Program Realiti All Together Now Malaysia Mulai Jun 2021


 Hi Korang,
Program realiti ‘All Together Now Malaysia’atau ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur. Penyertaan adalah terbuka secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. Barisan peserta juga bebas memilih genre muzik dan jenis bahasa untuk diketengahkan dalam lagu persembahan masing-masing. Juara ‘ATNMY’ musim pertama juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta sebuah trofi.


Program ‘ATNMY’ ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. Program ini juga turut mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut telah diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland, Perancis dan sebagainya. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

‘ATNMY’ masih mengekalkan format asal program tersebut. Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan resam norma baharu, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia.


Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku ‘Hos’ ini terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.
Mengangkat tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’, penerbitan ‘ATNMY’ musim pertama turut memperkenalkan konsep muhibah menerusi pemilihan barisan juri serta menyaksikan penyertaan daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Bakal diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’, kesemua 50 juri yang telah dilantik adalah terdiri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya.


PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO



Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria

“Bagi mengorak langkah ke hadapan sebagai perintis industri kandungan harta intelek (IP) utama di Malaysia, Astro amat komited dalam memperkenalkan kepelbagaian merangkumi format kandungan tempatan dan kandungan adaptasi antarabangsa bagi memenuhi citarasa audiens.

Setelah agak lama menyepi daripada menganjurkan sebarang pertandingan nyanyian yang membabitkan penyertaan amatur, saluran Astro Ria kini dengan berbesar hati menganjurkan program ‘ATNMY’ bagi mengubat kerinduan orang ramai terhadap program-program sebegini.
Kali terakhir Astro Ria menganjurkan pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada format antarabangsa seumpama ini ialah menerusi program fenomena Akademi Fantasia yang kali terakhir diterbitkan pada tahun 2017 untuk edisi ‘AF Megastar’. Caturan berani Astro dalam memperkenalkan konsep realiti yang cukup asing di kalangan audiens tempatan pada tahun 2003 ketika itu ternyata telah membuka satu lembaran baharu yang mengubah landskap dunia hiburan secara drastik.
Sebenarnya proses adaptasi bukanlah mudah seperti yang disangka. Selain terikat dengan garis panduan format asal yang ketat, setiap perincian mesti diambil kira bagi memastikan elemen tempatan dapat diterapkan sekaligus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan adab resam dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi memberikan kelainan yang unik, olahan kreatif di luar kotak juga harus disuntik bagi memastikan keseragaman ‘look and feel’ format asal dapat dikekalkan.
Panel perunding rasmi yang dilantik oleh pihak Banijay Rights iaitu ‘format owner’ program ini juga telah ‘diterbangkan’ khas secara maya dari Amsterdam dan Polland untuk berkongsi pengalaman serta memberikan latihan industri dan khidmat nasihat kepada pihak produksi sebagai persediaan dalam merealisasikan penerbitan ‘ATNMY’.
Selain itu, kesesuaian norma baharu juga turut dititik beratkan. Sebagai contoh untuk program ‘ATNMY’, 50 juri selebriti akan diketengahkan berbanding format sebenar yang menampilkan 100 orang juri. Barisan juri untuk versi tempatan cuma membawa masuk separuh daripada jumlah asal kerana mengambil kira SOP dan kapasiti yang dibenarkan susulan krisis Covid-19.
Untuk makluman semua juga, program ‘ATNMY’ ini sebenarnya sudah dua kali ditunda daripada tarikh asal yang dijadualkan akibat situasi ketidaktentuan pandemik pada ketika ini. Namun begitu, strategi pemantapan kandungan telahpun diatur dengan teliti agar tidak menjejaskan mutu penganjuran sekaligus menjamin kepuasan tontonan yang maksima kepada penonton di rumah.
Walaupun program ini baru sahaja dilancarkan, namun pihak produksi sudahpun memulakan misi pencarian bakat untuk menyertai musim seterusnya. Sesi uji bakat musim kedua kini secara rasminya sudahpun dibuka secara online. Emelkan pautan video penyertaan anda ke [email protected] sebelum 30 Mei 2021 untuk disenarai pendek.
Semoga program ‘ATNMY’ ini dapat mengulangi fenomena program-program yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro. Selamat menonton!”


TRIVIA MENGENAI ‘ATNMY’

 

1.      Penerbitan ‘ATNMY’ turut disokong oleh Gempak dan Ria X yang turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA, HITZ dan RAAGA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.

 

2.      Selain Sherry Al Hadadyang akan mengendalikan pentas utama selaku ‘Hos’, program ‘ATNMY’ turut membawa masuk gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar bagi memeriahkan musim pertama sebagai ‘Hos’ untuk program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’.

 

3.      Manakala pengacara Go Shop, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘Hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

 

4.      Meskipun penganjuran  musim pertama program ‘ATNMY’ berlangsung ketika krisis pandemik Covid-19 melanda, namun sambutan yang diterima amat memberangsangkan dengan penerimaan keseluruhan hampir 3000 buah jumlah video penyertaan secara online. Daripada jumlah tersebut, hanya 214 jumlah penyertaan yang berjaya terpilih untuk menyertai musim ini sama ada secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. 214 buah penyertaan tersebut melibatkan hampir 250 orang jumlah keseluruhan peserta yang bertanding.

 

5.      Antara peserta yang bakal mewarnai musim pertama termasuklah Zaki Yamani yang merupakan anak kepada legenda negara Jamal Abdillah, Najua P. Ramlee; cucu kepada seniman negara  Allahyarham Tan Sri P Ramlee, komposer jingle & personaliti Tik Tok; Ajoi Zainal, penari & influencer; Baelon, penyanyi; Meer Nash, Kumpulan Pancit Sitaya yang memperjuangkan genre irama Malaysia & Dangdut.

 

6.      Selain konsert mingguan yang akan bersiaran selama 10 minggu, sebuah episod khas turut diterbitkan sempena meraikan ulang tahun Astro yang ke-25 pada tahun ini. Barisan peserta yang bakal menyertai episod khas tersebut adalah daripada kalangan bekas-bekas peserta program hiburan popular terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked  Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya. Tarikh  siaran episod istimewa tersebut masih belum  ditetapkan dan akan diumumkan kelak.

 

7.      Keseluruhan rakaman telah mengambil masa 33 hari untuk diselesaikan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua garis panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak MKN & KKM juga telah dipatuhi semasa rakaman ini dijalankan.

 

8.      Antara cabaran terbesar sepanjang penganjuran program ‘ATNMY’ ialah terikat dengan jadual dan garis masa yang cukup padat susulan perlaksanaan PKP. Oleh kerana rakaman program ini melibatkan penglibatan pasukan yang besar, pihak produksi juga turut berdepan dengan cabaran untuk mengawal jumlah kapasiti yang besar pada satu masa agar tidak melanggar SOP sekaligus memastikan keselamatan semua pihak dapat diutamakan.

 

9.      Selain itu, pihak produksi Astro juga harus membuat perancangan rapi bakal memastikan segala maklumat sulit terutamanya yang berkaitan dengan barisan penuh juri dan keputusan pertandingan tidak tersebar sebelum pengumuman rasmi dibuat kepada umum khususnya pihak media.



FORMAT PENJURIAN ‘ATNMY’

 

Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Seramai 24 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.
Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima. Peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik. Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir. Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi.
Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium.





SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY’







1.      Dato’ AC Mizal

2.      Syamel

3.      Ernie Zakri

4.      Mark Adam

5.      Noryn Aziz

6.      Erra Fazira

7.      Tuju [K-Clique]

8.      Siti Nordiana

9.      Zizan Razak

10.  Tabby [Dolla]

11.  Khai Bahar

12.  Zizi Kirana

13.  Jaclyn Victor

14.  Linda Nanuwil

15.  Andi Bernadee

16.  Bob Yusof

17.  Nana Mahazan

18.  Shiha Zikir

19.  Sissy Imann

20.  Chubb-e

21.  Mimi Fly

22.  Aina Abdul

23.  Ifa Raziah

24.  Sarah Suhairi

25.  Catriona Ross

26.  Azzam Sham

27.  Dafi Ismail

28.  Ara Johari

29.  Azira Syafinaz [DeFam]

30.  Liza Hanim

31.  Yusuf Bahrin

32.  Angel [Dolla]

33.  Joey Daud

34.  Acong

35.  AzfarHeri

36.  Yaya Zahir

37.  Kelly Azman

38.  Jad Lobo

39.  Harith Zazman

40.  Kaka Azraff

41.  Haniff Hamzah [ERA]

42.  Falyq Hikyle [SINAR]

43.  Ean [HITZ]

44.  Suresh [RAAGA]

45.  Alvin Chong

46.  Daniel Cheang

47.  Vanessa Reynauld

48.  Neeta Manisha

49.  Thanuja

50.  Kidd Santhe




INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘ATNMY’




Rangkaian program ‘ATNM’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petangbermula 31 Mei 2021. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam bermula 5 Jun 2021.
Manakala rakaman konsert mingguan ‘ATNMY’pula akan bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun 2021.  Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘ATNMY’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105).
Program khas ‘ATN Malaysia Extended’ pula akan menyiarkan klip video bloopers menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform. Ia akan disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 7 Jun 2021.
Untuk pengisian di platform digital pula, rakaman program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ akan disiarkan bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/AllTogetherNowMY ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘ATNM’ bermula 6 Jun 2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/05/program-realiti-all-together-now.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Total Lockdown Mulai 1hb Jun 2021

Malaysia Total Lockdown Mulai 1hb Jun 2021

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 349 hits
Setelah hampir dua tahun lamanya kita berperang dengan Covid 19 nampaknya kerajaan Malaysia masih belum ada jalan penyelesaian yang konkrit bagi menangani penularan wabak sekaligus mempertaruhkan nyawa rakyat dan semalam Malalui perutusan d...
Tebus Rm150 Ebelia Mulai 1 Jun 2021

Tebus Rm150 Ebelia Mulai 1 Jun 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 341 hits
ebelia get ebelia ebelia rm150 APAKAH ITU PROGRAM EBELIA Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban This is a content summary only Visit my website for full li...
Reconnecting Talian Raya Dari Realme Malaysia Di Lanjutkan Lagi Sehingga 14 Jun 2021

Reconnecting Talian Raya Dari Realme Malaysia Di Lanjutkan Lagi Sehingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 378 hits
Berita baik peminat realme Malaysia baru baru ini telah mengumumkan pelanjutan tarikh akhir permainan Menyambungkan Talian Raya Mini hingga 14 Jun 2021 Rakyat Malaysia digalakkan untuk tinggal di rumah dalam tempoh mencuba ini sambil bersen...
Analisis Btc Untuk 03 Jun 2021 Lihat Penembusan Harga Pada Saluran Terbalik

Analisis Btc Untuk 03 Jun 2021 Lihat Penembusan Harga Pada Saluran Terbalik

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 275 hits
Analisis teknikal Mata wang BTC telah diperdagangkan ke atas pada harga 38 750 tetapi saya masih tidak mempunyai momentum yang kuat yang boleh menjadi amaran pertama untuk putaran penurunan Cadangan perdagangan Oleh kerana keadaan overbough...
Hadith Doa Hari Ini 3 Jun 2021 22 Syawal 1442h Khamis

Hadith Doa Hari Ini 3 Jun 2021 22 Syawal 1442h Khamis

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 288 hits
Hadist Hari Ini Khamis 22 Syawwal 1442 Dari Sayyidina Abu Hurairah berkata Baginda Rasulullah bersabda yang maksudnya Setengah daripada kebaikan keIslaman seseorang ialah apabila ia suka meninggalkan apa apa yang tidak memberikan kemanfaata...
Analisis Eur Usd Untuk 03 Jun 2021 Potensi Penurunan Ke Arah 1 2135

Analisis Eur Usd Untuk 03 Jun 2021 Potensi Penurunan Ke Arah 1 2135

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 201 hits
Analisis teknikal EUER telah berdagang ke arah bawah seperti yang kami jangkakan Masih ada potensi penurunan ke tahap pada 1 2135 Cadangan perdagangan Kerana penolakan yang berjaya terhadap ayunan baru baru ini dan mod penyaluran penurunan ...
Analisis Teknikal Eur Usd Untuk 2 Jun 2021

Analisis Teknikal Eur Usd Untuk 2 Jun 2021

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 238 hits
Prospek Pasaran Teknikal Pasangan EUR USD menuju ayunan telah ditutup pada tahap 1 2254 setelah graf lilin Pin Bar dibentuk Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1 2266 yang merupakan ayunan Sekiranya tidak ada lanjutan...
Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Pkp Bermula 1 Jun 2021 Sehingga 14 Jun 2021

Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Pkp Bermula 1 Jun 2021 Sehingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 1028 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Terdahulu telah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 8 malam Ahad 30 Mei 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3 0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini sena...
Ramalan Untuk Cardano Pada 1 Jun 2021

Ramalan Untuk Cardano Pada 1 Jun 2021

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 254 hits
Cardano mencapai tahap tertinggi sepanjang masa 2 46 pada bulan Mei apa yang akan berlaku pada bulan Jun Cardano dan Ethereum mengekalkan kestabilan dan momentum kenaikan yang agak tinggi pada hujung minggu Ramalan Harga Cardano Gambaran ke...
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Apakah Surat Asy Syu Ara Disebut Juga Surat Pemusik

Terapkan Budaya Kemas Dan Susun Di Mana Saja Anda Berada

Selepas Bersara Setiap Ringgit Berguna

Laundry Day Woes Say Goodbye To Lost Socks With Inchbug

Astrazeneca Akhirnya Tarik Balik Vaksin Covid 19 Selepas Pengakuannya Yang Mengejutkan

Buat Ujian Darah Menjelang Usia Menua