Program Usahawan Venyss Bantu Tambah Pendapatan
Dalam keadaan ekonomi sekarang, semua orang tengah mencari apa jua peluang yang ada untuk menjana pendapatan. Macam aku sendiri, aku explore macam-macam perkara termasuklah program affiliate, jadi ejen untuk produk, buat review, buat workshop, dan macam-macam lagi. Aku yakin dan percaya, ramai lagi orang kat luar sana yang buat benda yang sama untuk cari pendapatan tambahan. Apatah lagi untuk mereka yang hilang mata pencarian seperti diberhentikan kerja, dipotong gaji dan macam-macam lagi.
Untuk perkongsian kali ini, aku terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit tentang peluang Program Usahawan Venyss untuk bantu tambah pendapatan individu tak kira secara sambilan ataupun sepenuh masa. Mesti ramai lagi yang belum tahu tentang kewujudan Venyss kan? Jadi, kalau korang nak tahu apa itu Venyss dan peluang keemasan yang ditawarkan, korang kena baca artikel ni sampai habis. Semoga sedikit-sebanyak memberi manfaat untuk semua especially bagi korang yang tengah struggle cari pendapatan tambahan
Sebelum bercerita tentang Venyss, jom kita tengok dulu produk-produk yang ditawarkan di Venyss. Orang kata, kalau produk bagus dan berkualiti, semua orang akan cari. Kita tak perlu cari customer, tapi customer yang akan cari kita. Sama juga macam Venyss, mereka menawarkan produk berasaskan perak yang halus seninya, cantik dan elegan. Tak percaya? Korang tengok la sendiri. Kalau korang rasa berkenan nak beli, macam itu jugalah perasaan orang kat luar sana bila tengok produk-produk yang dijual
Program Usahawan Venyss ini dijalankan secara atas talian (online). Semua orang ada smartphone dan internet kan? Daripada kita habiskan masa yang terluang menghadap media sosial, apa kata kita ubah sedikit habit kita untuk membuat sesuatu yang lebih berfaedah dan mendatangkan hasil? Sounds interesting right? Aku nak korang buka mata dan buka minda, kehidupan kita hari ini dihidangkan dengan pelbagai peluang di depan mata untuk kita "grab"! Cuma, ia terserah kepada kita sama ada kita nak atau tak je. Tepuk dada, tanya selera
Personally, aku suka explore benda-benda baru secara online. Mana-mana peluang yang ada terutama sekali yang dapat menyumbangkan kepada pendapatan sampingan, aku akan cuba buat. Tak perlu fikir dan tak perlu risau sama ada berjaya atau tidak, yang penting kita buat dulu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Bila diteliti balik tentang Program Usahawan Venyss ni, aku rasa tertarik dan terpanggil nak share info ni kepada semua. Antara kelebihan yang ditawarkan menerusi Program Usahawan Venyss adalah seperti berikut:Program yang dijalankan secara atas talian (online)Menawarkan produk berasaskan perak seperti ukiran nama dan juga menyediakan perkhidmatan membaik pulih aksesori berasaskan perakPemilikan kedai konsep VenyssPenganugerahan hadiah lumayan untuk setiap peningkatan prestasi yang baikMenyediakan pemantauan sokongan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan meliputi cara berniaga dengan betulJualan terus kepada pelanggan memberi pulangan keuntungan secara berganda dan sangat berbaloiDengan mencapai tahap jualan minimum, kenaikan pangkat secara automatik dengan komisen dan bonus yang lebih tinggiSetiap jualan individu dan kumpulan akan dikredit terus ke akaun bank setiap bulan
Macam mana, menarik kan? Mungkin ada antara korang yang sedang baca ni memang sangat-sangat perlukan kerja atau peluang untuk jana pendapatan tambahan. Tetapi, masih ragu-ragu kerana bimbang dan khuatir business seumpama ini memerlukan modal yang besar untuk bermula. Jangan risau!
Kalau korang tak ada modal, korang masih boleh turut serta dalam Program Usahawan Venyss. Macam mana caranya? Sekerang ini ada tawaran kemasukan percuma, tak perlu keluarkan duit poket satu sen pun untuk join Dropship Venyss. Bukan sahaja kemasukan percuma, malah korang akan diberi ilmu dan bimbingan dari coach yang berkaliber dan group support yang sporting. Bahan positing untuk marketing pun disediakan. Tak perlu risau kalau tak ada skills untuk buat design poster iklan dan sebagainya. Apa yang penting, Venyss menawarkan komisyen tinggi, produk yang senang dijual dan tak perlu pegang barang. Kita cuma perlu buat iklan dan share tentang produk-produk yang ada di Venyss.
Berminat nak join Program Usahawan Venyss, tapi masih ragu-ragu? Ok, sekarang ni aku cerita pula tentang pengasas atau orang kuat di sebalik Venyss. Program ini telah diasaskan oleh Puan Nor yang sejak tahun 2013 lagi. Pada awalnya Venyss hanya tertumpu kepada produk berasaskan perak dan perkidmatan membaik pulih barangaan perak. Namun, semenjak serangan wabak COVID19, landskap perniagaan kian berubah. Untuk terus kekal relevan, Puan Nor telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang terjejas teruks akibat pandemik yang melanda terutama sekali bagi mereka yang hilang punca pendapatan seperti diberhentikan kerja. Program Usahawan Venyss ini diadakan semata-mata untuk mencari mereka yang mempunyai impian dan semangat juang tinggi untuk memperbaiki taraf hidup dalam mencari sumber pendapatan
Kalau korang mencari peluang untuk menjana pendapatan, aku syorkan korang untuk kaji selidik Program Usahawan Venyss ni. Tak ada ilmu dan tak ada pengalaman? Jangan risau, korang akan diberi bimbingan, ilmu dan pengalaman daripada mereka yang pakar. Konsultan Program Usahan Venyss yang sedia ada siap-sedia untuk membantu dan memberi sokongan untuk sama-sama melakar kejayaan
Personally, aku rasa program macam ni bagus. First and foremast, kita boleh join tak perlu keluarkan modal. Jadi, kita tak rugi apa-apa. Paling penting, kita akan dapat ilmu dan pengalaman baru. Contohnya, kita buat business Venyss tetapi tak berjaya, kita boleh guna balik segala ilmu yang kita ada ni untuk ceburkan diri dalam business yang lain. Jangan takut untuk invest untuk diri sendiri! Jangan takut untuk sahut cabaran. Jangan cepat bagi alasan, tapi cuba ambil peluang yang ada dan manfaatkan sebaiknya. Kaji tentang Venyss, kaji tentang produk yang ada, kaji tentang value yang kita boleh bagi kepada orang sekeliling kita dan paling penting, cuba polish bakat dan passion kita dalam business. InshaAllah, sesiapapun boleh berjaya. Kalau korang nak dapatkan kata-kata semangat atau nak tahu pengalaman mereka yang dah join Venyss, korang boleh tengok video ni
Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Usahawan Venyss ataupun tentang produk-produk Venyss, korang boleh layari laman media sosial Venyss seperti berikut:
Facebook: FB/venyssofficial
Instagram: IG/venyss_official
Twitter: twitter/venyss_official
Telegram: telegram/venysspremium
Youtube: Youtube/VenyssYoutube
Tiktok: Tiktok/VenyssTiktok
FB Group Usahawan: https://bit.ly/fbgroupVJC
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penaberkala.com/2020/12/program-usahawan-venyss-bantu-tambah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eBUqd+(VISIBLE+VOICE)