Lrt Laluan Kelana Jaya Kembali Operasi Seperti Biasa


 
LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi ini, dengan menggunakan satu landasan disokong perkhidmatan bas perantara percuma.PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pagi ini mengumumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi, dengan menggunakan satu landasan disokong perkhidmatan bas perantara percuma.
Prasarana dalam kenyataan awal hari ini, berkata kekerapan tren adalah setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu selainnya, serta pengurangan kapasiti kepada 50% susulan langkah lebih ketat dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
Katanya, penumpang dijangka perlu menunggu lebih lama sedikit daripada biasa.
“Lima perantara dua tingkat percuma, dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit, turut disediakan untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah, manakala 166 penumpang dilapor mengalami cedera ringan malam tadi dalam perlanggaran dua tren LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya.
Kedua-dua tren dilaporkan bertembung pada kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, dilaporkan berkata tren dari Gombak membawa 213 penumpang, manakala tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang, dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum pertembungan berlaku.
Kes disiasat mengikut Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010.
Semua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain.
Sehubungan itu Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan penuh dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan membabitkan perlanggaran dua tren LRT berkenaan.
Prasarana turut menjelaskan kakitangan operasi juga akan ditempatkan di setiap platform stesen di antara stesen Pasar Seni sehingga stesen Ampang Park untuk memantau, membantu memudahkan pergerakan penumpang.
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari, selepas semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai.
“Prasarana juga telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan kerja-kerja sanitasi di Stesen KLCC serta di kawasan sekitarnya bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Menurut kenyataan itu lagi, Prasarana kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan terus memantau perkembangan penumpang yang terbabit dalam insiden malam tadi serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.
Pengguna perkhidmatan Rapid KL boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, menggunakan aplikasi ‘PULSE’ yang boleh dimuat turun melalui melalui ‘Google Play Store’ atau ‘Apple App Store’. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/lrt-laluan-kelana-jaya-kembali-operasi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lrt Bertembung Di Laluan Kelana Jaya

Lrt Bertembung Di Laluan Kelana Jaya

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 307 hits
Foto Keadaan Dalam Tren LRT Sumber NetizenTren Aliran Transit Ringan telah bertembung di laluan Kelana Jaya Laporan sepenuhnya masih belum didapati dari pihak berkenaan Beberapa keping foto menunjukkan keadaan penumpang didalam tren yang
Prasarana Sahkan Berlaku Insiden Kemalangan Lrt Laluan Kelana Jaya Berhampiran Kg Baru

Prasarana Sahkan Berlaku Insiden Kemalangan Lrt Laluan Kelana Jaya Berhampiran Kg Baru

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 305 hits
PETALING JAYA Beberapa penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan laluan Kelana Jaya dipercayai cedera selepas insiden melibatkan dua tren di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru malam tadi Prasarana Malaysia Bhd dalam satu kenyataan berkat...
Lrt Laluan Kelana Jaya Terlibat Kemalangan Berhampiran Stesen Kampung Baru

Lrt Laluan Kelana Jaya Terlibat Kemalangan Berhampiran Stesen Kampung Baru

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 382 hits
Sumber Kuala Lumpur Rapid KL telah memaklumkan melalui status di FB mereka bahawa satu kemalangan telah berlaku sebentar tadi yang melibatkan laluan LRT Kelana Jaya khususnya kereta api nombor 40 dan 81 Dimaklumkan juga bahawa semua penumpa...
47 Mangsa Cedera Parah Tren Lrt Laluan Kelana Jaya Bertembung

47 Mangsa Cedera Parah Tren Lrt Laluan Kelana Jaya Bertembung

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 304 hits
FAZLI RADZISejumlah 47 penumpang cedera parah apabila dua tren Transit Aliran Ringan bertembung dalam kemalangan antara stesen KLCC dan Kampung Bharu jam 8 45 malam tadi Dalam masa sama seramai 166 mangsa lagi cedera ringan dalam insiden ak...
Hiburan Untuk Kembali Seperti Biasa Memang Tidak Lufya Maafkan Fara Hanim

Hiburan Untuk Kembali Seperti Biasa Memang Tidak Lufya Maafkan Fara Hanim

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 257 hits
Pelakon Lufya Omar memaklumkan dirinya telah pun menerima permohonan maaf daripada pengacara Fara Hanim Razak atas sebab menuduh Lufya merupakan antivaksin AdvertisementBaru baru ini tular cerita dimana Fara Hanim menuduh pelakon Rita Rudai...
Kelana Jaya Lrt Line Resumes Operation Says Prasarana

Kelana Jaya Lrt Line Resumes Operation Says Prasarana

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 355 hits
The Kelana Jaya Light Rail Transit line is operating from 6am this morning using a single track and supported by a free shuttle bus service Prasarana Malaysia Berhad in a statement today said the service will operate with a train frequency ...
Lrt Kelana Jaya Line Kemalangan

Lrt Kelana Jaya Line Kemalangan

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 294 hits
Oleh AZMAN IBRAHIM Gambar dari media sosialPETALING JAYA Transit aliran ringan Kelana Jaya Line terlibat dalam kemalangan dekat sini petang tadi Rapid KL dalam kenyataan yang dikeluarkan memberitahu kemalangan itu membabitkan tren bernombor...
Kejadian Kemalangan Lrt Kelana Jaya Bertembung

Kejadian Kemalangan Lrt Kelana Jaya Bertembung

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 631 hits
Kejadian Kemalangan LRT Kelana Jaya Bertembung Rasa nak gugur jantung lepas baca berita kemalangan LRT laluan Kelana Jaya bertembung pada pukul 8 30malam Ramai pula tu mangsa terlibat Tak terbayang ketakutan tu Kemalangan pertama kali berla...
Kelana Jaya Lrt Operating On Single Track As Repair Work Still Ongoing

Kelana Jaya Lrt Operating On Single Track As Repair Work Still Ongoing

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 243 hits
The Kelana Jaya light rail transit service is operating using a single track today as repair and installation work between the KLCC and Kampung Baru stations has not been completed yet Transport Minister Wee Ka Siong said inspection conduct...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Pas Sudah Melupakan Shahidan Kassim Annuar Musa

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment