Manifesto Ph Tak Adil Larang Orang Politik Pegang Jawatan Kerajaan Mahathir


TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang melarang ahli politik memegang jawatan penting dalam kerajaan adalah tidak adil kerana ada ahli parti telah bekerja keras memastikan kemenangan pada pilihan raya umum lalu.
Diasak soalan mengenai keputusannya melantik pemimpin PKR, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Perdana Menteri berkata, soal janji dalam manifesto PH tidak sepatutnya timbul.
“Tidak. Dia (Latheefa) telah letak jawatan. Kita tidak boleh hukum ahli (parti) kita. Ketika kita berusaha untuk menang pilihan raya, orang-orang ini bekerja keras untuk pastikan kita (PH) menang.
“Tetapi manifesto kita (PH) kata, kalau menang, mereka tidak boleh pegang jawatan, itu tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Menteri semalam.
Perdana Menteri diminta mengulas bantahan dan kritikan pelbagai pihak susulan pelantikan Latheefa yang dianggap bukan sahaja melanggar janji manifesto PH, malah akan mencemarkan imej agensi tersebut.
Pelantikan Latheefa bukan sahaja dibantah pembangkang, malah beberapa pimpinan PH sendiri kurang senang dengan perkembangan itu, selain kritikan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Latheefa yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Mohd Shukri Abdull yang menamatkan kontraknya lebih awal.

Dr Mahathir bagaimanapun menjelaskan, kerajaan sememangnya tidak mahu melantik orang politik memegang jawatan dalam agensi kerajaan, namun ada masanya ia sepatutnya boleh dilaksanakan.
“Kalau dia mempunyai kualiti tertentu, kita akan melantiknya walaupun dia ada (jawatan) dalam politik,” ujar beliau.
Ditanya kenapa tiada mana-mana pegawai dalam SPRM dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut, Dr Mahathir berkata, cara lantikan sebegitu tidak semestinya wajib dibuat oleh kerajaan.
“Ada masanya kita lantik orang dari luar (agensi). Tidak semestinya (diganti oleh) orang kedua atau ketiga. Kita (kerajaan) berhak untuk lantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak,” tegas Perdana Menteri.
Dr Mahathir turut menafikan dakwaan bahawa pelantikan itu adalah satu isyarat bahawa beliau tidak puas hati dengan prestasi Mohd Shukri.
“Dia (Mohd Shukri) ada kata pada saya nak berhenti sejak tahun lalu lagi, Jadi saya perlu ambil masa untuk menggantikannya,” ujarnya.
Ditanya punca Mohd Shukri mahu melepaskan jawatan lebih awal, Dr Mahathir berkata, bekas bos SPRM itu memberitahu bahawa dirinya sudah terlalu lama memegang jawatan berkenaan.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/manifesto-ph-tak-adil-larang-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Tun Mahathir Akan Melindungi Azmin Ali Demi Kedudukan Politik Beliau

Apakah Tun Mahathir Akan Melindungi Azmin Ali Demi Kedudukan Politik Beliau

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 474 hits
oleh Ab Jalil Backer Dulu cukup pengakuan mangsa sahaja Tun Mahathir sanggup pecat Anwar Ibrahim dan mendakwa beliau Sekarang ada pengakuan individu yang terlibat dan bukti video Rakyat menunggu untuk melihat Mahathir seorang berprinsip ata...
Dr Mahathir Sahkan Semula Janji Serah Jawatan Kepada Anwar

Dr Mahathir Sahkan Semula Janji Serah Jawatan Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 312 hits
Dr Mahathir sahkan semula janji serah jawatan kepada Anwar Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 30 May 2019 9 10PM
Projek Lewat Sebab Kerajaan Tiada Wang Puncanya Kerajaan Dahulu Mahathir

Projek Lewat Sebab Kerajaan Tiada Wang Puncanya Kerajaan Dahulu Mahathir

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 419 hits
KOTA KINABALU Kelewatan penyaluran peruntukan pembiayaan beberapa projek pembangunan kerajaan tidak hanya berlaku di Sabah tetapi keadaan itu turut terjadi di negeri lain termasuk di Semenanjung kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beli...
Enam Bulan Untuk Kerajaan Kaji Manfaat Rts Kata Dr Mahathir

Enam Bulan Untuk Kerajaan Kaji Manfaat Rts Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 351 hits
Kerajaan akan menjalankan kajian selama enam bulan terhadap projek Rangkaian Sistem Transit Rapid Johor Bahru Singapura untuk menentukan sama ada ia bermanfaat kepada negara kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kerajaan terdahulu te...
Jawatan Kerajaan Kelayakan Sijil Matrikulasi Kpm

Jawatan Kerajaan Kelayakan Sijil Matrikulasi Kpm

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 426 hits
Ini adalah senarai jawatan yang terdapat dalam perkhidmatan awam malaysia dengan kelayakan sijil matrikulasi KPM Jawatan Dalam Kerajaan Lepasan Sijil Matrikulasi Bagi anda yang baru nak isi permohonan SPA atau apa jua kerja kosong dalam sek...
Jawatan Kosong Kerajaan 2019 Terkini

Jawatan Kosong Kerajaan 2019 Terkini

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 663 hits
Ini adalah perkongsian bagaimana nak buat permohonan jawatan kosong kerajaan bagi tahun 2019 dengan mengikut saluran yang betul untuk anda yang Kerja Kosong Kerajaan Jawatan Kosong Kerajaan Jawatan Kosong Kerajaan setiap tahun dan bulan pas...
Malaysia Perlu Kerjasama Orang Politik Pegawai Kerajaan Untuk Pulih Kata Tpm

Malaysia Perlu Kerjasama Orang Politik Pegawai Kerajaan Untuk Pulih Kata Tpm

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 577 hits
Malaysia perlu kerjasama orang politik pegawai kerajaan untuk pulih kata TPM Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pa
Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Design Menarik Jualan Pun Meningkat Inilah Kuasa Visual Dalam Marketing

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun

Lirik Lagu Semoga Ada Waktu Luang Feby Putri

Viral Video Shows What A Newspaper Delivery Boy Can Do With 17 Years Of Experience