Portal Khas Kbs Bantu Belia Dapatkan Maklumat Program Kerajaan
BH ONLINE 

REEZAL Merican Naina Merican.- Foto BERNAMA KUALA  LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan portal khas bagi  memudahkan belia mendapatkan maklumat pelbagai program dan inisiatif  diperkenalkan kerajaan kepada golongan berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata laman sesawang berkenaan; http://ebelia.iyres.gov.my yang diwujudkan bagi memudahkan belia memperoleh maklumat berkaitan  pelbagai inisiatif dan program yang diperkenalkan oleh 14 kementerian di  bawah satu bumbung.
Reezal Merican menjelaskan portal berkenaan akan menyediakan pelbagai  maklumat berkaitan peluang dan penciptaan pekerjaan termasuk  keusahawanan dan ekonomi gig, peluang latihan dan kemahiran, selain  peluang dana dan kemudahan kerajaan kepada golongan belia di negara ini.
"Sebagai permulaan, sistem eBelia di bawah IYRES akan menjadi titik  mula sinergi ini sebelum proses migrasi dan transformasi sepenuhnya ke  dalam sistem portal baharu yang sedang dibangunkan termasuklah single  sign-on ke sistem-sistem oleh agensi kerajaan yang lain.
Disyorkan Untuk Anda  Belanjawan 2021: MBM dakwa pembangunan belia diketepikanSyor kerajaan bantu usahawan belia terjejasKBS teroka ruang baharu atasi isu pengangguran beliaSAM tawar khidmat pendigitalan kepada persatuan sukan kebangsaan"Hasilnya, kolaborasi KBS bersama (MDEC) Perbadanan Ekonomi Digital  Malaysia) kini boleh dimanfaatkan dalam sistem eBelia ini di samping  peluang pekerjaan yang disediakan melalui sistem carian pekerjaan  Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," jelas Reezal Merican menerusi  hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya.
 Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas,  berkata pihak KBS sedang memuktamadkan pelbagai inisiatif untuk  golongan belia menerusi kerjasama dengan beberapa kementerian termasuk  Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan  Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan.
Selain itu, golongan belia boleh mendapatkan pelbagai maklumat  berhubung inisiatif berkaitan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)  yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada  Jumaat lalu dalam portal berkenaan.
"Insya-Allah, saya dan pasukan KBS Malaysia akan terus memastikan  platform ini benar-benar memberi impak kepada belia dan terbuka untuk  sebarang cadangan penambahbaikan," kata Reezal Merican. – BERNAMA   
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/portal-khas-kbs-bantu-belia-dapatkan.html