Program Komuniti Mcdonald 2018 Bantu Golongan Miskin Di Pantai Timur


Program Komuniti McDonald 2018 Bantu Golongan Miskin Di Pantai Timur l Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelang tahun baru 2019. Ini bermakna sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi. Kelihatan ramai ibu bapa yang dah mula menyerbu ke pusat membeli belah untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Tambahan pula, jualan akhir tahun dengan tawaran murah untuk peralatan sekolah menghangatkan lagi suasana persiapan membeli barangan persekolahan bagi anak-anak. Yang pasti, anak-anak gembira untuk memulakan sesi persekolahan baru. Maklumlah, dari pakaian hingga ke beg serta kasut sekolah, semua dapat yang baru. Gembira sakan!
Tetapi, pernahkah kita terfikir, dalam keseronokan kita membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, bagaimana golongan yang kurang berkemampuan menyediakan peralatan dan barangan untuk persekolahan anak-anak mereka? Untuk pengetahuan semua, di Malaysia terdapat pelbagai badan samada kerajaan atau bukan kerajaan (NGO) yang sama-sama turun padang, berganding bahu dalam membantu golongan kurang berkemampuan, samadabantuan dalam bentuk kewangan atau peralatan

McDonald’s sumbang lebih RM 480,000 kepada golongan kurang bernasib baik di Kelantan
McDonald's merupakan salah satu badan aktif di Malaysia yang sering menganjurkan aktiviti komuniti bagi membantu golongan yang memerlukan. Team Blogger Pantai Timur (BPT) telah diberikan penghargaan untuk menyaksikan sendiri Program Komuniti McDonald peringkat Negeri Kelantan pada 13 Disember 2018 yang bertempat di McDonald's Pandu Laju, Pengkalan Chepa. Program ini merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebahagian ahli blogger pantai timur (BPT) yang dijemput hadir ke program ini.
Sebanyak sejumlah RM484,100 sumbangan telah diumumkan pada program tersebut melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan. Program Komuniti McDonald's dan RMHC kali merangkumi beberapa acara, program dan pemberitahuan yang dijalankan oleh McDonald's Malaysia. Antara inisiatif-inisiatif yang diumumkan di majlis komuniti tersebut termasuk
1. Penyerahan Zakat Perniagaan Dari McDonald
2. Program Perantisan McDonald's Malaysia
3. Program "Back-to-School"
4. Rumah Ronald McDonald's Kedua di HUSM

Program komuniti ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Mufti Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad. Penyerahan Zakat Perniagaan Dari McDonaldMcDonald’s Malaysia, kini dimiliki oleh Reza Group, telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu, kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam. Reza Group adalah syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua cawangan McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20 tahun lalu

Sesi penyerahan zakat daripada wakil McDonald's Malaysia kepada MAIK
Azhar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, turut berkata bahawa Ronald McDonald Charities House Malaysia akan terus melaksanakan kewajipan zakat apabila tiba masanya, kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.
Penyerahan zakat perniagaan ini telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melalui Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi yang juga merupakan tetamu kehormat dalam program komuniti ini. Turut sama dalam program ini adalah YB. Sahibul Samahah Dato' Haji Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Tuan Haji Abdullah bin Mat, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Program Perantisan McDonald's Malaysia Program ini merupakan sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dilaksanakan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan pensijilan diberikan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD).
Melalui program ini, para perantis akan menjalani tempoh latihan praktikal dan teori di dalam kelas selama 18 bulan. Setiap bulan perantis akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan, insurans serta makanan secara percuma. Selaras dengan perlaksanaan program ini, diharap dapat meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat serta pada masa yang sama memupuk bakat baru.
Sebahagian daripada para perantis yang telah berjaya
Sijil diberikan kepada para perantis yang telah berjaya dalam praktikal dan teori.
Para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan sangat dialu-alukan untuk menyertai Program Perantisan McDonald's. Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's sepenuh masa. Program Kembali ke Sekolah (Back To School)Program “Kembali ke Sekolah” mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s, di mana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu. Melalui program ini, setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah untuk persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019. 
Sumbangan kelengkapan sekolah oleh McDonald kepada kanak-kanak sekolah rendah
Kanak-kanak yang kurang berkemampuan gembira dengan peralatan sekolah yang diterima
Keseluruhan sumbangan di bawah program “Kembali ke Sokolah” tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta. Di Kelantan, seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar menerima pek ini.Rumah Ronald McDonald Ke-2 di HUSMRonald McDonald House Charities (RMHC) turut meluaskan inisiatif kemasyarakatan di Kelantan dengan penubuhan Rumah Ronald McDonald (RMH) kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Rumah ini merupakan rumah persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu

Rumah Ronald McDonald yang kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.
RMH yang dijangka siap pada awal tahun hadapan merupakan rumah kediaman berkelengkapan penuh dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni



Antara kemudahan yang disediakan di RMH di Hospital USM, Kelantan 
Penubuhan rumah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat di samping menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka yang sedang menjalani rawatan di hospital.
Program Inisiatif Terbaik Dari McDonald's Malaysia Harus DipujiProgram inisiatif yang dilakukan oleh McDonald Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dan mengurangkan beban kewangan buat golongan yang kurang berkemampuan merupakan suatu usaha terpuji yang harus dipandang tinggi. Semoga selepas ini akan ada program dan inisiatif kemasyarakatan lain pula yang akan menyusul.
Terima kasih sangat kepada McDonald yang telah memberi sumbangan dalam meringankan beban kepada komuniti yang kurang berkemampuan di Kelantan. Bagi anda yang gemar menikmati hidangan istimewa di restoran McDonald's, jangan lupa untuk terus menderma dengan memasukkan wang ke dalam tabung kebajikan yang terdapat di kaunter restoran. Wang hasil sumbangan anda akan terus disalurkan ke dalam program komuniti anjuran McDonald's Malaysia. Jadi secara tidak langsung, anda juga telah membantu dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nicknashram.blogspot.com/2018/12/program-komuniti-mcdonald-2018-bantu-golongan-miskin-di-pantai-timur-.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+nicknashram87+(Nick+Nashram

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur

Mcdonald S Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 379 hits
AssalamualaikumMinggu lepas hari khamis Cik Nor bersama rakan blogger dan rakan media yang lain telah dijemput ke satu majlis komuniti yang di anjurkan oleh McDonald s Malaysia Majlis ini berlangsung di McDonald s Pandu Lalu Pengkalan Chepa...
Mcdonald S Sumbang Rm484 100 Di Program Komuniti Kelantan Bantu Golongan Kurang Mampu

Mcdonald S Sumbang Rm484 100 Di Program Komuniti Kelantan Bantu Golongan Kurang Mampu

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 403 hits
Sedar tak sedar hanya tinggal 12 hari sahaja lagi sebelum tibanya tahun baru 2019 Dengan bermulanya tahun baru bermakna sesi persekolahan juga akan mula berjalan Sudahkah anda membuat persiapan membeli barangan persekolahan bagi anak anak P...
Program Komuniti Mcdonald S Dan Rmhc Peringkat Negeri Kelantan 2018

Program Komuniti Mcdonald S Dan Rmhc Peringkat Negeri Kelantan 2018

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 766 hits
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Aku tengah cuti sekolah ni Tahun kedua aku sebagai guru sudah hampir ke penghujung Tahun ni memang mencabar Guru baru mengajar setengah tahun terus menggalas tanggungjawab besar mengajar murid Ta...
Usaha Mcdonald S Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

Usaha Mcdonald S Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 396 hits
Usaha McDonald s Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji Alhamdulillah gembira rasa di hati ini tatkala dapat bersama masyarakat di dalam sebuah majlis yang penuh berhemah bertempat di perkara...
Program Tour Melaka 2018 Bersama Fast Bikes Club

Program Tour Melaka 2018 Bersama Fast Bikes Club

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 607 hits
Tour Melaka 2018 Program Tour Melaka 2018 adalah hasil idea Fast Bikes Club Pengerusinya Fadzlaini Ibrahim dengan kerjasama Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan Warisan Kebudayaan Negeri Melaka...
Nasi Kerabu Ayam Bakar Madu Dan Gulai Kawah Pantai Timur Di Restoran Senyum Sokmo Gm Klang

Nasi Kerabu Ayam Bakar Madu Dan Gulai Kawah Pantai Timur Di Restoran Senyum Sokmo Gm Klang

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 1015 hits
Kedai Makan Sekitar GM Klang GM Klang tidak asing bagi mereka yang gemarkan membeli barangan pukal atau barangan secara banyak Nasi Kerabu Ayam Senyum SokmoItu tipikal pandangan mengenai GM Klang yang terletak di Bandar Botanik Klang Shoppi...
Data 2004 2018 104 Kepala Daerah Tersandung Korupsi Paling Banyak Di Jawa Timur

Data 2004 2018 104 Kepala Daerah Tersandung Korupsi Paling Banyak Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 352 hits
Dari catatan ICW tahun 2014 dan 2018 tercatat sebagai sejarah kelam Sebab banyak kepala daerah yang ditangkap KPK di tahun itu
Restoran Rasa Wau Punyai Keaslian Dan Keunikan Masakan Pantai Timur

Restoran Rasa Wau Punyai Keaslian Dan Keunikan Masakan Pantai Timur

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 950 hits
RESTORAN RASA WAU PUNYAI KEASLIAN DAN KEUNIKAN MASAKAN PANTAI TIMURKali ini AlongMurni berkesempatan untuk singgah ke Restoran Rasa Wau yang terletak di Sunway Giza AM memang sangat menggemari masakan Pantai Timur terutamanya masakan berasa...
Misi Sebenar Mcdonald S Malaysia Menyumbangkan Rm 484 100 Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan

Misi Sebenar Mcdonald S Malaysia Menyumbangkan Rm 484 100 Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 672 hits
Amboii tajuk bukan main gempak lagi Siap dengan misi visi bagai Kalau diingatkan balik Memang ada terlintas juga nak tahu apakah misi sebenarnya disebalik penyerahan sumbangan sebanyak Rm 484 100 oleh McDonald s Malaysia itu Misi Sebenar Mc...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization