Program Vaksinasi Tidak Serancak Seperti Yang Dicanangkan Zaid


 
By

 Manzaidi Mohd Amin






Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu diberi penjelasan mengenai perjalanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta kenapa kerajaan hanya menggunakan tiga jenis vaksin sahaja tanpa tambahan vaksin lain bagi memastikan semua 32 juta penduduk menerima imunisasi.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Pejabat Perdana Menteri perlu lebih proaktif memainkan peranan itu, termasuk mengarahkan semua menteri turut serta dalam memberi penerangan kepada rakyat.

Katanya, beliau tertarik dengan polemik antara Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersoal jawab melalui rakaman video mengenai vaksin.

“Penjelasan seperti ini yang rakyat mahu dengar dan tahu. Malah, menteri-menteri lain yang sudah lama ‘menghilangkan’ diri, harus menggunakan platform ini untuk menjelaskan isu kepada rakyat.

“Sama ada rakyat berpuas hati atau tidak dengan penjelasan itu, soal lain. Tetapi, sekurang-kurangnya ada dialog antara menteri dengan rakyat dan ahli politik,” katanya menerusi rakaman video, hari ini.

Zaid begitu aktif dalam memberi pandangan terhadap isu semasa, sama ada melalui tulisan yang dimuatnaik menerusi laman sosialnya Facebook dan Twitter mahupun video.

Mengenai PICK, beliau yang merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, prosesnya lebih tepat kalau dikatakan terlalu lembap dan tidak serancak yang dicanangkan.

Beliau bimbang kerajaan tidak mempunyai bekalan vaksin mencukupi atau membuat pesanan dalam kapasiti yang kecil, sedangkan Malaysia mempunyai kira-kira 32 juta penduduk.

“Saya tidak tahu apa masalahnya, tapi dari penjelasan menteri tempoh hari, dia kata pada Disember ini negara akan mencapai imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat bagi menamatkan pandemik Covid-19.

“Kalau itu sasarannya, bermakna 3 juta orang perlu disuntik setiap bulan. Jadi, saya tidak tahu bagaimana kerajaan boleh mencapai angka ini mengikut jadual.

“Saya rasa kerajaan kena berterus terang, kalau tidak ada vaksin, cari jenis lain, takkan bergantung kepada Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca sahaja. Kita boleh guna vaksin lain seperti Moderna, Johnson & Johnson, Sinopharm dan macam-macam lagi,” katanya.

Beliau juga hairan kenapa kalau ada pihak lain hendak membeli vaksin, perlu membuat permohonan dan mendaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)?

Sedangkan, kerajaan mempunyai bajet lebih RM5 bilion untuk membeli vaksin dan rakyatnya perlu disuntik setiap hari sepanjang tempoh 24 jam bagi melengkapkan pusingan dos mengikut tarikh disasarkan.

Beliau turut mengkritik tempoh masa dua setengah jam dilalui setiap penerima vaksin, yang memperlihatkan sistem giliran yang tidak relevan.

“Proses diambil dua setengah jam seorang untuk selesai cucuk. Ada poses kaunseling dan macam-macam lagi, Boleh tak percepatkan proses ini, supaya kerajaan dilihat betul-betul mahu mengatasi masalah pandemik ini,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/program-vaksinasi-tidak-serancak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satgas Vaksin Merah Putih Tetap Masuk Program Vaksinasi Pemerintah

Satgas Vaksin Merah Putih Tetap Masuk Program Vaksinasi Pemerintah

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 236 hits
Vaksin Merah Putih merupakan buatan Universitas Airlangga Surabaya Saat ini vaksin tersebut sudah memasuki tahap uji klinis pada hewan Jika berhasil akan dilanjutkan pada relawan
Ryzal Ibrahim Duriankimchi Kutuk Pakaian Tradisional Iban Seperti Kain Buruk Netizen Serang Sosial Media Duriankimchi

Ryzal Ibrahim Duriankimchi Kutuk Pakaian Tradisional Iban Seperti Kain Buruk Netizen Serang Sosial Media Duriankimchi

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 983 hits
Pasangan influencer Malaysia Korea Ryzal Ibrahim atau nama sebenar Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menjadi mangsa serangan netizen apabila Ryzal didakwa telah mengutuk pakaian tradisional kaum Iban tanpa memikirkan perasaan warga Sarawak Men...
Total Lockdown Kenapa Seperti Ada Kempen Salahkan Rakyat

Total Lockdown Kenapa Seperti Ada Kempen Salahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 395 hits
NORMAN RADZUANTOTAL LOCKDOWN Kenapa seperti ada kempen salahkan rakyat APAKAH PERSEDIAN KERAJAAN UTK RAKYAT Akhirnya 1hb ini kita akan kembali total lockdown Saya terbuka dlm soal ini demi kebaikkan rakyat tetapi apakah kerajaan sudah menye...
Sekarang Sudah Tidak Seperti Dahulu Jauh Beza

Sekarang Sudah Tidak Seperti Dahulu Jauh Beza

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 228 hits
SEKARANG SUDAH TIDAK SEPERTI DAHULU JAUH BEZA Assalammualaikum wbt Betul sangat sangat Sekarang tidak lagi seperti dahulu Sangat banyak perbezaannya Banyak mana pun kita berkeluh kesah terkadang diri sendiri yang menjadi lelah Lelah perasaa...
Shae Seperti Magic Chord

Shae Seperti Magic Chord

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 228 hits
F C F C Faku masih sayang kamu Dmaku masih cinta kamu Gmsetega itukah A kau meninggalkanku Fhancur hatiku Faku masih sayang kamu Dmaku masih cinta kamu Gmapakah kau tahu A ku hancur karenamu Fsakit hatiku Ftak bisa hilang dari otakku Amkau ...
Patuh Sop Agar Dapat Kembali Meriahkan Perayaan Seperti Dahulu Kata Pm

Patuh Sop Agar Dapat Kembali Meriahkan Perayaan Seperti Dahulu Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 259 hits
Petugas Malaysian Buddhist Association semasa membuat persiapan untuk Hari Wesak yang disambut hari ini Hanya 10 AJK persatuan dibenarkan hadir di kuil itu untuk upacara keagamaan semalam PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terus...
Membuat Hijab Seperti Baru Ala Citra Kirana

Membuat Hijab Seperti Baru Ala Citra Kirana

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 345 hits
Artis cantik citra kirana atau yang biasa disapa Ciki sering memerankan karakter berhijab dalam sinetron yang dibintanginya Memulai karier sebagai model majalah hingga kini menjadi brand ambassador royale so klin tentunya tidak mudah bagi C...
Lrt Laluan Kelana Jaya Kembali Operasi Seperti Biasa

Lrt Laluan Kelana Jaya Kembali Operasi Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 339 hits
LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi ini dengan menggunakan satu landasan disokong perkhidmatan bas perantara percuma PETALING JAYA Prasarana Malaysia Berhad pagi ini mengumumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana ...
Situasi Covid 19 Sarawak Buruk Percepatkan Proses Vaksinasi Keadilan Sarawak

Situasi Covid 19 Sarawak Buruk Percepatkan Proses Vaksinasi Keadilan Sarawak

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 252 hits
KEADILAN Sarawak menyifatkan peningkatan kes positif dan kematian meningkat secara mendadak akibat Covid 19 di negeri itu jelas berada pada tahap membimbangkan Dalam kenyataan bersama peningkatan kes Covid yang mendadak itu menunjukkan pend...
Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Siri 1 2025

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord

Man Kinabalu Sibidat Kumut Kumut Chord

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash

Kepok Untuk Arwah Mak Lambang Kasih Yang Tidak Pernah Padam