Malaysia Total Lockdown Mulai 1hb Jun 2021
Setelah hampir dua tahun lamanya kita berperang dengan Covid-19, nampaknya kerajaan Malaysia masih belum ada jalan penyelesaian yang konkrit bagi menangani penularan wabak sekaligus mempertaruhkan nyawa rakyat dan semalam - Malalui perutusan dari Perdana Menteri, mengumumkan tarik total lockdown untuk satu Malaysia bermula 01hb Jun 2021.
Berikutan tujuh hari berturut kes meningkat macam tak de esok, kerajaan terpaksa mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan penambahan sekatan ke atas sektor ekonomi dan sosial.
PKP 3.0
Perkara yang telah mendapat kata bulat melalui satu Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) : Pengurusan Covid-19 turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan merera terhadap usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP 3.0 telah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka. Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa lebih panjang.
Perdana Menteri menjelaskan bahawa penutupan semua sektor ekonomi semasa PKP 1.0 pada 18hb Mac 2020 hingga 03hb Mei 2020 yang bertujuan mengekang penularan Covid-19 bukan sahaja menyebabkan negara mengalami kerugian sekitar RM 2.4 bilion setiap hari malah ramai rakyat kehilangan pekerjaan serta peniaga kecil turut terjejas teruk.
Sementelah itu.
Beliau turut mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya kerajaan menguatkuasakan semula perintah seperti PKP 1.0 lampau, negara berkemungkinan memerlukan sehingga RM 500,000,000,000 atau setengah trilion ringgit untuk membantu rakyat yang terjejas dan merangsang semula ekonomi negara.
"Terima hakikat ini masalah bersama, approach kita bukan whole of government, it is whole of society".
Sejujurnya :
Proses melandaikan kembali lekuk Covid-19 bukan hanya tanggungjawab kerajaan malah ia adalah tanggungjawab yang perlu digalas bersama-sama. Kalau dulu kita pernah MENANG, bukan isu mustahil sekiranya kemenangan berpihak pada kita sekali lagi. Jangan bergantung harap pada inisiatif kerajaan semata-mata sebaliknya sebagai rakyat - Kita patut sedar bahawa kita juga memainkan peranan sama kuat.
Ayuh kita rapatkan saf.
Makan makanan sihat dan bersenam secara berkala.
Sesekali hubungi jiran tetangga, rakan-rakan dan ahli keluarga untuk bertanya khabar.Duduk di rumah dan luangkan masa bersama keluarga tersayang.
Kita pasti menang !!
LOVE ;
Atie Adnan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2021/05/malaysia-total-lockdown-mulai-1hb-jun.html