Projek Rundingan Terus Tular Pula Surat Syarikat Dengan Sokongan Tun Mahathir




Sepucuk surat daripada syarikat pembinaan PDM Builders Sdn Bhd kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kelantan tersebar hari ini.
Ia susulan penularan surat Kementerian Kewangan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri.baru-baru ini berkaitan penganugerahan kontrak rundingan terus kepada syarikat berkenaan.
Dalam surat yang tular hari ini, tertera tulisan Dr Mahathir yang menyebut ‘Menteri Kewangan bahawa projek itu telah diberikan bagi pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta’.
“YB Menteri Kewangan, projek ini telah diberikan kepada PDM Builders Sdn Bhd. Jika mereka dapat kurangkan kos, tender baru tidak perlu,” tulis nota dalam surat berkenaan.
Juga disertakan cop Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 4 Mac 2019.
Dalam surat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu.
“Pihak kami amat berharap atas sokongan dan kelulusan Tun untuk syarikat saya meneruskan projek ini memandangkan syarikat saya telah mengeluarkan modal wang ringgit tenaga dan masa begitu banyak.
“Kami amat yakin dapat menyelesaikan projek ini dengan jayanya jika diberi peluang melaksanakan projek ini berdasarkan rekod pengalaman, sumber modal yang kukuh dan pasukan yang komited serta profesional dalam mewujudkan sesuatu projek,” demikian menurut surat berkenaan.
Intipati surat itu juga menunjukkan kontrak yang berkaitan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada April 2018 iaitu sebelum pilihan raya umum dan surat tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pada 27 Februari 2019.
Semalam, Dr Mahathir menafikan dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meluluskan sebuah projek bernilai RM450 juta di Kelantan melalui rundingan terus dan perlu menyemak terlebih dahulu dakwaan tersebut.
“Tidak, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini. Saya tidak pernah lulus apa-apa seperti itu.
“Tetapi mungkin saya terpaksa menyemak kembali tentang perkara ini kerana mungkin ada kesinambungan daripada kerajaan terdahulu.
“Seperti yang kamu maklum, sejak PH ambil alih kita telah hentikan banyak projek bagi tujuan kajian terlebih dahulu bagi pastikan ada keperluan atau sebaliknya.
“Namun masa yang telah diambil oleh kita hampir lebih setahun, di mana ada juga impaknya seperti ramai hilang kerja, kontraktor kerugian dan sebagainya.
“Yang ini pula, saya tidak pasti kes apa pula. Biar saya semak terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ‘The Putrajaya Boat Race 2019’ di Tasik Putrajaya.
Hari ini, Menteri Kewangan, Lin Guan Eng pula berkata bukan beliau yang menandatangani surat berkenaan dan enggan memberi jawapan kerana perlu berbincang mengenai hal tersebut Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/17/projek-rundingan-terus-tular-pula-surat-syarikat-dengan-sokongan-tun-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Projek Rm450j Rundingan Terus Bukan Saya Tandatangan Surat Lim

Dakwaan Projek Rm450j Rundingan Terus Bukan Saya Tandatangan Surat Lim

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 236 hits
Menteri kewangan berkata beliau akan meneliti perkara itu dan berbincang dengan perdana menteri terlebih dahulu
Pm Nafi Beri Projek Rm450 Juta Di Kelantan Secara Rundingan Terus

Pm Nafi Beri Projek Rm450 Juta Di Kelantan Secara Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 865 hits
Dr Mahathir Mohamad menafikan kerajaan menawarkan sebuah projek bernilai RM450 juta di Kelantan melalui rundingan terus sebaliknya ia adalah lanjutan kepada projek sedia ada Sekiranya anda baca nota yang saya tulis saya kata jika syarikat i...
Pm Semak Dakwaan K Jaan Lulus Projek Rm450j Melalui Rundingan Terus

Pm Semak Dakwaan K Jaan Lulus Projek Rm450j Melalui Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 178 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyemak dakwaan bahawa Pakatan Harapan meluluskan projek RM450 juta di Kota Baru Kelantan melalui rundingan terus Perdana menteri berkata beliau langsung tidak tahu mengenai perkara itu Saya tidak ta...
Isham Jalil Surat Terbuka Kepada Tun Dr Mahathir

Isham Jalil Surat Terbuka Kepada Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 346 hits
Daripada ISHAM JALIL rakyat biasa Assalamualaikum Tun Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang orang Melayu Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas Sekarang Tun kata Melayu masih enggan b...
Rundingan Terus Rm450 Juta Ini Kata Tak Tanggung Jawab G Eng

Rundingan Terus Rm450 Juta Ini Kata Tak Tanggung Jawab G Eng

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 401 hits
Rundingan terus RM450 juta Bukan saya yang sign kata Guan EngSURAT menyurat adalah diantara Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tak kan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tak tahu Memanglah bukan Lim Guan Eng yang tandatangan...
Seruan Bersatu Tun Mahathir Dan Ucapan Menghasut Haji Hadi Di Sarawak

Seruan Bersatu Tun Mahathir Dan Ucapan Menghasut Haji Hadi Di Sarawak

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 325 hits
Semalam Hari Malaysia di Sarawak Seluruh bangsa Agama dan suku kaum berhimpun Begitu juga Pemimpin Kerajaan Pusat dan Negeri Pemimpin Kerajaan dan Pembangkang Tun Mahathir membawakan Mesej Bersatu Bersama membina kemakmuran bersama tanpa me...
Ph Akan Ditolak Jika Mahathir Terus Jual Aset Khazanah

Ph Akan Ditolak Jika Mahathir Terus Jual Aset Khazanah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 353 hits
1 Khazanah ertinya harta atau aset Khazanah Nasional ertinya aset negara Sebagai ahli parlimen saya minta Kerajaan Persekutuan mencari jalan lain untuk membayar hutang negara sekarang Jangan cari jalan mudah dengan menjual harta Khazanah Na...
Melayu Pemalas Melayu Harap Tongkat Surat Terbuka Buat Dr Mahathir

Melayu Pemalas Melayu Harap Tongkat Surat Terbuka Buat Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1058 hits
Assalamualaikum Tun Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang orang Melayu Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas Sekarang Tun kata Melayu masih enggan bekerja Tun juga masih bernostalgia...
Anwar Jangka Ganti Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Sekitar Mei 2020

Anwar Jangka Ganti Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Sekitar Mei 2020

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 264 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020 Dalam satu temubual bersama Bloomberg Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata beliau tidak akan ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally