt Funds Bumi Rights Protected

You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

Sabah Sarawak Left Out Again As Us Trade Deal Favours Peninsula Leaders

Bn Youth Treasurer Given A Break From Duties After Scandalous Ex Wife Allegations

Johor Becomes Malaysia S First Smart State Five Years Ahead Of Schedule

Stop Pr Spin And Call Trade Deal What It Truly Is Muda

Mitra Disbursed Rm100mil To Empower Indian Community Says Ramanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Balas Baik Nabila Razali

Drama Bahagia Yang Tertangguh

Ramalan Eur Usd Pada 30 Oktober 2025

Nabila Razali Balasbaik Chord

Ketika Segalanya Dirobohkan Tuhan Sedang Membangunkanmu

What To Cook With Japanese Mushrooms