Projek Mrt Tidak Diperlukan Dr Mahathir


Projek MRT Tidak Diperlukan – Dr. Mahathir. Dengan adanya pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT), rata-rata pengguna berpuas hati dan berasa bangga kerana ia memudahkan mereka ke destinasi dengan cekap dan cepat. Bukan itu sahaja, keadaan MRT yang lebih luas dan banyak kemudahan yang disediakan menjadikannya sebuah pengangkutan awam yang dilihat mewah untuk rakyat tempatan.
MRT membazir
Namun, disebalik kejayaan projek MRT ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak segan silu mengkritik tindak tanduk pentadbiran sebelum ini. Berdasarkan temu bual FMT bersama Perdana Menteri kita, Dr. Mahathir menyatakan projek seperti MRT ini tidak diperlukan dan sudah membazirkan banyak wang.
Melihat hasil projek itu, beliau mempersoalkan kemewahan reka bentuknya dan berkata projek itu hanya akan menampakkan manfaat ekonominya pada masa hadapan.
Pembinaan MRT diwar-warkan sebagai kunci kepada masalah pengangkutan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya selain menyokong kepada kerancakan kegiatan ekonomi. Dr. Mahathir juga mengakui wujud rasa keterujaan apabila MRT mula beroperasi tahun lepas.
Sememangnya ramai orang sangat gembira melihat MRT dibina, namun bilangan penumpang yang menggunakan MRT sangat kecil. Ia tidak cukup memberi pulangan yang mana pembinaan projek ini menelan belanja sehingga RM50 bilion.
Beliau juga bersetuju projek itu direka untuk menampung pertumbuhan masa depan Lembah Klang namun pembinaan projek itu sepatutnya boleh dibina dengan sistem lebih ringan yang tidak begitu mahal seperti monorel daripada MRT itu sendiri hanyalah lebih kepada kereta apinya dengan melibatkan kos tinggi.
Jika dilihat pada pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang, antara projek kebanggaan Dr. Mahathir, kedua-duanya siap dibina pada masa yang tidak berpihak kepada beliau.
Pada masa itu, ramai pengkritik berkata ia satu pembaziran projek dan menuduh beliau menghabiskan dana awam ke atas projek tidak mampan ketika krisis mata wang Asia berada pada puncaknya.
Meskipun begitu, Dr. Mahathir terus berpendapat lapangan terbang dan beberapa projek lain yang dipromosikannya merupakan satu keperluan. Tambahnya, lapangan terbang yang dibuka pada 1998, sepanjang 20 tahun, trafiknya meningkat dari 18 juta hingga 42 juta penumpang.
Namun hujah yang sama tidak boleh digunakan untuk mewajarkan MRT yang melibatkan bayaran pampasan bagi pengambilalihan tanah kerana masalah utama MRT ialah kegagalan kerajaan dahulu berunding mengenai reka bentuk yang lebih munasabah dan kurang mahal.

MRT membazir
Dr Mahathir juga berkata berdasarkan pembinaan 2 laluan antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, ketika itu mereka menjangkakan masyarakat tidak akan menggunakan kereta sebaliknya menaiki kereta api.
Pada awalnya, masyarakat tidak mahu menggunakannya, tetapi apabila mereka mendapati betapa mudah bagi mereka, bilangan penunggangnya menjadi besar sehingga tidak cukup ruang.
Beliau juga menyimpulkan, apabila sesuatu yang dibina akan hanya digunakan jumlah penumpang dalam tempoh 20 atau 30 tahun, ia perlu dibina secara berperingkat.
Apa kata anda yang menggunakan perkhidmatan MRT sebagai pengangkutan harian, setujukah?
Sumber: Free Malaysia Today
MRT terlalu besar, awal, kata Dr M

Bagi seseorang yang dikritik 2 dekad lalu kerana didakwa gemar memulakan projek mega, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya tidak segan-silu mengkritik tindak-tanduk pentadbiran sebelum ini.
“Kita membazirkan banyak wang,” katanya dalam temu bual dengan FMT baru-baru ini. “Beberapa projek ini tidak diperlukan.”
Beliau mengetengahkan projek Transit Aliran Massa (MRT) sebagai contoh, dengan mempersoalkan kemewahan reka bentuknya dan berkata projek itu hanya akan menampakkan manfaat ekonominya pada masa depan.
MRT dipromosikan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai satu sistem yang secara radikal akan mengubah infrastruktur pengangkutan Kuala Lumpur dengan ketara. Ia diwarwarkan sebagai jawapan kepada masalah pengangkutan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
Dr Mahathir yang memperkenalkan rangkaian kereta api bandar pertama di Malaysia – sistem transit aliran ringan (LRT) Ampang dan Kelana Jaya – mengakui wujud rasa keterujaan yang meluas apabila MRT mula beroperasi tahun lepas.
“Orang ramai sangat gembira melihat MRT dibina,” katanya. “Ia menelan belanja RM50 bilion, tetapi bilangan penumpang yang menggunakan MRT sangat kecil, sekitar 130,000 sahaja. Itu tidak cukup untuk memberi pulangan.”
Apabila dikatakan bahawa projek itu direka untuk menampung pertumbuhan masa depan Lembah Klang dan dengan itu boleh dijustifikasikan pada masa itu, beliau berkata: “Mungkin. Tetapi anda boleh membina sistem lebih ringan yang tidak begitu mahal, seperti monorel. Dengan MRT, ia adalah kereta api itu sendiri. Ia besar dan melibatkan kos tinggi.”
Pada kemuncak ledakan ekonomi Malaysia pada tahun 1990-an, pengkritik Dr Mahathir sering bercakap mengenai obsesinya dengan struktur besar, yang sebahagiannya digelarkan gajah putih.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang adalah antara banyak projek kebanggaan Dr Mahathir dan beliau memantaunya dengan teliti.
Kedua-dua mercu tanda ini siap pada masa yang tidak berpihak kepada Dr Mahathir. Krisis mata wang Asia pada masa itu berada pada puncakya, dan Malaysia adalah salah satu negara yang teruk terkesan.
Ramai pengkritik pada masa itu berkata ia membazir dan menuduh beliau menghabiskan dana awam ke atas projek tidak mampan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir terus berpendapat lapangan terbang dan banyak projek lain yang dipromosikannya adalah keperluan.
Ketika ditanya mengenai isu itu dalam temu bual FMT pada Mei 2017, itu setahun sebelum kemenangan dramatiknya untuk menjadi perdana menteri sekali lagi, Dr Mahathir merujuk kepada pertumbuhan trafik di KLIA sepanjang 2 dekad yang lalu.
“Untuk mendapatkan tanah untuk lapangan terbang sangat sukar,” katanya dalam temu bual itu. “Kami merizabkan 25,000 ekar tanah untuk sebuah lapangan terbang baru. Lihatlah pada pertumbuhannya. Kami membuka lapangan terbang itu pada 1998. Dalam kira-kira 20 tahun, trafiknya meningkat dari 18 juta hingga 42 juta penumpang.”
Apakah hujah yang sama tidak boleh digunakan untuk mewajarkan MRT, yang melibatkan bayaran pampasan bagi pengambilalihan tanah, termasuk kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur yang padat?
Dr Mahathir tidak berfikir begitu. Beliau berkata, masalah utama dengan MRT ialah kegagalan kerajaan Najib berunding bagi mendapatkan reka bentuk yang lebih munasabah dan kurang mahal.
“Jadi mereka membina sistem yang sangat mewah,” katanya. “Anda melihat stesennya. Wow ”
Bercakap mengenai 2 laluan LRT yang dibina pada tahun 1990-an, beliau menekankan keberkesanan kos mereka, dengan berkata: “Ia adalah stesen yang sangat normal, tidak mewah.”
MRT adalah antara projek yang terjejas oleh langkah kerajaan untuk mengecilkan atau membatalkan projek infrastruktur mega, seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.
Salah satu daripada langkah ini adalah untuk merundingkan semula kos untuk MRT2, yang laluannya bermula dari Sungai Buloh ke Serdang dan Putrajaya.
Dikatakan kerajaan berjaya menjimatkan berbilion ringgit menerusi pengurangan stesen, termasuk mengurangkan jumlah pintu masuk stesen.
Kerajaan Dr Mahathir sebelum ini membatalkan MRT3, laluan yang melingkari ibu negara yang menelan belanja kira-kira RM45 bilion.
Mengimbas kembali pembinaan 2 laluan antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, Dr Mahathir berkata ia diselesaikan pada masa kerajaan tidak mempunyai pengalaman dalam projek pengangkutan massa sedemikian.
Dijangkakan masyarakat tidak akan menggunakan kereta mereka, sebaliknya menaiki kereta api, katanya.
“Kami juga menganggap orang tidak akan menggunakan kereta mereka, tetapi kereta api,” katanya.
“Seperti yang anda tahu, pada mulanya masyarakat tidak mahu menggunakannya. Tetapi apabila mereka mendapati betapa mudahnya mereka, bilangan penunggangnya begitu besar sehingga tidak ada ruang.
“Apabila anda membina sesuatu yang akan hanya digunakan jumlah penuh penumpang mungkin dalam tempoh 20 atau 30 tahun dari sekarang. Maka anda mungkin perlu membinanya secara berperingkat.”
 
The post Projek MRT Tidak Diperlukan – Dr. Mahathir appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/projek-mrt-tidak-diperlukan-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Persekutuan Di Sarawak Akan Diteruskan Kata Tun Mahathir

Projek Persekutuan Di Sarawak Akan Diteruskan Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 329 hits
Dr Mahathir menghadiri Taklimat Kemajuan Projek Pembangunan Persekutuan di Negeri Sarawak hari ini Foto oleh BernamaBINTULU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek projek Persekutuan di Sarawak akan diteruskan tanpa mengira k...
Bukan Tolak Icerd Tapi Tolak Tun Mahathir

Bukan Tolak Icerd Tapi Tolak Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 572 hits
Mengikut hukum akal yang waras apabila kerajaan sudah membuat keputusan tidak akan menandatangani ICERD sepatutnya isu tersebut sudah pun menemui titik penamatnya UMNO dan Pas yang sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 8 D...
It Was Kit Siang Who Told Mahathir Something Is Rotten In Malaysia

It Was Kit Siang Who Told Mahathir Something Is Rotten In Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 392 hits
It was during Mahathir s 22 year tenure as prime minister when Malaysia first began to rot thanks to corruption and rampant power abuse Kit Siang alleged Since he said that three years ago Kit Siang has never retracted what he said Hence wh...
Beri Peluang Pada Waythamoorthy Apakah Dr Mahathir Dah Lost Control Of His Government

Beri Peluang Pada Waythamoorthy Apakah Dr Mahathir Dah Lost Control Of His Government

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 321 hits
Lebih 150 ribu petisyen 150 lapuran polis dari rakyat Malaysia nak supaya Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri Senator Waythamoorthy di pecat Rakyat Malaysia mempunyai alasan sangat CUKUP KUKUH untuk mendesak supaya Waythamoorthy di...
Rakyat Sabah Dan Sarawak Wajib Percaya Pada Janji Tun Mahathir Tpm

Rakyat Sabah Dan Sarawak Wajib Percaya Pada Janji Tun Mahathir Tpm

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 279 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak tuduhan sesetengah pihak kononnya jaminan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak sebagai janji kosong sem...
Tiba2 Dr Mahathir Tuduh Umno Beli Mp Ph Saper Pulak Nak Mp Umno Lompat

Tiba2 Dr Mahathir Tuduh Umno Beli Mp Ph Saper Pulak Nak Mp Umno Lompat

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 314 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai perancangan untuk membeli wakil rakyat PH sejurus kekalahan BN dalam PRU14 lalu Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau mempunyai beberapa saksi melibatkan pemimpin utama ...
Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian