Bukan Tolak Icerd Tapi Tolak Tun Mahathir




Mengikut hukum akal yang waras, apabila kerajaan sudah membuat keputusan tidak akan menandatangani ICERD, sepatutnya isu tersebut sudah pun menemui titik penamatnya.


UMNO dan Pas yang sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 8 Disember sebagai bantahan terhadap ICERD juga sudah boleh membatalkan rancangan mereka dan menumpukan kepada kerja-kerja lain yang lebih bermanfaat untuk parti masing-masing.


Tetapi, meskipun setelah kerajaan membuat keputusan itu, UMNO dan Pas terus juga mahu berhimpun pada 8 Disember nanti.


Selain kedua-dua parti memberi alasan mahu terus berhimpun sebagai tanda untuk mengucapkan terima kasih dan bersyukur, persoalan-persoalan berbentuk andaian turut dimainkan untuk menghalalkan mereka meneruskan perhimpunan tersebut.


Antara persoalan berbentuk andaian yang terus dilontarkan ialah belum tentu Pakatan Harapan tidak akan menandatangani ICERD pada masa depan, kenyataan Tun Mahathir Mohamad mengenai ICERD tidak boleh dipercayai, kerajaan mungkin menandatangani ICERD di masa akan datang dengan cara yang lain dan berbagai hujah yang lain lagi.


Untuk itu, kata UMNO dan Pas, tiada jaminan sebenarnya ICERD yang ditolak hari ini tidak akan ditandatangani pada masa akan datang.


Maka, tambah UMNO dan Pas lagi, perhimpunan pada 8 Disember ini mesti dan wajib diteruskan sebagaimana yang dirancang.


Selain itu, pelbagai kongres dan wacana berkaitan ICERD juga terus diadakan untuk menghangatkan suasana, manakala pemimpin UMNO dan Pas pula menjelajah ke seluruh negara mengajak penyokong masing-masing agar tetap turun beramai-ramai ke ibu kota pada 8 Disember nanti.


Apakah makna semua ini?


Kedegilan UMNO dan Pas untuk terus berhimpun pada 8 Disember depan tidak lain memperlihatkan niat sebenar kedua-dua parti itu bahawa ICERD bukanlah sasaran yang sebenarnya yang mahu mereka diperjuangkan, tetapi yang dimatlamatkan ialah untuk mengajak rakyat menolak kepimpinan Tun Mahathir.


ICERD hanyalah alasan untuk membakar serta meniup semangat rakyat agar menolak Tun Mahathir, malah kalau boleh, menjatuhkannya terus.


UMNO masih terasa sakitnya kehilangan kuasa, manakala Pas semakin geram kerana tak pernah kesampaian hajatnya untuk memperolehi kuasa, ditambah lagi Tun Mahathir yang dihina dan dicerca dengan pelbagai gelaran sebelum PRU14 lalu, kini sudah pun berjaya menjadi Perdana Menteri akhirnya.


Bersekali dengan puluhan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak, kepuasan UMNO yang disokong oleh Pas hanya akan tercapai apabila mereka berjaya mengoncang dan menjatuhkan Tun Mahathir.


Dalam hal ini, UMNO dan Pas jelas tidak boleh bersabar menunggu tempoh PRU15 untuk bersaing kembali dengan Pakatan Harapan merebut kuasa melalui cara yang sah.


Ini kerana PRU15 dianggap terlalu lama untuk ditunggu dan ketika itu Zahid Hamidi dan Najib mungkin sudah berada di dalam penjara atas sabitan berhubung kesalahan yang telah mereka lakukan.


Hanya dengan Tun Mahathir berjaya disingkirkan di mana barangkali selepas itu sebuah kerajaan campuran yang baru akan dibentuk atau setidak-tidaknya hadir seorang Perdana Menteri baru yang boleh dilembutkan hatinya, maka barulah dilihat ada kemungkinan kes-kes mahkamah yang dihadapi itu boleh digugurka atau kesalahan diampunkan.


Sebab itu, kerajaan perlu segera bertindak tegas dalam hal ini. Jangan biarkan sentimen kaum dan agama terus dimain dan dibakar oleh UMNO dan Pas yang tidak sukar difahami ada agenda lain di sebalik ICERD yang sedang mereka mainkan.


Percayalah, jika perhimpunan 8 Disember nanti tidak pantas ditangani dengan tegas oleh kerajaan, UMNO dan Pas akan terus bermaharajalela memainkan sentimen kaum dan agama untuk kepentingan politik bagi mencapai agenda besar mereka iaitu menolak Tun Mahathir.


Apabila sekali ia sudah dibiarkan bermula, mungkin sudah terlewat untuk menghentikannya. (ShahbudinHusin 26/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/bukan-tolak-icerd-tapi-tolak-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama

Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 600 hits
Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama
Bukan Hanya Icerd Tapi Jika Bercanggah Johor Tetap Tolak

Bukan Hanya Icerd Tapi Jika Bercanggah Johor Tetap Tolak

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 276 hits
Azlina Othman ISKANDAR PUTERI Kerajaan negeri meminta supaya isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum tidak dipolitikkan kerana dikhuatiri menjadi punca perpecahan antara satu sama lain Menteri Besar Johor D...
Wartawan Hairan Dr Mahathir Hadir Mesyuarat Tapi Duterte Tidur

Wartawan Hairan Dr Mahathir Hadir Mesyuarat Tapi Duterte Tidur

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 257 hits
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad Perdana Menteri China Li Keqiang Presiden Russia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bergambar sebelum permulaan sidang kemuncak Asia Timur ke 13 di luar Persatuan Negara ne...
Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1110 hits
Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar Content Type multipart alternative boundary AlternativeBoundaryString AlternativeBoundaryString Content type text plain charset UTF 8 Hello there I just signed the petition Tun Dr Mahathir...
Zahid Dedah Tun Mahathir Tak Mahu Terima Ahli Parlimen Umno

Zahid Dedah Tun Mahathir Tak Mahu Terima Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 245 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengenal pasti 12 ahli Parlimen Umno yang tidak diterima dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia dakwa Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Loading Zahid Hamidi mendakwa presiden Bersatu menjemput beliau...
Kerajaan Kedah Tolak Icerd

Kerajaan Kedah Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 643 hits
YAB Dato Seri Mukhriz dalam pergulungan sebentar tadi menyentuh mengenai isu ICERD Menurut beliau perkara ini penting kerana termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan undang undang tubuh negeri kedah tidak bersifat diskriminasi terhadap ...
Nazri Tolak Icerd Tak Boleh Terima Haknya Dihapuskan Kerana Diskriminasi

Nazri Tolak Icerd Tak Boleh Terima Haknya Dihapuskan Kerana Diskriminasi

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 283 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kerana beliau tidak boleh menerima haknya dihapuskan atas alasan diskriminasi Dari awal lagi saya tolak I...
Tun Mahathir Bentang Usul Tergempar Insiden Kuil Di Dewan Rakyat

Tun Mahathir Bentang Usul Tergempar Insiden Kuil Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 332 hits
DEWAN RAKYAT Usul tergempar mengenai insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Selangor Pembentangan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025