Tiba2 Dr Mahathir Tuduh Umno Beli Mp Ph Saper Pulak Nak Mp Umno Lompat
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai perancangan untuk 'membeli' wakil rakyat PH sejurus kekalahan BN dalam PRU14 lalu...
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mempunyai beberapa saksi melibatkan pemimpin utama BN termasuk bekas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini menggalas tanggungjawab presiden parti datang ke rumahnya pada malam keputusan itu...
"Kami tak bincang nak curi atau nak beli mana2 wakil rakyat PH untuk mereka menyeberang sebelah kita (BN)...
"Jadi saya tak tahu berita itu, tapi (ia) tidak datang dari saya dan saya pun dah nafikan dalam akhbar" kata Datuk Seri Najib Tun Razak...
Berkenaan pertemuan pemimpin utama BN di rumahnya pada malam keputusan PRU14 lalu, Datuk Seri Najib menjelaskan, mereka hanya berbincang tentang kesudahan susulan kekalahan BN...
"Kita bincang apa kesudahannya selepas keputusan tersebut, maknanya kita tiada kuasa"...
"Itu yang kita bincang"...
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengisytiharkan darurat...
"Itu tuduhan tidak benar sama sekali dan tiada persidangan MKN yang telah di rancang"...
Datuk Seri Najib mengakui beliau ada menghubungi Penjara Sungai Buloh untuk bercakap dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tersebut...
Selama ini saya pun ada berhubung dengan beliau terutama tanya khabar peribadi dan sebagainya"...
Masa kempen, ada khabar angin kata Mahathir dan Daim ada 'war chest' untuk rancang beli wakil rakyat UMNO...
Entah betul atau tidak, tapi tiba2 satu2 ADUN UMNO LOMPAT KE PPBM dan jadi buah mulut ugutan AMLA dan siasatan SPRM/PDRM ke atas MP UMNO utk sertai PPBM!!!
PRU 14 ialah pada 9hb Mei 2018, pusat mengundi tutup pada 6 pm, keputusan mula keluar sekitar 9 pm, malam yang sama dan pengumuman rasmi dari Pengerusi SPR ialah sekitar 5 pagi 10hb Mei 2018...
Maksudnya SPR cuma perlukan kira2 11 jam untuk muktamadkan pengiraan 222 kerusi parlimen dari kira2 20 juta undian...
Ada asas ker pengumuman rasmi tu sengaja di lewat2kan...
Konon untuk beri masa pada BN lakukan sesuatu yang menafikan suara rakyat!!!
Sampai bawa cerita pasal Marcos bunuh Aquino dan babitkan pula polis dengan tentera...
Nak menambahkan lagi fitnah, cakap pulak ada insiden2 'black out' masa proses pengiraan undi...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Sekarang nie siapa yang gunakan pihak berkuasa untuk puaskan nafsu serakah dendam peribadi!!!
Hakikatnya, siapa yang suruh siapa melompat sebenarnya...
2 kali Dr. Mahathir jumpa Datuk Seri Zahid, Presiden Umno...
Kali pertama, pertemuan 4 mata...
Nasib baik, Datuk Seri Zahid ada rakam percakapan masa pertemuan tu...
Tu pun Dr. Mahathir spin, kononnya, Datuk Seri Zahid datang jumpa minta nasihat apa nak buat...
Alasan asalkan boleh jer Dr. Mahathir nie, masuk akal ker minta nasihat macam mana nak selamatkan Umni pada musuh yang dah menjahanamkan Umno!!!
Bila Datuk Seri Zahid dedahkan ada rakam perbualan masa pertemuan tu, terus Dr. Mahathir senyap...😝😝😝
Kali kedua dengan kepimpinan tertinggi Umno...
Bila Datuk Seri Zahid dedahkan apa yang Dr. Mahathir nak, Dr. Mahathir spin pulak kisah BN cuba nak beli MP PH lepas PRU 14 lepas...
Betul2 nyanyuk tahap GABAN orang tua nie...
Azmin sendiri nafikan, per cerita nie!!!
Sudah2lah tu, bersihkanlah hati busuk tu dari perangai dendam dan suka sebarkan fitnah!!!
Nak jadi perdana menteri, Allah swt dah izinkan, nak jatuhkan BN, Umno dan Datuk Seri Najib pun Allah swt dah izinkan, nak apa lagi...
Takut bila dah mati nanti, bumi pun tak nak terima bila banyak sangat menipu dan berdendam!!!
Saper yang nak saper lompat?
Dan saper sebenarnya yang takut pada bayang2 sendiri...😂😂😂
Cerita lompat PH ke BN tidak pun tersebar...
Malah belum ada walau pun satu MP PH yang melompat ke BN, sebelum, semasa dan apa lagi selepas PRU 14...
Hanya Dr. Mahathir yang kata...
Yang nyata sekarang, MP BN yang lompat ke PH dan hanya ke parti PPBM SAHAJA!!!
Tapi Mahathir canangkan yang BN nak beli MP PH!!!
Deyyy machaaa, telunjuk lurus tapi kelingking berkait kah machaaa!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2018/11/tiba2-dr-mahathir-tuduh-umno-beli-mp-ph.html