Projek Lewat Sebab Kerajaan Tiada Wang Puncanya Kerajaan Dahulu Mahathir


KOTA KINABALU – Kelewatan penyaluran peruntukan pembiayaan beberapa projek pembangunan kerajaan tidak hanya berlaku di Sabah tetapi keadaan itu turut terjadi di negeri lain termasuk di Semenanjung, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata penyaluran pembiayaan projek pembangunan itu dilihat sangat perlahan berikutan berlaku beberapa kekangan termasuk masalah kewangan ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
“Ia lambat bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung. Masalahnya ialah kita menghadapi banyak rintangan berpunca kerajaan terdahulu.
“Perkara yang paling penting kita tiada wang. Kita biarkan sektor swasta menjalankannya (projek) dan kita mesti pastikan sektor swasta itu adalah tulen dan bukannya menjadi alat untuk orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar di Masjid Bandaraya di sini, malam ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mengulas perkembangan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, Dr Mahathir menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pusat untuk menentukan sama ada memberikan kuasa kepada JKR Sabah bagi menguruskan projek berkenaan.
Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah melantik pihak luar untuk memantau projek itu sehingga kerajaan mengeluarkan perbelanjaan tambahan dengan menggunakan perkhidmatan pihak terbabit.
“Ini tugas JKR. Jadi sekarang JKR mengambil semula peranan itu sekurang-kurangnya dalam hal Sabah, dan terpulang kepada mereka (untuk menentukan) siapa pihak berkuasa ,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia sentiasa bekerjasama rapat dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) meskipun ia bukan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata tiga menteri Kabinet PH dalam kalangan wakil rakyat Warisan juga adalah bukti parti berkenaan memberi kerjasama erat dengan PH.
Selain itu, Warisan turut memainkan peranan sangat besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan baru-baru ini, katanya.
PRK Parlimen Sandakan menyaksikan calon PH Vivian Wong Shir Yee daripada DAP memperolehi kemenangan besar dengan majoriti undi sebanyak 11,521 dalam pertembungan lima penjuru pada 11 Mei lepas. – BERNAMA


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/projek-lewat-sebab-kerajaan-tiada-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bonus Aidilfitri Felda Kerajaan Tidak Wajar Samakan Gaji Bulanan Dengan Wang Ehsan

Bonus Aidilfitri Felda Kerajaan Tidak Wajar Samakan Gaji Bulanan Dengan Wang Ehsan

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 339 hits
Isu ini jadi kayu ukur keprihatinan kerajaan terhadap nasib peneroka FeldaBANGI Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan alasan akan memberi keutamaan kepada amaun sara hidup dan wang pendahuluan kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekut...
Enam Bulan Untuk Kerajaan Kaji Manfaat Rts Kata Dr Mahathir

Enam Bulan Untuk Kerajaan Kaji Manfaat Rts Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 323 hits
Kerajaan akan menjalankan kajian selama enam bulan terhadap projek Rangkaian Sistem Transit Rapid Johor Bahru Singapura untuk menentukan sama ada ia bermanfaat kepada negara kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kerajaan terdahulu te...
Lebih Stabil Dr Mahathir Cadangkan Mata Wang Baru Berasaskan Emas

Lebih Stabil Dr Mahathir Cadangkan Mata Wang Baru Berasaskan Emas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 398 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia hari ini berkata logam berharga itu boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Timur Mal...
Tun Mahathir Ada Kuasa Veto Lantik Sesiapa Saja Dalam Kerajaan

Tun Mahathir Ada Kuasa Veto Lantik Sesiapa Saja Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 516 hits
Exco Armada Nasional Muzzammil Ismail menegaskan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya mempunyai kuasa veto dalam memutuskan sesuatu tanpa perlu merujuk Kabinet Oleh itu katanya tindakan Perdana Menteri melantik Latheef...
Dr Mahathir Sedang Mengumnokan Kerajaan Pakatan Harapan

Dr Mahathir Sedang Mengumnokan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 675 hits
Ada beberapa fraksi politik yang sedang memperdebatkan sesuatu yang amat menarik berhubung tindak tanduk Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke 7 merangkap Pengerusi Pakatan Harapan semenjak kebelakangan ini Ramai yang mengatakan tindak ta...
Manifesto Ph Tak Adil Larang Orang Politik Pegang Jawatan Kerajaan Mahathir

Manifesto Ph Tak Adil Larang Orang Politik Pegang Jawatan Kerajaan Mahathir

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 522 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan manifesto Pakatan Harapan yang melarang ahli politik memegang jawatan penting dalam kerajaan adalah tidak adil kerana ada ahli parti telah bekerja keras memastikan kemenangan pada pilihan raya umum lalu D...
Alkisah Projek Military Camp Yg Tak Wujud Duit Lesap Semasa Kerajaan Bnumno

Alkisah Projek Military Camp Yg Tak Wujud Duit Lesap Semasa Kerajaan Bnumno

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 632 hits
Projek kem military ini lansung tidak ade dlm rancangan kabinet juga tak dimaklumkan tetiba duit peruntukan Kem Port Dickson RM250m diambil utk projek kem yg diluluskan oleh Najib tanpa pengetahuan kabinet Selepas papan kenyataan projek din...
Bila Berkuasa Segala Diperjuang Dahulu Dinoda

Bila Berkuasa Segala Diperjuang Dahulu Dinoda

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 249 hits
NASRUDIN HASSAN 04 JUNE 2019KEMERIAHAN menyambut ambang Aidilfitri 1440 tersentak seketika dengan berita perlantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu Umum mengetahui bahawa Latheefa adalah salah seorang dari pe...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Brunch Dengan Beef Soondubu Jigae Di Restoran Dubuyo Mid Valley Jb

Ppim Bongkar Realiti Tersembunyi Di Sebalik Buli Sidang Media Ppim 23 09 2025

Surah Yusuf Ayat 28 Maksud Dan Pengajarannya

Main Badminton Lagi

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Ikan Berenang Dalam Blog