Ryzal Ibrahim Duriankimchi Kutuk Pakaian Tradisional Iban Seperti Kain Buruk Netizen Serang Sosial Media Duriankimchi
Pasangan influencer Malaysia-Korea, Ryzal Ibrahim atau nama sebenar Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menjadi mangsa ‘serangan’ netizen apabila Ryzal didakwa telah ‘mengutuk’ pakaian tradisional kaum Iban tanpa memikirkan perasaan warga Sarawak.
Menerusi video yang dimuatnaik di Insta Story miliknya, Ryzal dilihat mempersendakan pakaian Ngepan Indu Iban semasa isterinya Maryam You Narae sedang bersiap sambil memperagakan pakaian tersebut.
Jelas kelihatan Maryam tidak selesa dengan gurauan suaminya apabila mengatakan pakaian tradisional kaum Iban itu seperti kain buruk, duit syiling, kain meja, alas televisyen (TV) 70-an, tali pinggang pengakap dan tikar.
Berbeza dengan Ryzal, Maryam berasa bangga kerana berpeluang memakai pakaian tradisi kaum Iban yang diperbuat penuh daripada hasil tangan (handmade) itu, namun suaminya masih meneruskan gurauan yang mendatangkan kegusaran terhadap kaum Iban itu.
Disebabkan gurauan Ryzal itu, netizen yang mengkritik sekerasnya tindakan Ryzal yang seakan tidak menghormati pakaian tradisional kaum Iban dan netizen mengatakan sebagai seorang Public Figure, Ryzal perlulah lebih berhati-hati dan seharusnya membuat penyelidikan sebelum memberi kutukan terhadap budaya pakaian tradisional sesuatu kaum.
Netizen rata-rata mengutuk perbuatan Ryzal namun memuji tindakan Maryam yang tidak mengendahkan gurauan Ryzal itu dan Maryam yang berasal daripada Korea itu lebih menghormati budaya pakaian sebuah kaum dengan lebih matang berbanding suaminya.
View this post on Instagram
A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)
Selepas menerima kecaman hebat daripada netizen, akhirnya Ryzal membuat permohonan maaf melalui laman sosial Instagram miliknya dan mengatakan dia sanggup untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya kaum Iban di Sarawak masih tidak berpuas hati dengan apa yang dicetuskan olehnya.
“Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam.
Saya akui ianya gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.
Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan Pakaian Tradisional Iban.
Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua.
Sekali lagi, saya minta maaf.” – tulis Ryzal di Instagram
Video Ryzal Ibrahim Persenda Pakaian Tradisional Iban
@rilekstudioRyzal Ibrahim Durian Kimchi Kutuk Pakaian Iban Pulak! ##fyp ##duriankimchi
♬ original sound – rilekstudio
The post Ryzal Ibrahim DurianKimchi Kutuk Pakaian Tradisional Iban Seperti ‘Kain Buruk’, Netizen Serang Sosial Media DurianKimchi appeared first on TEHPANAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tehpanas.com/ryzal-ibrahim-duriankimchi-kutuk-pakaian-tradisional-iban-seperti-kain-buruk/